0

tulisan dan penulis

sebenarnya berat juga menjadi penulis. kerana setiap perbuatan kita akan dihisab kelak, di akhirat. maka, setiap tulisan yang ditulis akan juga dihisab. dan kita bertangggungjwab sepenuhnya atas tulisan taipan kita seharian ini yang mungkin kadang2 dianggap biasa dan tak ada apa istimewa tentangnya sedangkan ia dikira, dihisab jua nanti.

maka, berhati2lah bila meluah rasa dalam taipan dan tulisan.

entri ini adalah ingatan untuk aku baru kau2 yang lain, kerana aku kadang2 menaip tak ingat apa. meluah saja apa rasa dan kadang2 ada bahasa yang kurang senang dan kasar ditaip tatkala perasaan diluar ruangan biasa---emosi tak stabil.

dan aku baca blog arwah Siti Hajar, pelajar di institut pengajian awam yang baru pergi menghadap Tuhan baru2 ini. kisah dia dan taipan si ibu benar2 menusuk jiwa, betapa Tuhan sayang dia. Tuhan cipta segalanya dan berikan dia cinta untuk disebarkan melalui kisah dia.

moga aman si cantik itu dalam kalangan orang2 beriman. ameen.

arwah---penulis.
blog arwah---tulisan.

dan betapa arwah mampu menjadikan tulisannya dakwah yang berkesan lewat si emak. aku benar2 kagum. 14 hari hari terakhir arwah, arwah kuat dan tenang. Subhannallah..... Allah maha tahu, Allah maha pengasih lagi penyayang.

dan kerana itu, ramai yang doakan arwah, pemergian arwah diiringi banyak doa ramai orang. dan aku juga dalam orang2 itu.

al-Fathihah.
buat arwah.


*diam*


terfikir aku, apa bila aku tiada, apa ada orang2 ramai yang doakan aku? dari matrik lagi aku terfikir soal ini.
dan jawab hati "nad, hidup setiap dari kita itu berbeza2. dan Tuhan dah tetapkan. redha, terima saja"


dan sesungguhnya Allah maha melihat, DIA telah ciptakan setiap penjuru pelosok dunia, setiap celah bumi dan alam semester ini DIA tuliskan dengan sempurna. HE is the best writer ever. dan takkan usaha kecil kau yang terpancar dari tulisan ini DIA tak nampak kan? pastinya DIA tahu. DIA lihat semuanya walau sebesar zarah. begitu juga maksiat yang dibuat. DIA lihat semua kan...


maka, istighfarlah selalu.


aku tahu, aku faham,
hati paling susah jaga,
istighfar selalu.

Astaghfirullahhalazim...
Astaghfirullahhalazim...

Astaghfirullahhalazim...


Tetaplah usaha berhijrah
kerana kita selamnya musafir
musafir dalam mendakap cintaNYA.

Tetaplah.






N a d.


0 ulasan:

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.

Pengikut

Back to Top