0

Nad, tolong ingat ini

Assalamualaikum,
menemui diriku sendiri,

ke hadapan siti nuurnadhirah binti mohd azkah, yang kalau di rumah aku kak ya dan ira .
di matrik dan universiti aku tukar nama aku jadi nad. tapi, siapa pun nama aku, aku tetap hambaNYA di atas sana. aku lemah. itu aku pasti maka aku perlu DIA untuk hidup, setiap nafas aku kerana DIA.

aku kadang-kadang lupa siapa aku, aku yang mana, nad? ira? kak ya? nadhirah? dhirah?
aku keliru. aku sekejab yang itu, sekejab yang ini. ia penat, penat aku selalu dalam simpang yang memeningkan, jalan mana aku sebenarnya.

maka, aku tulis entri ini untuk ingatkan aku tentang aku sendiri.
supaya aku ingat aku ini siapa.

aku anak kampung,
walau ke mana pun aku pergi.

aku anak papa,
walau apa pun aku jadi nanti.

aku hambaNYA,
walau aku disepak terajang hukum dunia yang kadang2 tidak adil sama aku,
dan ia seksa aku jadi hamba dunia dan manusia2 yang tamak.

aku perempuan.

aku perempuan.

aku perempuan.

aku nanti akan jadi isteri.
aku nanti akan jadi ibu.

dan aku tak mahu, anak2 aku punya ibu yang buat dia malu punya ibu macam aku.
dan aku tak mahu, suami aku sesalkan ijab kabul kami.

aku paling takut kedua ini,
kerana aku hanya akan sempurna sebagai perempuan setelah aku bahagiakan kedua ini selepas ibu papa aku.

nad, kau jangan kembali masa lalu kau yang busuk itu,
i'm begging u.

and please read this entry to helps u realize when u r lost.
peneman hidup kau---al-quran,
dan solatlah bila hati tak tenang,
ia panduan hidup.






aku sayang aku sendiri.

N a d.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.

Pengikut

Back to Top