sejahat mana pun awak,
bukan saya yang punya hak hukum awak,
awak berdosa,
saya pun berdosa,
saya bukan malaikat,
iman saya naik turun.
Ada masanya saya solat tapi fikiran saya fikir nak masak apa, nak buat apa lepas ni, nak pergi library ke tak,
nak terima ke tak tawaran emcee tu dan bla bla bla...
---tak khusyuk langsung!
Ada masanya solat saya dimulakan dengan tangisan keinsafan sampai saya aminkan doa,
---khusyuk.
Kita bukan sempurna,
kita manusia.
Kita ada dosa,
kita ada pahala,
kita adalah baikjahat kita,
kita adalah muliabangsat kita.
Kalau awak cakap awak jahat,
saya lagi jahat dari awak.
Saya tahu sebab saya yang buat.
Awak...
saya tidak harap awak alim sealim2nya,
saya cuma harap awak beri saya peluang perbaiki diri saya dan bimbinglah saya,
bantu saya terus kuat dalam mendakap cintaNYA,
hanya ini saya minta dari awak.
Awak...
saya tak tahu kenapa awak boleh sayang saya,
yang pastinya bukan kerana rupa paras sebab saya serabai sangat masa awak tengok saya,
saya tak senyum pun pada awak,
masam semasam cuka busuk.
dan.. kalau saya tanya kenapa pun,
awak tak dapat jawab sebab rasa tu awak tak minta untuk hadir.
Saya harap,
awak jujurlah apa adanya dengan saya selamanya.
Maafkan saya jugak sebab hati saya belum awak punya,
sampai saat benar Tuhan kata sudah waktunya,
kita tunggu saja,
kalau ada, ada.
Saya serahkan padaNYA.
Awak,
walau sejauh mana pun awak,
walau sejauh mana pun awak,
jaga diri, jaga iman.
Saya serius.
Saya serius.
N a d.
0 ulasan:
Catat Ulasan