0

rampas

"kapal terbang pun orang boleh rampas, apatah lagi suami orang"

kenyataan yang paling aku rasa bodoh. meh aku nak cakap, listen, listen, listen, listen and listen . 

kapal terbang bukan orang, tak punya perasaan dan hati. dan tiada siapa terluka tahap tenat mahu mati kalau ia dirampas. suami orang adalah lelaki bergelar ketua keluarga seorang perempuan bergelar isteri yang punya hati dan perasaan. maka, minta difikirkan kembali kata2 kau tentang rampas ini.

bila tahu dia orang punya---BLAH.

jangan cakap hati kau suka, sayang, cinta maka kau mahu dia tetap dengan kau. ini nafsu semata lah.

ini kau perlu jelas---
kau diletakkan dalam keadaan kau bersalah---mangsa.
kau meletakkan dalam keadaan kau bersalah---bodoh.

fahamkan ayat aku. ada dua perbezaan ketara. diletak dan meletak. yang maksudnya jelas berbeza. dan fahamkan. kalau kau labelkan diri kau mangsa sedangkan kau yang cari pasal itu bodoh. sekali lagi jangan murahkan diri.

if a cat see a fish laying in a very safe place for it to finish up the fish, the cat will never think twice to enjoy it.

maka, lelaki mana yang akan menolak jika ditawar dengan tawaran yang begitu memuaskan nafsu?
sudah puas dia dengan kau, akan dibuang kau jauh2. and you are just someone he used to know.

jika kau mati dibelasah macam tikus tepi jalan dengan perempuan dia depan dia pun , i just can guarantee you that he'll never back you up girl!!! like never. sampai kau tenat nak mati pun, dia buat bodoh sebodoh2nya.

so, berbaloi rampas orang punya?

yang untung---si jantan.
yang rugi---si betina.


itu kes perempuan yang meletakkan diri dalam keadaan bersalah.

ini kes diletakkan dalam keadaan kau bersalah---mangsa.
bila mana dia tak tahu yang lelaki itu orang punya. sudah sayang separuh mati baru tahu tentang kesialan jantan itu. ini baru mangsa.

perempuan2,
jaga diri.
mahalkan diri.
belajar dari orang2 yang pernah silap ini.

aku cakap ini, sebab aku tahu apa rasa disakiti. bukan senang mahu hilang rasa perit ini.

perempuan, maruah diri hanya ada satu, ia satu2nya.
tolong simpan ia rapi untuk si halal saja,
kuncikan hati,
karamkan ia di dasar perasaan kau,
sampai nanti Tuhan layarkan dia buka hatimu itu,
waktunya akan tiba nanti.

sabarlah menanti. tak perlu murahkan diri kepada jantan2 yang tak kenal erti puas. si emak lahirkan kau bukan untuk ini.

jaga diri.
ini saja aku minta.



life is all about choices,
choose wisely.

ada masalah, jangan disimpan sampai nak bernafas pun susah. kongsikan dengan orang paling kau percaya, dan mengadulah pada DIA. DIA maha mendengar.



dan bila sudah silap,
menyesal lah.

kerana sesalan itu kunci utama taubat.
terima kesilapan itu dan JANGAN diulang.

ya Allah, jika aku berada dalam persimpangan yang sama seperti dulu, jadikan aku perempuan yang memilih jalan kau redhai. takkan mahu aku ulang silap sama. sesungguhnya ia merugikan aku.


la ila ha illa anta, subhanaka inni kuntuminazholimin.






there's always spaces for improvement in life,
be someone better each day.

:)


N a d.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.

Pengikut

Back to Top