0

Sedikit yang cukup.

Assalamualaikum.

ke hadapan semua yang baca apa aku tulis, baca apa luah dan rasa apa aku rasa biarpun sedikit.
terima kasih aku ucap.
aku tak perlu orang beratus ribu baca jujurseadanya ini. ini blog untuk aku luah rasa, bukan untuk heret orang puja aku yang bukan siapa-siapa.

kerana yang sedikit yang ada ini sudah cukup buat aku. sedikit yang cukup. lingkungan kecil yang aku ada ini aku sayang amat. yang cintakan n a d seadanya aku. yang tahan telinga untuk cakap-cakap aku yang banyak dan segala tentang aku yang busuk kau terima jua. moga Tuhan jaga sayang,cinta, kasih ini. sungguh sedikit yang cukup ini buat aku senang dan gembira sudah.

ada minoriti yang baca dan faham ayat aku. taipan aku yang aku rasa tidak indah mana kalau ia dari aku, tapi ia milik Tuhan. dan aku mahu jaga selamanya. menulis sudah menjadi kebiasaan yang aku tak pernah mahu berhenti. sampai akhirnya aku sedut udara pun, kalau masih sempat aku mahu tetap menulis. ia cinta aku.

sungguh aku gembira bila ada yang telefon aku tentang entri aku. ayat aku bagi dia jawapan pada soal-soal dia yang tertututp rapi kerana tiada tempatnya mahu tanya. dan Tuhan beri aku untuk jawab soal-soalnya. dan aku tahu, Tuhan pilih aku untuk aku tolong dia dan dia yang satu lagi.

aku bukan kaya mahu sedekah ribu-ribu. sekadar aku mampu, aku tolong. maka, aku tolong sekadar aku mampu. aku cuba hayati rasa dia, aku bagi masa aku untuk faham apa masalah dia. moga sempat aku tolong. aku tolong kerana aku mahu. aku ingin. dan aku suka. kerana aku percaya, aku tolong orang, Allah suka. dan Dia tolong aku nanti. tiada siapa tahu zaman kejatuhan yang sesakkan nafas akan menjengah masuk dalam hidup, maka siap siaga. moga bila dalam saat itu, Tuhan tidak 'lepas tangan' sama aku. aku lemah tanpaMU.

semoga aku kuat untuk tolong dia. aku mahu!

terima kasih kawan2 yang sedikit ini. aku senang benar bersama anda.
aku gapai tanganmu bila mana aku tahu kau jujur cinta sama aku nad azkah ini. tidak aku lepas sesudah aku gapai.


N a d.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.

Pengikut

Back to Top