0

Hari pertama

hari ini, hari pertama aku jalani ujian yang sifat tegarnya akan buat manusia kagum, puja dan sanjung tinggi melangit bila keputusan kau hebat dan manusia gila pada kehebatan tanpa cela. kalau sebaliknya keputusan kau, sumpah orang tak pandang kau.
dunia dengan isinya bersifat materialistik. 
tidak!
dunia tiada salahnya. 
dunia ini indah andai isinya manis. 
tapi benarlah, tiadalah sempurna rasa dunia tanpa manis, masam dan segala macam perasa lain.

maka,
aku tidak fikir akan apa orang mahu lihat aku jadi.
kerana tidak pernah aku mampu jadi seperti setiap orang mahu aku jadi.
aku belajar kerana Allah. aku lahir pun kerana izinNYA. dan aku Islam kerana DIA. 
alhamdulillah ala kulli hal.

malam sebelum ujian, aku cakap sama dengan pakcik dan makcik aku. 
indah benar suara mereka. gila dalam cinta pakcik aku pada isterinya. 
cinta mereka cinta selepas halal. indah teramat. 
moga Tuhan lindung mereka selalu. suburkan cinta mereka. 

pakcik aku panggil aku ustazah Nadhirah. buat aku diam seketika. 
aku yang begini---ustazah?
aku aminkan. mogaa kau, kau dan kau yang baca entri aku juga aminkan. 
jangan 'eleh'kan aku.

keduanya beri aku nasihat ada unsur agama yang tinggi. ini untungnya ada agama. segalanya tersisip ingatan pada Tuhan, sang pencipta alam. 

aku cakap sama papa juga. dia tidak pernah gagal buat hatiku tenang. selamanya adiwira aku. =) 

dan berbaju ungu,
tudung ungu,
langkah penuh semangat diiring bismillahhi tawakkal tuallah,
segalanya diluah,
ada saja yang tidak mampu aku jawab,
tapi,
aku serah pada Tuhan,
moga Dia bantu aku,
Dia tidak pernah buat aku hampa.

dan aku masih punya 5 kertas lagi sebelum masanya aku terbang pulang. 

dan 
aku 
masih berjuang. berjuang yang tidak lupa Tuhan. solat , doa jangan tinggal.


N a d.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.

Pengikut

Back to Top