0

Mengaji.

Adik kecil aku mengaji,
aku ajar,
salah sikit-sikit saja.

Dengar suara dia mengaji buatkan aku tenang,
tenang aku tengok dia,
lama aku tenung,
wajah si kecil yang bijak ini.

Dia angkat kepala,
senyum saja pada aku,
dan sempat lagi tanya aku "bakpo kakya tengok akeem gitu?"

hahahaha.

haish... tengah mengaji pun sempat lagi tanya? *senyum*

Lancar dia baca...

Sungguh!
ia indah.

Ilmu bukan semata untuk dapat kerja elok, gaji mahal, pakai kereta mewah.
Ia bekal, bekal tua nanti.
Dan aku punya impian mahu jadi ibu yang ajar anak aku mengaji.
Dan ilmu itu tidak sia-sia.




Alhamdulillah ya Allah atas sempat ruang ini, diberi aku nikmat mata, telinga dan segala yang sempurna Kau beri.


N a d.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.

Pengikut

Back to Top