0

Ibu dan cuti aku

seorang ibu akan ulang kerja yang sama saja setiap hari. basuh baju, masak, kemas rumah, jemur kain, dan ulang lagi semua yang di atas untuk esok, lusa dan hari2 seterusnya. tanpa mengeluh. tanpa ada sebarang protes dan demonstrasi tunjuk perasaan rasa diri teraniaya ke apa. TIADA.

ibu tahan telinga dengar si anu VVIP berucap demi duit RM100 kerajaan bagi kat budak2 sekolah. dari pukul 3 ibu duduk di bangku kantin sampai 5.45. aku di sebelah. aku tenung ibu lama dari belakang. sebak hati. aku kekal di belakang. teman ibu. aku tahu, dia punya kaki tu bukan kuat untuk berdiri lama. aku akan beratur bagi pihak ibu---sayang punya pasal.

aku lihat majoriti kaum ibu yang datang. bawak anak kecil, sampai tertidur si anak kecil itu atas riba si emak.
sanggup harung semua demi anak. demi dapatkan duit untuk anak.

dan kita sebagai anak? kita buat apa?

ibu cakap sikit, sudah buat muka, tarik muka, muncung mulut, pintu bilik dihempas sekuat hati.
teruk gila perangai. dan aku cakap ini, sebab aku pernah buat semua yang di atas masa aku mentah dulu---masa aku rasa aku paling betul. masa aku tak pernah nak fikir panjang. ikut suka hati saja nak buat apa. rasa nak buat, terus buat. tak fikir jauh. tak dapat saja, marah2.

itu semua dulu.
sifat memberontak yang memuncak tak kira masa, tempat.

aku sudah tak begitu. dan benarlah masa mematangkan aku. semua itu sudah aku tinggal jauh2.

setiap dari kita punya masa lalu yang macam2. cuma ia berbeza.

dan selama aku cuti ni, banyak hal aku belajar dari ibu. setiap masa ada saja pengajarannya.
dan aku beri cuti aku pada dia. aku selesaikan segala urusan rumah ini. dari pagi sampai ke malam. kakak aku juga sama. kami sama2.

melihat ibu tenang tengok TV sama2 papa sungguh buat aku tenang dan gembira sekali. aku tak ada duit bertimbun2 nak bagi ibu. aku cuma mampu tolong ibu dari aspek2 ini saja. masak, kemas rumah, gi hantar ambil adik2 di sekolah dan bla bla bla... segalanya diurus kami.

sekurang2nya, ibu rasa juga cuti. kerana menjadi seorang ibu, tugasnya tiada cuti. mulianya seorang ibu.

cuti aku adalah cuti ibu.






p/s: Ibu, ira sudah semakin menjadi ibu. <3




N a d.



0 ulasan:

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.

Pengikut

Back to Top