0

kenal-kenalan

taaruf dalam bahasa arabnya. aku ada kakak. dua orang. keduanya cantik, aku puji bukan kerana mereka kakak aku tapi kerana setiap apa yang Tuhan cipta itu cantik---subjektif sifatnya. dan percayalah, kau , kau dan kau juga cantik/kacak. sempurna dicipta dari cara tersendiri indahnya itu. dan alhamdulillah lah kita kerana tak buta---boleh baca al-Quran,tak bisu---sebut dua kalimah syahadah dan kita ISLAM. ini pun sudah cukup buat kau antara paling bertuah. dan noktah untuk huraian tentang cantik/kacak---nikmat Tuhan.

ini entri soal kenal-kenalan.
soalnya kakak aku yang belum diperintah si pemerintah---suami.
aku tak ada masalah.
ibu tak ada masalah.
papa tak ada masalah.
dan si empunya badan juga tak ada masalah dalam soal ini.
kerana jodoh itu rahsia Tuhan. hadiah terpaling amat misteri dalam dunia. dan ia seksi. =)

tapi,
ada yang bising. bingit telinga aku, kakak dan papa ibu.
orang-orang sekeliling. yang bising sampai sibuk. sibuk tolong cari.
dan ia baik. terima kasih atas usaha itu.
tapi,
soal kenal-kenalan ini biarlah kakak aku urus sendiri.
dan jangan menipu semata mahu tarik hati kakak.

dia bukan bodoh.

biar Tuhan saja jadi penentu. Segalanya Milik Tuhan bukan? =)
begitu juga aku.

kenal-kenalan. aku pun ada terlibat.
sama orang-orang yang aku kenal di mukabuku. yang aku selesa.

tapi,
aku mahu kawan,
dia mahu kawen.

dan,
tiba-tiba saja,
sudah putuskan proses kenal-kenalan itu.
maka hipotesis itu tergantung tanpa konklusi.

dan,
eksperimen itu gagal.

kenal-kenalan ini tidak bermakna tanpa dua hati yang rela.

dan selamat tinggal awak yang tinggal saya. dan juga pada yang saya tinggalkan atas sebab-sebab yang paling munasabah saya rasa.

p/s: semoga kuat terus berjuang. ada lagi 5 kertas.

N a d.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.

Pengikut

Back to Top