0

Masih sempat

Allah sayang aku,
Allah sayang kau,
Allah sayang kita,
Dia sayang semua hambaNya,
bila kita diberi Al-Quran,
diberi Rasul2 dan yang tercinta Nabi Muhammad s.a.w.

kita selalunya khilaf,
terheret pergi ke lembah paling busuk dengan dosa,
buat banayk macam perkara hitamkan hati kecil hingga hilang warna asalnya. ikut hasutan ghairah si syaitan membuat malaikat kiri sibuk. sibuk dengan dosa kita. dosa yang kita anggap biasa.

terkadang, bukan kerana ilmu agamanya tiada, tapi hanya kerana membiarkan nafsu serakah bermaharajalela hingga Tuhan kita lupakan.

Ampunkan kami, ya Allah.

dan sepanjang hidup kita, Allah tidak selalu utama. ada saja yang lain bertahta di carta hati.
ampuni kami ya Allah.

dan aku malu ya Allah. malu padaMu atas segala yang pernah aku lakukan. Ampunkan aku ya Allah.

dan aku tahu Kau ada untuk aku, Kau berikan aku hidayahMu. Kau kuatkan aku. Kau jauhkan aku dari segala yang dulu.

dan,
kepada yang membaca..
yang pernah macam aku,
yang sedang macam aku yang dulu,
kau masih sempat berubah.

yakin,
Allah ada untuk kita.

walau sebesar mana pun dosa kita, walau kita dihukum neraka oleh manusia, tetapkan iman.
taubatlah,
pintu itu sentiasa terbuka.

dan perlahan berubah. semoga ia kerana Allah. hanya bila kerana DIA, kita kekal dalam fasa baru itu.




N a d.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.

Pengikut

Back to Top