jalan-jalan. sudah habis peperiksaan, terus bergembira. bukan ke kelab malam minum2 atau get high, kami bersosial cara sihat.
jalan-jalan di Nilai 3,
berbasikal di Taman Botani,
solat Zuhur di masjid Putra,
solat Asar di masjid Sultan Mizan...
dan di majid putra, aku banyak lihat banyak ragam manusia di sana.
ada orang nikah. ada orang bawak anak-anak kenal majid itu.
ia indah.
dan aku curi ambil gambar budak-budak ini sambil ayah mereka senyum pada aku. :)
ia indah.
dan angan-angan aku mahu juga bawa anak aku ke masjid selalu.
kenal rumah Tuhan.
dan kenal Tuhan.
si ayah dengan anak kecil di bahu. tunggu si emak solat. ia indah. buat aku senyum lebar.
dan senyum aku puas.
sepanjang jalan aku, otak ligat fikir. macam-macam datang singgah.
bila sudah punya anak,
didik anak bukan pakai akal semata,
pakai agama,
ia sempurna,
dan,
jaga mulut bila ajar anak,
rasional perlu utama dari emosional.
ramai orang gah bila masa nikah,
tapi,
gagal jadi ayah yang gah di depan mata anak.
dan melihat, mengkaji apa ada depan mata, saksikan orang-orang sekeliling jaga anak buat aku mahu senaraipanjangjan semua apa yang do and don't perlakuan terhadap anak landasan utamanya Islam.
dan bahagia hanya perlu sekadar cukup.
p/s: senyum itu sedekah. ^__^
N a d.
0 ulasan:
Catat Ulasan