0

Bila diam itu cinta dalam.

ini entri tentang cinta. bukan aku punya.
aku tidak punya cinta lelaki selain papa dan abang aku. 
belum masanya mungkin. 

untuk kau,
kau yang jauh,
yang sentiasa dinanti,
yang selalu diseru namanya dalam doa,
walau kau tak pernah sedar wujudnya.

selalu dia lihat apa ada pada mukabuku kau,
dia lihat kau online,
senyum dia sampai telinga,
gembira benar,
walau kau tak pernah sedar wujudnya dia.

cinta dia diam,
diam itu cinta dalam,
sedalam nafas dia tarik bila bertentang mata dengan kau,
selaju jantung berdegup bila cerita tentang kau,
walau kau tak pernah sedar wujudnya dia.

dia ada,
ada untuk kau,
ada doakan kau selalu,
ada risaukan kau,
walau kau tak pernah sedar wujudnya dia.

dia pilih untuk diam,
biarkan dia saja bahagia dalam angan cinta dia,
kerana takut kecewa,
kerana takut tidak layak sama kau,
kau sempurna pada dia,
walau kau tak pernah sedar wujudnya dia.

doa aku..
moga ada ruang cinta dia dan kau yang dekat tapi jauh.

sekali lagi,
aku kagum betapa dia mampu diamkan cinta. diam itu cinta dalam. ia suci. Allahhuakbar. 



p/s: Ya Allah, jadikan aku si isteri taat suami. Moga bahagia sama N a d ini. 



N a d.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.

Pengikut

Back to Top