0

anak kecil, suami dan pilihan sendiri

alahai perempuan,
bila anak kecil sakit---tak reti jaga anak,
bila suami buat hal---tak pandai jaga suami,
bila nikah dengan jantan macam mala'on---dah pandai sangat pilih dia dulu dan bla bla bla...

kesian perempuan.

anak kecil dia sakit, 
tak berganjak dia jaga di sisi si kecil,
suami tak nampak batang hidung,
dan dia kena kuat untuk si kecil itu.

bila jadi begini, orang salahkan dia atas segala apa yang terjadi. kenapa? ada salah dia? salah dia kahwin dengan cinta hati dia? salah dia nikah muda? salah dia percaya suami sendiri? salah dia simpan aib suami sendiri? salah dia tak tuntut fasakh? salah dia tak tuntut hak dia? salah dia??? 

bila jadi begini, satu hal yang aku boleh jawab. yang apa yang orang itu rasa tak sama dengan apa kita lihat.
kita jadi pengkritik bebas atas hidup orang---hidup sendiri tak tahu lagi macam mana. hidup orang yang Allah tentukan, yang Allah tuliskan pada dia. apa pun kita tak punya hak nak cakap apa. cuma kita ambil apa yang patut dan buang apa yang patut. hidup dia pengajaran bagi kita. 

aku yakin dan percaya, tiada siapa mahu dikhianati cinta hati sendiri, diperguna sayang sendiri. begitu juga dia. dia tak mahu begitu. maka perlu dia meraung atas apa yang jadi? kurung diri sendiri dalam bilik, dan biar mereput dalam sana?? 

dia kena hadapi saja segala. dia kena kuat untuk anak2 dia. kalau dia bawa pulang anak2 ke kampung asal dia, entah apa jadi pada anak2nya nanti. dia lebih kenal tempat itu daripada kita. 

dalam Tuhan duga dia, Tuhan beri dia ibu aku untuk bantu segala penat jerih dia. sampai menangis dia di bahu ibu. 

Tuhan sayangkan hambaNYA, Tuhan tak lepaskan kita begitu saja melainkan DIA sudah tak sayang. 

dia hadapi dugaan besar dalam hidup dia. aku terfikir, kalau aku? apakah aku sekuat dia? apakah mampu aku? 

dan benarlah, Allah uji kita atas ujian yang kita mampu teruji. dan setiap susah itu ada manisnya bila kita sabar hadapinya.

moga kau sentiasa kuat demi anak2 kecilmu. aku percaya akan kau senyum di akhir ceritamu ini. aku doakan kau.

memilih cinta saat bernikah itu tak salah,
cuma bila memilih, agama perlu diletakkan sebagai utama. 

dan suaminya bukan manusia pada aku, dia jantan yang berupa manusia. zahirnya manusia, tapi batinnya binatang. iya aku tahu aku tak punya hak menjantankan dia. tapi kalau sudah begitu teruk dia layan isteri anak dia, dia bukan lelaki lagi, dia jantan yang mati rasa.






p/s: Moga entri kali ini, buat kita bersyukur dengan apa kita ada. cukuplah seada kita. dan pilihlah apa yang Allah suka. dan Ya Allah, jadikan kami hambaMU yang redha dengan apa Kau berikan, kuatkan kami.




Ameen.


N a d.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.

Pengikut

Back to Top