0

Bahasa.



aku bukan mahu kata kau punya ayat salah. tapi bila sudah dieja dengan begini cara memang salah lah.
terima hakikat bahawa tidak ada perkataan 'sayew' dalam bahasa melayu hatta bahasa inggeris.

konklusi---ia salah dan salah.

mungkin ia hanya untuk kau sama kawan. lantaklah! aku tak kesah. tak mati aku bila kau guna ayat 'bangkai' ini. ia geli dan jijik. ia rosakkan bahasa aku, bahasa kita jika kau melayu.

hak menulis adalah hak semua.
ia bukan bidang kuasa aku halang kau guna itu semuanya.
tapi, fikir dulu.
ia benar-benar rosakkan bahasa.
bahasa itu indah sifat tegarnya.
dan ia milik Tuhan---segalanya milik Tuhan.

maaf andai entri kali ini ada unsur emosional yang kurang stabil didorong nafsu amarah tinggi.
maafkan aku.

moga nanti, anak aku sendiri tidak begini.
sakit mata baca ayat yang begitu.

ia tiada bawa manfaat.
ia hanya tambah bilangan huruf dan melambatkan proses bacaan.
jangan jadi perosak.

pendekkan bukan menambah bahagikan perkataan yang aslinya sudah cantik!

rasional akal fikir kesannya.

dan,
bila ada yang skema taipannya, kau herdik maki caci.
hoi!
adab budaya budi bahasa itu perlu untuk kau dihormati.
jangan diperhinakan orang.
semuanya milik Tuhan.
maka, bila mana kau hina maki caci orang,
kau umpama perlakuka hal sama pada Tuhan.

nauzubillah...

p/s: Jangan hina orang.

N a d.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.

Pengikut

Back to Top