0

hati

sebelum tidur malam semalam, aku borak2 sama adik aku. 17 tahun usianya. matang juga gaya cakapnya. dia hormat benar aku. kagum dengan aku katanya. aku diam sebentar,dalam hati aku berbisik perlahan, "kakya ini tak layak pun untuk dikagumkan" lama aku ambil masa untuk jawab kata2nya. aku kuatkan hati. aku terus jujur dengan dia. kakya kamu ini langsung tak wajar untuk dikagum. kamu lagi suci. aku minta sama dia untuk kekalkan apa yang dia ada sekarang, kesucian yang sangat indah. bila mana dia tiada kawan lain jantina. hanya perempuan dan semuanya perempuan. aku cakap pada dia, aku masa usia dia, aku tak begitu.

aku cerita tentang pengalaman aku yang dia tak tahu. aku bagi dia tahu. bukan semua. sedikit saja. pengalaman hidup aku jadi ruang rujuk hidup dia nanti. ambil pengajaran dari kisah aku. itu aku minta dari dia. semoga dia tidak seperti aku dan aku yakin dia kuat.

dan dalam2 aku bercerita dan memberi nasihat berbakul2. dia cakap "hati paling susah jaga".

aku diam.

dan iya. aku sokong. kerana aku sering kali kalah pada kata hati. dan hati memang benar2 susah nak dijaga.

dia masih hormat aku.
masih sayang aku.

aku cerita kerana aku nak dia tahu ada banyak macam perangai manusia di luar sana. dan jangan mudah percaya. ada yang berkopiah, belajar jurusan agama, tapi perangai macam tak pernah jumpa perempuan, semua mahu rembat. macam2. dan paling penting kena kenal.

kerana aku pernah hormat orang itu, aku pernah baik dengan dia, tak pernah terfikir dia hanya sampahkan aku. dan akhirnya aku jadi wtak picisan yang paling tak diingati dalam hayat cerita dia. tapi, macam biasa, aku percaya, "what u gives, u get back". kecurangan kau tidak akan terhenti di situ saja, kau akan rasa rasa2 yang sama dan mungkin lebih sakit. apa2 pun, semoga kau berubah.

dan itu cerita lama aku. aku tak nak terus hidup dalam kenangan lalu. kalau dia boleh terus senyum dan hidup tanpa rasa bersalah pada aku, kenapa aku perlu terus ingat dia dan meratapi segala apa yang jadi sendiri2 sampai hati sendiri mati rasa?

tak perlu. tak perlu jadi bodoh.

la ila ha illa anta , subhana ka inni kuntum minal zholimin.

Allah ada untuk aku selalu. DIA takkan tinggal aku selamanya.

kebergantungan pada DIA yang utama kata salah seorang sahabat aku.





P/s: Taubatlah. selagi masih bernafas. Mati itu bila2 masa saja.



N a d.






0 ulasan:

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.

Pengikut

Back to Top