0

tentang rahsia

rahsia wujud dengan sengaja dan tak sengaja. ada orang sengaja berahsia---curang, tipu duit orang, makan harta orang lain, guna keputusan orang lain nak dapat kerja besar, dan bla bla bla....

ada orang tak sengaja berahsia. ada orang panggil ia berhelah. dan aku perasan satu hal tentang aku, yang aku juga berhelah atau berahsia dengan orang2 aku sayang. padahal pada aku kalau sudah sayang tahap gaban, patutnya tiada rahsia.

tapi kes aku,
aku berahsia---sayang punya pasal.

aku tak tipu. cuma aku diam.
aku buat itu ini. aku diamkan saja.
kalau dihidu baunya, sah2 aku makan parang dia.

berhelah demi jaga hati, jaga hubungan yang utuh ini.

aku buat itu ini yang aku minat tanpa dia tahu,
kerana aku teringin,
aku minat tahap orang angau bercinta.

dan,
ada masanya, kita pilih untuk diamkan apa yang kita buat atas alasan kita sayang segala apa yang kita ada tanpa mahu hilang minat itu ini.

ada masanya, kita tolak tepi minat kita demi sayang kita pada orang2 yang kita sayang ini.
tapi, kesannya kita tanggung. kita yang nak hadap kerja itu sampai mati. kita yang nak teruskan hidup atas pilihan mereka atas hidup kita. dan susah senang kita nanti, kita tahan sendiri.

penat. letih. seksa.

sebab itu aku ikut akal aku juga kadang2, sebab ini hidup aku.
bagi aku buat apa aku nak sekali sekala, aku dah muak ikut apa orang nak aku buat.

sebab itu,
aku diamkan apa yang aku buat,
aku tak tipu, cuma aku diam.

aku tahu, ramai macam aku.
yang terpaksa ikut apa orang nak kita jadi, apa orang nak kita buat, sampai akhirnya kita sendiri tersungkur penat ikut cakap orang.


cakap orang sebenarnya ada baiknya. orang2 yang sayang kita. kerana mungkin ada masanya, mereka fikir lebih jauh dari kita fikir. dan membuatkan kita berfikir akan fikiran meraka yang sebenarnya untuk kita, kita yang mereka sayang.

entahlah.

aku tak habis putuskan apa aku mahu buat. kadang2 aku ikut saja kata mereka. kadang2 aku ikut kata hati sendiri yang orang selalu kata " ikut rasa binasa, ikut hati mati".

dan iya!
ada masanya aku mati kerana ikut hati.

dan bila sudah diamkan, rasa bersalah mula menapak.
pandang saja mukanya, rasa bersalah terus menerus makin menjadi2.
dan ia sakit.
dan kata kawan aku, "lepaskan... jangan penjarakan diri anda"

tak terpenjara pun, tetap rasa bersalah.

"maafkan ira ya papa. banyak rahsia ira diamkan dari papa tahu, ira sayang papa"


dan aku tahu, ada yang persoalkan kalau dah sayang, kenapa rahsiakan?
hai kau! kau beritahu segalanya ke pada ayah kau? segalanya? tentang cinta kau, tentang lelaki kau? tentang apa kau buat malam minggu? ada kau beritahu?


dan pesan aku, aku yang busuk lagi masam ini,
kau ikutlah apa kau mahu dan ikut juga apa mereka mahu,
cuba hargai keduanya.

aku bukan si baik yang kau patut ikut apa aku cakap,
cuma aku cakap ini untuk kau fikir dan untuk aku juga.



dan yang pastinya, ikut apa Tuhan mahu. itu tidak akan merugikan kau.







N a d.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.

Pengikut

Back to Top