Ibu.
Si cantik aku selamanya.
*senyum*
kalau aku nak taip tentang dia,
sumpah tak habis sampai esok pagi masih menaip,
cerita indah tentang dia terlalu banyak,
dari kaki aku kecil sebesar jari telunjuk dia,
sampai kaki aku sebesar kaki dia,
bayangkanlah sebanyak mana cerita aku dan dia?
ada manis pahitnya.
dan kerana ibu,
aku jadi siapa aku kini,
kerana dia ajar aku---segalanya.
dia ajar aku jadi jujur,
jangan jadi penipu,
kerana menipu adalah hobi paling penat.
dia ajar aku buat keputusan tepat,
dia paling tahu manja aku.
Dia tahan telinga dia dengar aku cerita,
cerita aku yang tak pernah habis.
Dia jaga aku,
dia bagi makan aku,
dia buat segalanya untuk aku.
Dan bodoh lah aku kalau aku tolak cinta ini demi cinta lain yang tak jelas.
Dia ajar aku jadi manusia,
:)
Mulut aku pernah kena cili sama dia,
haha.
Kerana mulut badan binasa,
kata orang tua-tua,
memang pedih gila,
tahap gaban,
dan memang benci sangat nak hadap muka dia masa tu---tak matang punya budak.
Aku gaduh dengan anak jiran sebelah,
aku kasi jawab yang aku tak salah sama ibu yang asyik marah saja pada aku.
dan aku tak mahu kalah,
aku jadi peguam bela aku sendiri,
dan akhirnya diam aku menangis di hujung katil,
mulut selamat dicili.
hahaha,
dari aku yang banyak songeh,
yang punya perangai buruk,
dia masih sayang sama aku,
itu cinta.
Sampai kini, aku tidak seperti dulu,
semua kerana dia ajar aku,
dan aku makan ajar dia.
dan aku selamanya jadi dia punya ira,
dan si ira ini sayang ibu selamanya.
Selamat ulang tahun kelahiran si cantik ibu...
selamanya aku sayang.
Moga Tuhan sentiasa jagamu ibu,
lindungimu,
dan permudahkan segala urusanmu.
Dan takkan sia-sia penat lelahmu jaga aku,
aku pasti jagamu kembali.
N a d.
0 ulasan:
Catat Ulasan