0

dua jadi satu.

aku bukan anak orang kaya, aku anak orang kampung. orang kampung yang ada ilmu. yang didik aku jadi siapa aku sekarang. cuma ada yang aku tak makan ajar. itu salah aku bukan salah orang tua aku.

aku tak perlu kereta mewah bawa aku ke hulu ke hilir. 
aku senang jadi aku yang 'taste' tak tinggi. yang tak 'demand'. 
kata papa, "cari hok sekufu, hok buleh awok tupe amalae akhirat dio" 
aku ini perempuan, bila sudah solat lima waktu,puasa di bulan Ramadhan, taat ibu bapa, taat suami, syurga jawapannya. 

mudah.
tapi berat. berat untuk dilaksana bila banyak ujian Tuhan bagi untuk mendewasakan aku.
aku lemah benar. benar-benar. tak bohong. 

sudah lewat 20 tahun. 
aku masih tak punya cinta.
tak punya anugerah dekan keputusannya.
masih bertudung.
masih lantang bersuara,suara sumbang.
aku tak punya harta.
tak punya rupa cantik macam Neelopa dan etc.
aku berjerawat. juga parut jerawat. banyak. dan itu aku.


tapi aku,
kini sudah tidak lagi kuat menjawab.
dulu, ibu selalu kata "satu kita cakap, sepuluh dia balas". ini aku dulu. yang ibu paling tak suka.

mahu jadi penguambela diri sendiri bila mana aku rasa aku betul. berani. sampai pipi merah makan tampar si kakak. 

haha. bodoh.

ini aku dulu. dan aku paling sayang saat-saat aku degil. saat-saat aku paling dimarahi. kerana semuanya ajar aku jadi kenal dunia. kenal apa yang ibu buat, tegur, cakap , ajar----BETUL. aku besarkan huruf kerana ia benar-benar betul.

dan kini,
aku paling ibu, papa terkejut. dengan aku yang begini, bukan begitu seperti zaman kecil. 

dan aku paling takut. bila dua jadi satu. takut lantang aku bila dengan si suami. taku digelar derhaka. moga aku banyak diam bla dengan dia.


moga sempat aku dan dia---dua jadi satu---kami. 



terima kasih Tuhan atas semuanya. 
Alhamdulillah.





n a d.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.

Pengikut

Back to Top