0

menyisir rambut yang gugur

assalamualaikum.

lama tak menjenguk,sedikit berhabuk dah kau. 
aku dah semakin tua,
semester 5 pun sudah hampir ke penamat. 

lagi setahun belajar. 

kalau diingatkan balik masa lalu yang kita pernah gagal, pernah menangis teresak2 di sebalik pintu atau sofa, kita akan tergelak balik. tapi dengan tangisan itu kita lebih menjadi kita yang sekarang ini. 

aku paling kuat berdebat masa sekolah,
dengan masih memakai pendakap gigi, 
tudung labuh sebab sekolah agama,
warna ungu sebab pembimbing rakan sekolah,
paling aktif dalam bermacam aktiviti sekolah,
selalu aku terfikir aku mahu jadi apa ya? 

aku paling suka zaman sekolah. 
ia paling jujur. 
aku paling aku masa tu.

aku tak kekok cakap depan ramai masa sekolah lagi,
cikgu kenal sebab aku pernah juga kena rotan,
pernah juga naik pentas jadi pelajar contoh,
macam2. 

dan semua tu,
aku paling suka ada sahabat yang bagi bahu dia untuk aku nangis masa tingkatan 3. 

aku paling emosi. 
aku paling macam2. 

yang paling disayang,
yang paling dimanja. 

dengan aku yang dulu,
serius tak macam rupa sekarang. 

dan setiap orang ada cerita masing2 yang disimpan rapi,
ada cerita aku yang aku rela mati dari orang tahu apa. 

moga Tuhan tutup aib aku. 

-----------------------------------------------------------------------------------------------------

rezeki Tuhan ada mana2 saja,
kita tak boleh ambil rezeki orang,
orang tak boleh ambil rezeki kita. 

dan di banyak masa, 
aku rasa semakin aku rindu aku yang dulu. 


N a d
0

surat pertama buat bakal suami

Assalamualaikum awak(bakal suami di masa depan),

Apa khabar?
Aku kat sini sihat. Alhamdulillah.
aku tiba-tiba nak tulis entri pasal kau.
aku tak tahu kau kat mana, apa nama kau, kau anak siapa, kau kerja apa, kau buat apa sekarang,
semua aku tak tahu. Tuhan nak bagi kejutan untuk aku.

harap aku kau sihat dan ceria, kuat hadapi segala cabaran dan dugaan Tuhan.
aku doakan kau, tu saja mampu.

aku nak cakap,
kalau kau sedang bercinta dengan mana2 perempuan sekali pun,
aku tak kisah. itu jalan hidup kau.

moga nanti, kau jumpa aku,
jadi laki aku dan tutup cerita lama kau dengan perempuan2 sebelum.

aku banyak fikir pasal kau yang aku sendiri tak tahu kat mana, siapa, bagaimana muka kau, tinggi kau berapa dan bla bla bala dua tiga menjak ni.

haih.



aku cuba berubah jadi yang terbaik untuk kau.
doakan aku.




N a d

0

bila kita lain

bila kita lain,
tak sama macam orang lain,
kita nampak macam kambing hitam dalam kawanan kambing putih,
terkial-kial mahu turut sama gelak tawa seperti yang lain,
dan banyak kali cuba, terus mencuba,
betapa mahu ada selari sama mereka,
sampai satu saat, penat...
sampai satu saat,
sebak..
menangis tersesak di balik pintu,
usai menangis, cuba lagi ketawa...
dan ia terus terjadi smpai bila2, smpai ada orang sedar akan kau.

ada masa kita terlalu cuba mahu orang faham kita,
sedang kita tak faham orang,
kata orang, memahami ramuan terpenting menyayangi.

tapi,
sampai sekarang aku tak pernah mampu fahamkan mereka,
mereka juga gagal faham aku.

aku yang lain ini benar-benar pelik di mata mereka,
bila minat aku bukan pada bunga mawar,
bila minat aku hanya pada bunga tahi ayam.

entah.
aku sampai sekarang, saat ini masih bertahan,
tahan saja,
itu saja juga yang termampu aku.

sebak.
sesak.

kalau penat tahan,
aku menangis.

sepuasnya.

hingga tertidur,
hingga bengkak mata.

seakan tiada akan mampu mahu lagi,
hanya menangis.

itu lah ceritaya bila kita lain.

;(




p/s: jangan ditanya kenapa aku tiada akan kepunyaan lelaki,
      tidak wajib atas aku pun!


N a d


0

Festival Filem dan Video Pelajar Malaysia ke 10 (FFVPM10)


aku yang minat mengacara.

pengalaman.

:)


N a d

0

bebelan panjang

lama benar aku tak bertandang dan bertenggek membebel dalam ni. 
lebih banyak membebel di muka buku sebab di situ dua hala.
orang boleh terus komen aku.

banyak hal jadi kat aku, dan aku redha. sebab aku tahu, bukan senang nak senang. dan aku pilih jalan ini maka, aku kena la hadap. 

juga ke hadapan diri sendiri,
tahniah sayang. 
sebab kekal kuat. 

aku nak sentuh soal jangan tiru orang. jangan nak jadi orang lain. dah blambak macam orang itu, orang ini. kenapa nak jadi orang lain? apa diri sendiri tiada nilai untung sendiri? haih. 

aku paling tak suka orang kejar popular,
weh bukan boleh bawak mati pun semua menda dunia ni. berkadarlah. biar kena tempat. pernah skali, ada orang ini menyatakan betapa dia mahu jadi aku. aku senyum kelat dalam manis, sebab betapa aku teringin hanya kuat dan bertahan menjadi aku. memang, memang nampak senang, nampak seronok bila orang kenal kita, bila NC, TNC kenal kita. haih, aku tak buat semua tu sebab nak orang2 itu kenal aku.

lillahhita'ala!

wallahi. 

tidak pernah.
tidak pernah mahu begitu. 

aku memang minat mengacara,
minat.
yang lebih pada gila.

sama juga sama lakonan.
cuma biar tahu nilai di mana.

bila orang kenal,
lagi mudah buruk kita orang sebar,
lagi mudah fitnah bersepah,
bertaburan di jalanan pasal kita.

serius weh,
serius. 




N a d 
0

aku

aku adalah aku,
yang biasa.

yang tiada apa menarik tentang aku,
yang punya busuk masam aku sendiri.

terkadang,
aku perlu fikir tentang aku dahulu kemudian baru yg lain,
apa yg lain tu fikir tentng aku?

nad,
kekal dengan apa kau ada,
bersyukur seadanya.

kau jelita
kerana kau adalah kau.

tanpa perlu menjadi pura2,
tanpa perlu menjadi plastik.

alhamdulillah,
telah selamat menjayakan program GISO 2013 di Thailand.

ia benar2 kenangan terindah. :)




nad,
be true to yourself.
manjakan sedikit tubuh tu..

jangan berpenat sgt.


N
0

jangan terlebih

semua hal kena kena pada tempatnya. kena cukup kadarnya. jangan terlebih, bahaya.
terlebih sayang, bahaya nad.
ini pesan pertama pada diri bila dalam keadaan mix emotions yg tak stabil dan mulut nak mencarut macam2, ops! tahan. sabar. 

aku jenis suka fikir, 
suka fikir terlebih.

haduii nad. 
stop being over-thinking.

dan aku taip padam, taip padam. diulang-ulang. 
aku tak tahu apa nak taip.

tapi, 
ada.
nak luah sebab sebak,
penuh,

sesak.

i'm still here.
giving u a chance.

tp,
aku nampak macam makin pudar.

macam sabun,
hari2 disental,
semakin hilang,
dan habis,
dan akhirnya kena beli baru.

i dont know what's wrong with u,
or me.
or us.

semua tak kena,
rasa dah tak sama.

serius tak sama.

please give me a reason.

i really need one.

awak,
kalau esok saya mati,
maafkan salah silap saya,
halalkan segala apa diberi.

mungkin suatu hari nanti,
awak akan rindu suara saya,
gelak tawa saya,
muka buruk saya,
dan segala hal tentang saya,
juga saya yang serius itu,
serius bila cakap tentang masa depan dengan awak.

baiklah awak,
sudah masa.

goodbye.

nanti, 
saya akan buat entri tentang awak,
(kalau sempat)
tentang saya sebagai your past.


aku selalu terfikir, 
how long it takes for people to forget me when i'm gone...

if i die tomorrow...
hmm.



N




0

lidah

aku harap aku akan kenal dia siapa,
dan boleh cakap
"saya mimpi awak, tapi xde muka, nmpak sedikit susuk tubuh, kurang jelas tapi, saya yakin tu awak, dengan kasut hitam awak"


mimpi
ia akan terus jadi mimpi.
0

lidah

lagi sekali,
tahap ingin tahu aku siapa dia lidah memuncak,
tinggi melangit.






n a d
0

lidah

oh lelaki.

hanya sebab aku membaca segala apa terjadi pada dia, dari A smpai Z. aku jadi macam terpukau,. jatuh cinta lagi dan lagi dengan tulisan dia dan dengan dia. hahaha. no. i think i'v out of mind.  addicted reading his works.

okay, sebenarnya entri kali ni aku nak cakap pasal ibu. pasal skelurisme tu belum lagi.,.. nanti ye..

dan iya,
hari-hari di rumah adalah hari paling penuh kasih sayang.
bangun pagi, ibu sudah duduk depan tv, tengok mhi. tengok berita dengan papa. sarapan tidak pernah tiada selain di bulan ramadhan. hehe. setiap hari, dia dengan rutin yang hampir sama 28 tahun dari hari pertama nikah dengan papa smpai sekarang. tak pernah merungut seinci pun, tak pernah!

aku tak tahu mana dia dapat kekuatan sebegini,
curah kasih sayang paling dalam pada semua anak2 pada suami yang satu,
tak henti-henti,
tak pernah kurang.

smpai sekarang tak pernah marah kalau aku cakap aku tak dapat jawab soalan dalam exam. tak pernah ungkit apa2. tak pernah bebel mcm gila penting exam dr menikmati hidup dengan tenang. she's so my everything.

aku boleh cakap mcam2 hal dengan ibu. peluk cium suka2 hati aku. sakat menyakat sesuka hati tanpa buang batas aku. aku serius tak boleh nak proses perasaan kalau suatu hari ibu..................................

arggh!

bodoh.
jangan fikir hal mcam tu.

soal mati tu,
bukan atas sebab tua mati,
sakit mati,
hisap rokok mati,
bukan.

tiada urutan. jelas skali bukan sebab abjad, nombor atau apa2. sebab takdir Tuhan. sebab Tuhan dah tetap sejak azali.

sekarang boleh menaip panjang, seminit kemudian belum pasti. maka, cherish every little things we have now. fokus pada apa kita ada seblum kita tiada sebelum mereka tiada.

pandang mata tua itu, urut kaki tangan yang banyak berjasa itu.
kalau nak tunggu bila berjaya, dah banyak duit baru nak berjasa dalam terma berjasa dengan beri duit, sgala kemewahan dunia sedang kau sibuk dengan dunia sendiri itu adalah bodoh.

she do not need---
armani exchange,
iphone 5,
bungalow rm1.5 billion,
rm5k every month bank in,
no!

no, not at all.

she need you,
listen to her,
hug her,
spent time with her,
make her laugh,
cherish her,
be with her,
call her ask her "ibu sihat?",
share your story,
let her notice that u noticed her.

kita ni semakin tua, semakin sibuk. tanpa sedar, kita semakin bina hidup sendiri, keluarga sendiri dan bla bla bla yg membuat kita semakin jauh dari mereka. kena slalu letak mereka proriti bukan pilihan.
duit kena bagi setiap bulan. kena selalu2 lah kol. tanya khabar, 5, 10 min pun jadi lah. again, let them notice that u noticed them.

dan kalau duduk sembang dengan ibu,
memang benyak hal aku belajar.

she's the one in my heart forever, like ever.
loving, humble, kind, funny, cool and the most perfect person i'v ever knew.

and ,
i love you ibu.


lot of love,
your daughter.










0

arwah

kita belum fikir siapa akan terus sedekah alfatihah untuk tanpa henti lepas kita mati kan?

hmmm.

tetiba, malam ni aku teringat arwah nenek aku lepas witir tadi.
gila sebak.
sekarang pun air mata laju saja turun.

haish.
tak apa, ini biasa bagi yang punya hati yang merindu dalam-dalam.

aku rindu dia.
ya Allah,
benar2 rindu.

ingat lagi aku saat-saat akhir dengan arwah,
aku duduk dengan dia atas kerusi sofa depan kat ruang tamu,
dia duduk sebelah kanan aku,
aku siap selca lagi dengan dia,
kitorang sembang-sembang.

dan iya,
aku menyesal tak mandikan arwah dengan lagi baik dari itu,
aku menyesal tak suapkan arwah dengan lembut lagi dari itu,
aku menyesal tak sikat rambut arwah dengan lembut lagi dari itu,
aku menyesal tak peluk arwah dengan lebih lama lagi dari itu,
aku menyesal....

arghh!!!

:(

aku cuba kejutkan dia masa rumah tu dah penuh dengan orang kampung,
semua sibuk cakap pasal lembu arwah, kambing, macam2.
hey!! diam lah!! bacakan al-fatihah dan yaasin. jangan bising.
aku tengok dia tidur, aku kejutkan dia, tak bangun pun, aku kejutkan lagi, lena je dia tidur, sampai ibu datang, "kakya, jangey gini."

aku sebak,
aku peluk arwah lama-lama.

berat aku nak lepaskan arwah pergi.

ya Allah, Kau tempatkanlah arwah dalam golongan orang2 yang beriman.



al-Fathihah.


"ira akan terus sedekah ini untuk mok,
ira tak banyak pun amalan tapi ira cuba terus baca ini utk mok."


cucumu,
siti nuurnadhirah binti mohd azkah.





0

malam dan taipan malam

selamat malam pemilik saraf2  yg utuh lagi mampu membaca dengan buka mata. saja nak pangjangkan sapaan sebab aku nak nampak cool.

haha.

mcm apa jer.

kadang2 kita suka benar hukum orang dari apa dia pernah buat,
PERNAH.

semua orang ada bahagian pernah masing2,
tak payah nak berlagak tak ada lah.
sebab ada.

kalau tak ada,
okay.

aku nak cakap pasal,
ambil alih kuasa Tuhan,
hukum orang---hamba Tuhan
adalah kerja Tuhan,
bukan kau---hamba Tuhan,
nampak tak taraf kau sama? kubur sama dalam jerr.

aku tak suka orang cepat menghukum.
sekian.

sepertinya malam aku yang tenang malam ini,
di lorong2 penuh dengan spesis yang asalnya mamat jadi memey,
dengan halkum yang sebesar tiga jari aku,
jalan kepit2 sebab nak nampak aaauummm,
dada dinaikkan dengan teknologi yang cukup membantu,
(aku rasa nak bunuh saja golongan ini yang supply benda2, yg create benda2 nih bagai)

malam kita tenang, adik2 tdur.
ibu ayah juga.

sunyi.

tapi tidak di sana.
arak ditongok riang,
bau macam s*&l,
busuk lah bau arak untuk pengetahuan semua,
dan segala jenis type badan keluar cari makan,
"i cari rezeki halal, tak curi duit pun, i keje keras tau!!"
suara kepit2 control supaya kadar kewanitaan tu keluar lebih,
yang perempuan dengan badan yang ori juga ada.

dan dalam suasana yang begini,
kita di rumah,
tenang.

tidak pernah ternampakkan suasana kotor, jijik begini,
tidak pernah berada dalam suasana begini,
tidak dilahirkan di tepi longkang,
dikutip dan diteruskan generasi di situ juga.

lihat!
betapa kita tidak punya celaka yang seperti mereka.

maka dengan itu,


cepat
cakap,
alhamdulillah,
untuk segala ketenangan Tuhan beri,
Allah beri.

kita tidak sekular,
tidak hidup minum arak, sleep over dengan segala macam orang, nasib tak kena hiv,
tapi percaya Tuhan akan memaafkan,
tanpa usaha,
nanti dalam entri akan datang aku cakap pasal sekularisme.

iya,
aku janji.


p/s: aku bahagia.


n a d.


0

kasih yang berkasih sayang

dunia ini indah dengan berkasih sayang,ayat biasa dengar. tak pelik. 
cuma manusia dunia kini terlalu mengejar, mengejar, mengejar dan diteruskan smpai infiniti mungkin.

lama aku fikir,
aku juga dalam golongan manusia di atas---mengejar.

hingga,
aku lupa sudah ada depan mata,
menunggu penuh sabar,
tahan segala karenah,
masih lagi teguh dengan rasa yang sama itu, 
tak berubah malah semakin dalam,
dari aku yang penuh jerawat, pakai pendakap gigi,
tudung serabai,
reti pakai tudung warna hitam ja dlu,
sampai sekarang yang begini.

sudahlah nad,
berhenti mengejar.


ia penat,
dan akhirnya kecewa.


manusia dan sifat memburunya seperti pemangsa buat hidup kini tidak lagi aman seperti di wonderland dalam kartun mat salleh yang ada rama-rama cantik, bunga mawar mekar, dan segala yang indah dengan lagu ala1 broadway.

manusia kini dajjal dari dajjal---lebih kurang, atau dajjal memang lebih dajjal. 

anak kecil dijadi hamba lempias nafsu,
dirobeknya si kecil,
aargh! bodoh.

kalau mahu,
kau punya rasa itu puas,
pergi saja lorong gelap,
pasti ada sudi membantu.

tiada carutan yang layak bagi manusia seperti ini kerana mereka bukan lagi layak dipanggil manusia dan dicarut.



-----------------------------------------------------------------------------------------------------------


kopi itu sedap,
bagi yang suka.

teh itu sedap,
bagi yang gemar.

mana satu,
tiada paksaan.


n a d.
0

usia

dah masuk hari ke 12 puasa.
quran aku baca tak capai target, banyak hala sangat. ke hulu ke hilir, amik adik, nta adik, g pasar, balik pasar, jahit itu, potong kain, kena marah sebab potong salah.. arrgh!

alasan!

papa dah berapa ratus muka surat dah, dah berapa juz dah nad oi!

"alaa, papa tak datang bulan, tak pa laaa"
cis! busuk hati punya nafsu jahat (sebab syaitan xde, aku salahkan nafsu jahat).
hahaha.

haaa gelak plak, serius sket.
usia kau bertambah.
mati dah dekat,
asyik berangan je lbih.
angan-angan tak ke mana,
berangan trus je ko nad,
last-last,
ke laut.

usia bertambah,
amalan?

haih.

dan tentang usia juga,
sebab usia,
manusia juga boleh jatuh cinta,
angau,
lupa daratan,
lupa diri,
lupa harga diri,
lupa segala sebab orang kata,
"love is blind".

argh!
orang mana kata???
mana??
meh bawak jumpa aku,
nok kecek kkiro skek.

sebab cinta kerana usia,
bezakan cara cinta itu dilakar.

malas hurai bagaima,
nanti kau rasa macam nak hmmmmmmmmmmmmmm....

:P

haha.
da 21 la aku ni.
haha.

dan kerana aku rasa kualiti tulisan aku semakin hilang identiti dan ia macam..... macam hhhmmm...
lantak lah korang nak macamkan ia macam apa...





usia,
aku nak seiring dengan kau.


selamat malam yang suram,
malaysia kalah denga chelse 1-4.

n a d.


0

gender

apa-apa isu pun pastinya ada lebih ke kiri, lebih ke kanan dan segala bagai lah.
apa-apa pun.

berat ke sebelah pihak yang dia sokong.
dan antara faktor aku nak hurai kali ini adalah gender.

iya.
bila suami kepada seorang perempuan ni kahwin lain,
para perempuan di sekeliling kiri kanan, atas bawah pun pantas jadi peguambela dia.
laju status komen hurai panjanglebar kes rumahtangga itu.

itu yg begitu, yang mencarut, maki hamun sesedap rasa juga tidak terlepas.
pelbagai reaksi diberi tapi hanya setelah dengar, baca, lihat, dari sebelah pihak.

kerana yg nampak kesian itu perempuan,
pakat-pakat semua perempuan tibai si jantan.

sama juga bagi lelaki,
ada lelaki yang lebih nampak natural tapi sebenarnya 'menghentam' juga.
dia back up tapi silently, tak nak kasi nampak jelas sangat.
biasanya ada ayat mcam kat belakang
" bulan puasa bwk cite baik dh la. dedah aib org sana sini wat pe...jom tadarus......"  

0

ba and bi

bising satu malaysia, rata-rata marah bila ada pasangan bukan islam bg ucapan ramadhan dan ada mknan yg berasaskan babi. ya! babi.

ia adalah ba and bi.

ramai buat laporan polis.
tahniah.

tapi,
takziah.

sebab yang lagi lagi lagi jelas menghina agama terus dibiar dibiar dibiar dan dibiar...

yang alim agama pun biarkan saja,
tak mampu tegur sebab jaga periuk nasi sendiri.
takziah.

entahlah.

aku pun tak reti.
dunia akhir zaman.

dan babi tetap paling popular dalam kalangan haiwan carutan manusia.




p/s: i dont care about my status.

n a d.
0

bertahan

sudah lama tidak meluah rasa disini.

penat aku tahan rasa.
penat aku,
penat.

ada banyak hal buat kita penat,
penat dengan orang,
penat dengan hal2 yang macam2,
dan akhirnya penat dengan diri sendiri.

selama mana boleh tahan,
bertahanlah.





ya Tuhan ,
ampuni dosa aku.


sesungguh aku ini lemah benar ya Tuhan...
benar2 lemah.

datangi aku mereka yang mmpu bntu pimpin aku,
heret aku bila aku hanyut.

:(


arrrghhhhhhhh!!

menangislah...
menangis itu hak kamu, nad.

N  a d.
0

mengerti hati lelaki

dalam banyak2 hal,
aku paling susah faham perempuan.

iya,
perempuan.
aku sendiri susah faham aku.

apa lagi yang lain2 di sekeliling aku,
bukan dengan sekadar baca majalah wanita,
kit akan faham perempuan,
bukan begitu.

dan,
aku mengerti bila lelaki lagi susah faham perempuan,
iya lah.. aku perempuan pun tak faham,
ini kan pula lelaki---struktur fikir dan fizikalnya berbeza.

maka,
lelaki banyak benar cabaran bila soal jaga perempuan.

tiada salahnya,
ambil waktu,
mengertikan hati lelaki pula duhai perempuan.






p/s: kalau suka, siasat dlu latar blakang keluarga, keturunan, kemudian pinangkan saja.


N a d.
0
esok entah apa jadi
0

tiada tajuk.

dengan nama Tuhan.
malam ini, aku mahu taip panjang.
entah apa merasuk, dosa lama aku mahu ulang.
gila.
ia benar2 gila.

sampai kerana sayang, Tuhan kasi aku hadap seorang yang benar2 indah.
dia---perempuan, anak perempuan, kakak, adik perempuan, isteri, pelajar sarjana
dan dia... dia buka rahsia dia untuk aku, ya! aku.

renungan tajam sepanjang saat yang berlalu. angin jadi saksi.
malaikat catat segala.
airmata turut sama ada.
lama aku dengar dia luah,
segala apa yang di akhir cerita,
apa dia mahu---tidak mahu jadi seperti dia yang dulu.

dia mahu selamatkan aku.
dia cuba.
dia terus.

dan aku tahu, aku dapat rasa, dia ikhlas.
terima kasih Tuhan atas 'pemberian' ini.

jangan persiakan ia, nad.
tolong.

oh Tuhan,
aku sudah penat dipertemukan dengan jantan.
penat benar.

kuatkan aku oh Tuhan---si lemah.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------

dan tentang semua,
aku letih dengan manusia yang bermuka2.

aku tahan,
aku sabar.

sebab aku percaya sama Tuhan,
Dia janji sabar itu ganjarannya syurga.

aku rela tebalkan muka jaga hati orang,
sebab aku tahu, perit diperlakukan seperti aku lalui ini,
aku tak mahu orang lain rasa apa aku pernah rasa.

aku bukan malaikat,
tapi aku cuba terbaik untuk jadi baik,
baik pada mata Tuhan,
walau aku sentiasa buruk depan mata manusia.

aaarrrggh!!!!!!!!!!


sampai sini dulu,
airmata sudah berkolah di mata,
gatal mahu keluar.


haish!



p/s: Ampunkan aku Tuhan.



N a d.





0

kasar, main kasar

datang bertalu,
tak bagi salam,
datang depan-depan,
bersepah-sepah macam tongkang pecah.

rilek lah.

kasi selesai satu-satu,
tak terbuat aku,
mana pandai aku langsai semua dalam masa sama.

datang hadap aku satu-satu ya idea-idea sekalian,
aku suka semua!




p/s: hai arjuna, aku mahu jadi perempuanmu.




N a d.
0
pasal cari pasal yang tak memasal.
ramai kita pernah macam ini.

aku cuma mahu kekal jadi aku tanpa jadi kau yang bukan aku. aku ini hanya si kecil papa, yang d banyak masa, aku banyak buat papa terasa dengan aku. maafkan ira, itu selalu aku cakap.

aku tak lepas dari buat salah. sebab itu, mintak maaf perlu. aku sangat perlu mintak maaf.

2013.
tahun penuh mcam2.
aku dapat tahu tentang realiti yang sangat sakit untuk aku telan, tapi seperti kebiasaanya,
aku kuatkan lutut, terima segala tanpa pengsan.

"kalau Tuhan sudah letak aku jadi perempuanmu, tidak akan lari aku darimu walau jauh aku langkah yakin di muka bumi Tuhan ini"
aku yakin takdir Tuhan.

hanya mahu yang boleh kejut aku subuh,
yang tahan dengan telatah aku,
yang tak reti nak layan perempuan lain semacam dia layan aku.

ya Allah....
lindungi aku.



tiada Tuhan selain Allah.




moga Tuhan dengar rayuan aku,
ampunilah dosa2 ku.



p/s: hati ni susa mau jaga.


N  a d.
0

persidangan para setan

persidangan para setan yang benar2 buat aku jauh fikirnya. tak pernah aku sebegitu dalam fikirnya tentang apa syaitan2 bualkan. 

semakin lama aku menikmati hasil seni teater mereka di aswara, 
semakin buat aku sedar ramai manusia ke nereka tanpa susah setan2 itu usaha. 

goyang kaki.
chillax kata orang sekarang. 

soal tentang aku yang semakin rasa... 
entah.

tak faham. 

Tuhan uji kita dengan ujian kita mampu harunginya . 

perguna manusia, 
itu biasa. 


manusia saling guna antara satu sama lain. 

...............................................................................................................................

politik. 
ia busuk bila orang2 dalamnya kotor.

moga ada sesuatu menarik di akhir bulan Mei.
harapan menggunung,
doa dipanjat.

jangan fikir timbang2,
fikir bulat2.



kekal dan tukar. 





p/s: jiwa kacau tapi... tetap senyum. tunggu masa lenyap.


N a d.
0

bertatih

lama benar tak aktif di papan kekunci ini. 
macam-macam hal jadi.
banyak yang ajar aku jadi manusia yang tahu kenal Tuhan.

aku mula bertatih. bertatih dalam bidang pengacaraan. dulu emceeing saja, sekarang mula hosting pulak. 

tersasar jauh dari asal aku yang sains dasarnya. haha. 

itu aku minat,
minat gila. 

:)

apa pun aku jadi,
aku tetap nad.
anak kampung.
anak papa.
si manja papa.

dan si gila2. :) 


kekal jadi diri sendiri :)

p/s: esok masuk gua.. *teruja*


N a d.
0

matang

bila aku dengar dia cakap.
pertama kali dengar, aku macam kagum. macam kagum.
seorang lelaki yang bijak atur perjalanan hidup. belajar dari ijazah sarjana muda dan seterusnya sarjana.
masa masih belajar, sudah kerja.
dua kerja dalam satu masa,
hari kerja kerja, hari minggu juga kerja.

aku nampak visi dia jauh. itu anggaran aku semata saja lah.
belum tahu.

lelaki begini benar2 buat aku kagum,
dia tahu mana mau melangkah.

orang begini bijak.
tahu hargai masa.
orang begini buat aku benar2 kagum.

tak melalut.
tak huha huha.
tak melalak.

aku suka begini.
sebab pemasaan yang betul dia tahu.

:)

matang itu perlu. sangat perlu.
tak, sebenarnya, aku, N a d yang perlu si matang.


p/s: Rindu papa. hurmmm... ;(


N a d.







0

aku nak merepek, sila dengar. haha

assalamualaikum..
ke hadapan diri sendiri. jangan nak sibuk fikir nikah. belajar dulu sampai habis. haha.

okey terus kepada isi merepek.

1. politik di negaraku tumpah darah ini semakin membuatkan ramai anak muda mahu keluar dari sini. haha.
2. rambut kak Mah a.k.a big mama panda semakin besar dan 'vogue' laah. haha.
3. aku dah semakin pandai guna twitter, tahniah.
4. terima kasih kepada dia yang sudi habiskan duit mak bapak dia untuk aku yang busuk masam ini, haha.
5. ketagihan aku tukar profile picture semakin melampau. haha.

cukup merepek yang betul2 merepek.

dan sebenarnya...

alhamdulillah.
alhamdulillah.
alhamdulillah.

atas nikmat Tuhan beri pada aku yang sopek ini.

malam aku dicium dahi papa dulu sebelum tidur,
dipeluk erat dia,
dan "papa sayae anok papa ni"

sebak tak semena2.

serius aku sangat sayang papa.

siapa2 pun kalau ada di tempat aku akan terus jatuh cinta dengan kasih sayang ayah yang begini.

dan bersyukurlah kita.

ambil masa,
peluk mereka,
erat2,
minta maaf dan ucap juga terima kasih,
untuk segalanya.

aku mesti nangis kalau aku buat ni.

cukup dengan sekadar cukup.
cukup yang sangat membahagiakan aku.

tiada yang lain aku mahu ya Allah,
hanya ini,
jangan dirampas lagi,
aku belum sedia.



P/s: tiok adalah nangis dalam longhat kami---kelate.
:)


N  a d,
si manja papa.
0

siapa lepas ini?

alhamdulillah.
selesai sudah majlis pertunangan sepupu aku.

soalan biasa,
siapa pulak lepas ni?

jari telunjuk kakak2 aku tujukan aku.

senang saja jawapan aku,
"insha Allah. doa2kan yea."

nikah menda baik.
tak perlu aku nak pura2 macam aku tak nak.

aku teringin.
teringin sekali diperintah suami dan disayangi dia.
juga dimanja.

dalam banyak2 situasi, aku paling ingin yang begini---
dia duduk di kerusi,
aku duduk bersimpuh di tepi,
aku letak kepala atas riba dia,
merengek macam anak kecil seraya kepala diusap lembut si dia.

haha.
*senyum*

dan sebenarnya, tiada siapa tahu siapa lepas ini. aku tak tahu, ibu tak tahu, papa tak tahu. dan semua pun tak tahu.

hanya Tuhan tahu lebih.


p/s: mata aku ori warnanya begini. no contact lens.



N a d.



0

terpaling kasih---papa

cari yang bila dia cinta, dia akan cinta semacam papa.
dah jumpa.

iya,
kenal sudah lama,
antara dia dan aku.

dia yang aku tak mampu nak jadi sesempurna cinta dia.

sekian.

dan sekali lagi, aku seperti kebiasaan memulakan taipan yang kosong, bila taip padam taip padam saja dari tadi. entah apa mahu aku taip.

aku sudah mula serap diri aku di sini.
kerana ada masanya, aku terasa benar jiwa aku bukan di sini,
mungkin kerana aku adalah aku yang begini.

sungguh, Tuhan tidak ciptakan kita sia2. maka aku percaya dan yakin tidak sama sekali sia2 aku berdiri di sini, merembeskan peluh di sini, menangis macam budak kecil, penat lelah diperguna manusia dan segala macam hal aku buat di sini, ia tidak akan sia2. Tuhan tahu lebih.

setiap hal yang terjadi akan ajar kita jadi lebih baik, bergantung pada bagaimana kita telan hal itu.

pahit mana pun ia,
bila sudah namanya ubat harus ditelan juga.

aku ni gila2 saja sebenarnya.
tapi bila tiba masa menulis,
aku mula serius dan terus serius.

maka,
sila kenal dulu aku,
jangan terus hukum aku.

bukan hanya pada aku sebenarnya,
pada semua makhluk---milik Tuhan.

jujur saja pada diri.
hanya yang tulen kekal wujud.

plastik hanya akan hilang. maka, jangan jadi plastik. setiap kali mahu cakap dengan lelaki---tudung dibetulkan, suara dilembut lembikkan, mata dibulat2kan dan terus jadi plastik. ia benar2 menggelikan. jangan begitu. biar di'cop' ganas oleh lelaki lain, asal lembut , lemah gemalai kau itu pada si lelaki halal kau.

uit! ia sama saja macam si tua kerepot cucuk muka, badan dengan botox bagai dan segala macam bahan2 kimia untuk kasi awet muda (konon2nya), tapi hakikatnya ia hanya plastik. dan ia geli.

sila terima diri seadanya. jujur.

kita akan bahagia hanya dengan begini. mudah.

terima diri sendiri dulu, baru yang lain tahu terima diri kau.

be original.

tak usah penat jadi pelakon tambahan dalam drama sendiri.


orang macam aku ini,
kenal hari ini begini,
esok lusa dan seterusnya pun begini saja.

tetap aku begini.


dan terima kasih pada yang terima aku apa ada busuk masam aku.

terima kasih.

hanya Tuhan mampu tak putus beri kasih pada kita,
dan moga DIA jaga kalian terus,
kerana aku ada limitasinya.


p/s: taipan aku adalah karya fikir idea otak aku,
bukan kopi pasta karya orang, jangan bagi soalan ini "best ayat2 kau., amek kat ni?"
ia kurang ajar!!!

N a d.




0

tentang macam-macam

assalamualaikum.
hai.

alhamdulillah.
astaghfirullah hal azim.

tarik nafas dalam2,
hembus.
dan..

senyum :)

jarang aku mulakan taipan aku dengan salam dan senyum. hehe. biasalah, ada masa bila aku emosi tidak stabil. laju saja jemari menaip tanpa hirau apa yang lain. haha.

ada orang kata, "mesti best kan jadi nad. ramai kenal nad"

dan aku terus senyum sumbing. naik kening.

haish!

jangan pernah begitu. yang kau nampak itu hanya luaran aku. kau tak tahu apa rasa merasa pahit manis jadi N a d.

sumpah takkan kau mahu!

betul, takkan kau mahu. iya, orang kenal. apa untung? tiada.

tanggungjawab berat bila orang mahu aku jadi emcee. 

bila semua okay,
lega.

bila silap, walau sedikit,
lama orang akan ingat silap itu.

tiada yang indah pun.
aku minat dan cintakan seni ini.
sebab itu aku telan saja segala apa orang kutuk, maki dan segala2nya lah. sebab aku tahu, tiada hal mudah dalam dunia ini. ada saja halangan dan dugaan. Tuhan suka uji hambaNYA.

begini saja, jangan untuk dikenal orang, kau buat sesuatu perkara. ia tidak akan menjadi. kalau jadi pun tak kekal lama.

tiada untungnya dikenal orang.
serius tiada.

sekian untuk cerita itu.


moga kita kekal jujur sama diri sendiri. jadi siapa kita.
tak perlu jadi aku,
sebab aku punya cela aku sendiri yang buruk.

ia indah,
hanya kerana segalanya milik Tuhan,
aku hanya pinjam.


aku mahu kekal menjadi aku.


secelaka mana pun hidup ini,
bila ia sudah namanya hidup,
ia adalah kehidupan,
dan kehidupan perlu diteruskan juga,
sebab Tuhan tidak cipta kita sia2.

:)

Tiada Tuhan melainkan Allah.

p/s: perempuan akan sentiasa cantik tanpa solekan yang tebal.

0

merapu ii

aku tiba2 rasa mahu balik kampung,
berhenti belajar,
belajar menjahit dengan makcik,
kerja dengan dia,
tolong ibu di rumah,
tunggu orang msuk meminang,
kahwin,
dapat anak jadi ibu,
taat suami,
dan bahagia.


haha.

merapu!


ada masanya, kita terfikir hal2 yang senang, hidup tanpa masalah, yang sebenarnya bukan kehidupan. kehidupan itu sendiri sifatnya mencabar, dan Tuhan tidak cipta kita untuk hidup macam binatang, makan minum, tidur bangun, mengawan, dapat anak, makan minum, tidur bangun, mengawan, dapat anak,  dan semuanya diulang lagi.

tanpa masalah, kita kosong.
dull.

entah lah,
aku ni cakap je pandai, bila aku ada masalah pun kadang2 aku lemah.
sebab tu aku kena ada teman---Al-Quran.

kalau tak, aku hanyut.

dan aku selalu percaya dan yakin,
Tuhan takkan pernah tinggal aku.

Dia ada untuk aku,
sentiasa ada.




Tiada Tuhan melainkan Allah.

N a d.
0

kata kawan aku

kata kawan aku, cepat2 cari.
jangan sampai terluka, mati rasa kerana letak suka pada orang punya.


haish!

cinta bukan senang2 petik kemudian dapat. Tidak.



biarlah.
malas.


ada, ada lah tu.


ke hadapan lelaki yang Tuhan utuskan untuk aku,
jangan datang pada aku sekarang,
aku belum sedia,
dalam sedar aku kata ini,
aku belum sedia penuh.

aku tunggu kau,
kau yang aku tak tahu nama,
kau yang aku tahu kau ada.



Tuhan tahu lebih.

apa2 pun,
alhamdulillah ala kulli hal. baik buruk sesuatu hal, ia adalah pemberian Tuhan.

telan dan belajar.


p/s: Aku nak ber 'awak saya' dengan dia jer, kasi spesel nampak. hahaha.

N a d.




0

tenang

aku terima situasi ini. 
aku tenangkan diri. 

i do love all the things we did together. just love it. 

just love it. 



Moga Tuhan berikan aku kekuatan. 
Jangan sampai hilang.


:) 




N a d.
0

aku mahu kekal aku

soal aku lewat ini.
aku buat tak tahu saja kalau orang tak percaya aku tiada lelaki nama kekasih.

aku tak kisah.
aku tak peduli.

kata2 kau tak beri kudis pada aku, in shaa Allah.. :)

maka,
rilek jelah si N a d ini.

sekali lagi, senyum ^__^

jangan kerana cara pakai, cakap, gelak aku ini kau sudah mudah label aku dengan macam2. kenal dulu aku. kalau tak nak, jangan cakap apa2. diam saja. :)

mahu aku taip banyak malam ini sebenarnya tapi, macam biasa lah aku, taip padam taip padam saja kerjanya dari setengah jam yang lalu.

dan banyak hal lalu di kotak fikir aku,
hanya lalu tanpa duduk kekal hingga taipan habis.

entah lah.

terlalu banyak, kecewa, sedih dan macam2. soal perempuan itu, aku benar2 sedih.

moga aku tidak akan jadi seperti dia.
aku tak pernah mahu dikenal orang, dipuja2 dan diheret cerita tentang aku di mana2. aku hanya mahu kekal aku. aku yang gila2, aku yang tahu sopan dan ksar pada masa yang tepat dan orang yang tepat. bukan gedik2 dengan semua orang yang namanya lelaki.

aku tak cantik mahu jual muka,
aku hanya pandai berpuisi dan aku gila seni.

seni tulisan,
seni teater,
seni dalam memberi kasih sayang pada yang lain---keluarga, sahabat dan semua yang aku mahu.

aku begini saja.

aku mungkin pandai cakap. cakap macam pengacara hebat, *haha* geli laahhh nad!!!

aku begitu hanya bila aku perlu begitu,
di alam realitinya, aku hanya aku yang gila2.

maka, jangan tertipu, tolong!

aku tak seayu macam aku jadi emcee .
itu cuma sebahagian dari tugas aku.






dan sekian untuk malam ini,
sila senyum :)

ia akan buat anda automatik cantik dan kacak. hehehe :)



N a d.
0

merapu si N a d

aku tak percaya aku mampu lama bertahan menjadi seseorang yang bukan aku.

aku ini perempuan. se 'independent' mana pun aku, aku tetap perempuan yang aku percaya aku tetap perlu dilindungi dan ada hal yang lelaki perlu lakukan dan bukan aku.

yang dipimpin itu aku,
dan yang memimpin itu lelaki,
yang berjalan di hadapan aku itu lelaki,
yang membuntuti dia itu aku.

bila aku sendiri, iya. aku boleh buat semua hal sendiri. tapi, kalau ada si lelaki, panjat tangga pasang langsir rumah itu biarlah si lelaki. biar aku di dapur buat kerja perempuan aku.

lelaki perlu sikapnya lelaki.
perempuan perlu sikapnya perempuan.

ada masa, aku mahu dileteri. diajar buat pilihan matang oleh si lelaki. dan bukan aku yang buat pilihan, dia hanya turutkan. lelaki seharusnya memimpin. maka, wajarlah kalau aku mahu dipimpin.

lelaki.

diam sekejab.

tarik nafas panjang.

soal ini susah dirungkai selagi aku tak tinggal serumah, tidur sekatil, dan segalanya dengan lelaki---suami. tapi bak kata ibu "kenal 30 tahun, ada je yang masih tak kenal suami sendiri macam mana"

hurm.

sekali lagi diam. dan senyum sumbing. :)

cari yang sekufu,
yang papa izinkan.
:)

mudah kan cik nad oii?

sudah sepakat dengan konklusi perbincangan serius sama angah tentang ini. maka, kekalkan dalam linkungan pendapat ini. jangan tersasar.


cinta papa terlalu dalam.
jangan dibuang hanya kerana cinta lelaki asing.



p/s: Papa, i'll always be ur little girl :) nak tetap manja dengan papa. ^___^



N a d.
0

Lahad Datu

taip padam, taip padam, taip padam dan diulang lagi. akhirnya, aku tunduk. hela nafas panjang dan dalam. aku istighfar. aku tahan air mata dari meluncur keluar. bukan bajet kuat, cuma aku takut taipan aku gagal hari ini, aku mahu ia dizahir jua. 

tiada pernah dibayang oleh kita semua soal aman kita diragut rakus oleh manusia sialan yang sifatnya syaitan bertuhankan iblis. kalau sebelum ini, kita "pray for Gaza" , sudah sampai saat kita "pray for Lahad Datu" . tiada siapa sangka ini benar2 terjadi dan benarlah tiada yang mustahil bagi Tuhan. setiap apa jadi ini hasil nukilan Tuhan dan Tuhan sedang uji kita.  

jangan persoal kenapa Tuhan biarkan hal ini terjadi. DIA tahu lebih. semua atas kita, apa kita akan terus kuat dan terus berdoa pada DIA, DIA mahu kita ingat DIA. saat susah, kita akan cari DIA, sekurang2 kita masih ingat DIA. 

dan jangan pernah hilang  harapan dari Tuhan. 
DIA tahu lebih, sekali lagi. 

kita mungkin tidak pernah akan mampu bersama2 wira negara yang lain pertahankan sabah tapi kita mampu terus doakan mereka, senjata orang Islam adalah doa. kita takkan pernah lemah dengan doa. 

teruskan berdoa, aku merayu. iya! aku merayu kepada  kau, kau dan kau. mari kita teruskan berdoa buat mereka. 

dan akhirnya, 
air mata aku laju meluncur. sudah pecah tembok pertahanan takungan air mata aku ini. dan aku tahu wira2 negara tidak selemah aku. aku sentiasa doakan kalian, kalian harapan . 

Najib dan konco2nya hanya tahu tayang muka di akhbar dan saluran media perdana yang plastik. 
rakyat sudah muak dengan kau lah najib!!! 

ini soal nyawa, 
usah kau fikirkan periuk nasi kau semata,
anak isteri kau sudah pastinya selamat,
akan kau bawa mereka jauh2,
dan tinggalkan rakyat di sini,
dan ini kau,
si pengecut. 




ya Allah, selamatkanlah bumi malaysia. 



p/s: i'm malaysian. and i'm a muslim. muslim pray for others. 

N a d.






0

budi bahasa

aku penuntut. apa kerana itu aku dilayan nak tak nak je?

haish.
tipu lah kalau kata aku tak mencarut dalam hati. sabar aku benar2 dicabar.

terlalu banyak hal aku hairan.
hairan kenapa susah benar mahu berbudi bhasa sesama manusia lain. kubur kau dengan kubur aku sama dalam je cik kak ci abang oi. sila sedar.

maka, tiada rasionalnya untuk aku dan sahabat dilayan sebegitu kurang ajar sama kerani itu. sekali lagi diulang kerani! aku faham, mungkin tekanan kerjanya tinggi melangit bila wajib jawab soalan sama saja dari orang ramai. diulang2 saja ayat sama tiap hari. mungkin ada ramai yang tidak sopan sama kau, iya aku faham!

tapi...

tidak semua orang begitu bukan?
aku tanya kau dengan muka penuh senyum, sopan lagi ayu,
kau jawab dengan begitu kasar.
kesannya, kau dipandang kurang budi bahasa dan dalam bahasa mudahnya kurang asam jawa lah.
muka kau kacak, cantik itu automatiknya terkubur dalam2. tiada lagi indah wajah itu. serius!

aku yakin ramai yang alami situasi berdepan dengan kerani @ pembantu tadbir am @ yang sewaktu dengannya yang kerjanya tahan muka depan pejabat, bank, dan lain2 yang kurang berbudi bahasa.


aku lagi mudah panas bila kau begitu dengan ibu aku. si ibu tanya elok2, kau jawab dengan bajet kau cun gila sampai tak layak ibu aku cakap dengan kau. haish! memang kau nak aku lempang kau laju2 ke minah oi??

dengan  orang tua, sila tahu beza. hormat, cakap sopan. kalau mak kau, orang kurang ajar begitu, apa kau senyum saja dan diam??


dan aku tahu, saat ini Tuhan mahu uji aku. maka, aku sabar.

sabar itu ganjarannya syurga.



p/s: tak perlu setiap amalan baik kita itu ternampakkan pada manusia lain. malaikat sudah ada untuk mencatatnya.



N a d.


0

huruf U.

assalamualaikum...

bila huruf U mula tercabut dari tempat asalnya. susah untuk aku menaip secara sempurna hasilnya. aku cuba tempatkan ia kembali. moga segala ayat aku lancar keluar dizahir pada kanvas putih skrin komputer riba aku ini. aku ambil 10 minit mahu kasi ia selesai.

selasai saja, aku tarik nafas panjang. ada hal mahu kongsi soal kejadian huruf U ini. ia ajar aku sesuatu. dan ia buat aku terjaga. moga taipan aku kali tidak sia2 kau baca.

aku analogikan huruf U ini sebagai daya lihat yang kita ada sekarang. tukarkan huruf U di atas kepada daya lihat kita.

ia akan jadi begini "bila daya lihat aku mula tercabut dari tempat asalnya. susah untuk aku menaip secara sempurna hasilnya. aku cuba tempatkan ia kembali."

apa aku mampu menaip?
apa aku mampu tempatkan kembali daya ini secara sempurna dalam 10 minit?
dan bla bla bla....
segala persoalan yang remeh tapi kesannya dalam.

tiada akan sempurna kita tanpa apa ada pada kita. Tuhan ciptakan kita sempurna. tapi selalu kita bisingkan kekurangan diri bila lihat insan lain lebih dari kita.

Contoh 1: "eh, tengok tu, untung la dapat pakwe kacak, kaya dan bla bla bla.."

Contoh 2: "eh, asal dia dapat anugerah dekan? aurat pun tak tutup. dan bla bla bla"

Contoh 3: "kan best kalau bapak aku kaya macam bapak dia"

ini jawab aku :

Jawapan contoh 1: Pakwe kaya, kacak dan bla bla tapi tak reti jadi imam. pakwe kau tak kaya, tak kacak tapi reti imamkan jemah di masjid. mana mahu kau nak jadi suami kau? jadi ayah anak2 kau? fikirlah pakai rasional akal dan agama sebagai landasan. bukan keduniaan yang sekejab ini. ingat, segalanya milik Tuhan.

Jawapan contoh 2: aurat dia tak tutup. dosa tetap malaikat di kirinya sibuk menulis segalanya. tak akan terlepas. segala dihitung. kau lagi untung bila kau tutup aurat. ingat, yang ada di dunia sementara. tiada orang tidur makan dan menetap di hentian bas. kerana ia hanya hentian. soal dia dapat anugerah dekan, dia usaha bagai nak mati. Tuhan maha adil. Tuhan beri apa kita usaha. tapi kalau bukan sekarang pasti ada, DIA dah janji kan... Allah tidak akan memungkiri janjiNYA. DIA ciptakan kita, apa kau masih ragukan janjiNYA? jangan jadi bodoh.

Jawapan contoh 3: ia bapak dia kaya, sangat kaya tapi bapak dia kahwin dua, mak dia pernah ugut bunuh diri. adik dia tak mengaku tu ayah dia. ayah kau mungkin tak kaya macam ayah dia, tapi ayah kau setia pada mak kau, mak kau bahagia dengan ayah kau yang tak kaya itu. tak pernah disakiti si emak. anak2 sentiasa di hati dan tiada diabaikan. apa lagi kau mahu? duit takkan mampu beli bahagia. ia terlalu mahal hingga tiada jumlah yang mampu membelinya. segalanya milik Tuhan.

apa kita ada sekarang sudah yang terbaik Tuhan beri.

ia sempurna sudah.

Tuhan bisa saja cabut apa yang ada ini tanpa izin kita,
kerana segalanya milik Tuhan kan...

aku milik Dia,
kau milik Dia,
kita milik Dia,
segalanya milik Tuhan lah!

maka, jangan kufur nikmat.

bersyukur dengan segala kita ada. segalanya maksud aku segalanya. tiada terkecuali apa ada di hati. cinta, kasih, sayang, rindu dan sekali lagi, segalanya.

manusia, menjadi manusia pun sudah cukup beruntung.
serius!

dan soal aku lewat dua tiga hari ini, aku masih belum kenal siapa aku.
aku katakan selamat tinggal buat dia.
aku pilih keluarga aku, maka diamkan saja.
terima dan duduk rilek.
aku tahu dia mungkin akan baca apa taip di sini.

aku putuskan untuk tidak fikirkan soal ini lagi. cinta aku pada papa lagi dalam. dan kalau kau benar mahu aku, datang saja ketemu cinta hati aku ini, dengar apa kata dia. aku lahir kerana dia, dia yang jadikan aku perempuan yang kau cintai ini.

dan aku mintak maaf. aku tak tahu bercakap soal ini dengan kau bila aku dengar suara kau. aku kelu. hanya jari jemari laju menaip apa rasa aku. maaf. aku lepaskan kau, dan aku tidak mahu ada ketukan kedua di hati ini dari kau. yang sudah biarkan ia sudah. sekian.


yang menanti, Tuhan maha adil.





P/s: aku tidak sokong cinta sejenis. ia jijik.



N a d.





0

tak faham

semakin tak faham,
lama2 aku diamkan saja.




N a d.
0

sepi

tiada yang menarik.
aku yang sopek,
yang hina.

sepi dari segala hingar bingar bandar,
sepi dari bersosial.

hanya gelak tawa sahabat2 sekeliling yang penuh cinta,
yang sabar benar tahan gila aku yang gila2,
sepi mereka dari bosan,
tiada antara mereka berhenti layan aku,
ia benar2 kegilaan yang aku sayang.

sepi.
sepi.
sepi.


ia bukan hanya tentang sepi yang bermakna sunyi. ia lebih dari itu.

aku kadang2 tak kenal siapa aku,
tapi ada orang yang baru nampak aku,
sudah mahu atur langkah jalan aku,
seolah2 kenal aku dan masa depan aku.

sudahlah.

bosan!

soal aku lewat beberapa minggu di sini, aku sihat2 saja. masih senyum dengan baik walau sopek. cuma aku semakin tak kenal aku. entah siapa aku sebenar.
tapi, tak mengapa. usah kau sibuk bilang pada aku siapa aku. aku okey begini.

cinta lelaki yang bernama mohd azkah itu benar2 angaukan aku. dia buat aku bahagia dalam dalamnya kasih dan cintanya.

subhanallah, ia indah. ia bnar2 indah.

sejujurnya,
aku mahu lelaki sepertinya jadi lelaki aku,
selamanya.

tiada yang kaya,
hanya murah dengan senyum.

tiada senarai panjang lebar untuk jadi suami aku,
ciri2 seperti putera raja yang sempurna BUKAN mahu aku.

hanya yang terima aku seadanya.


aku hanya jujur apa adaku.

aku sayang gila papa.
jangan siapa2 cakap buruk pasal dia, aku tak halal.



Tuhan maha adil.
moga Tuhan sentiasa jaga ibu bapa aku, kau dan kita semua,
jangan lupa doakan mereka sentiasa,
kasi hubungi mereka selalu,
mereka rindu mahu dengar suara manja, mengada2 kita.

aku manja.
iya,
aku manja benar.






p/s: Kalau main2, tak serius. Cakap saja. usah diperbodohkan orang.




N a d.
0

sampai waktunya

masa bayi, sampai waktunya jadi budak2.
masa budak2, sampai waktunya jadi remaja.
masa remaja, sampai waktunya jadi dewasa.
masa dewasa, sampai waktunya jadi tua.
masa tua, sampai waktunya jadi jenazah. 

dan sampai waktunya,
tiada lagi kau dan aku,
berpisah jua.

dan sebenarnya,
di banyak masa,
tak sampai waktunya norma itu pun kita sudah jadi jenazah. 

hanya mati itu pasti,
jodoh belum tentu ada ruangsempat ketemu.

maka, 
wajar kalau aku kejarkan amal dari kejarkan cinta.

aku bukan tidak punya hati mahu bercinta,
tapi,
yang aku rasakan hanyalah ketiadaan alasan kukuh untuk aku teruskan ingin itu.

alasan yang tiada wujudnya. 

melepaskan apa yang buat aku penuh rasa salah itu lebih buat aku bahagia,
dari rasa yang bahagia yang plastik itu hanya buat aku tidak keruan.

plastik hanya sampah.

sampai sini saja,
jujur aku.

Tuhan, ampunkan aku. 



dan tolong sebarkan kebaikan pada lain. kalau kita boleh terima baik kita, kenapa kita tidak boleh terima baik orang? semua orang pernah salah. semua ada dosa, besar atau kecil hanya bezanya. namun, kita tetap pendosa. 

tiada layaknya kita mahu hukum orang lain atas nama dosa, 
hak menghukum hanya hak Tuhan.


mungkin hari ini kau solat,
esok? lusa? tulat?

tiada siapa tahu, 
hanya Tuhan tahu lebih.

keterbatasan kita memberikan limit yang jelas pada kita. kita tidak pernah mampu lihat apa ada dalam hati manusia lain.

bersangka baiklah. 
terima baik buruk orang.
jangan terus menghukum membabi buta---ia benar2 haprak.





semoga Allah ampunkan aku, kau dan kita. 
astaghfirullah...



p/s: semester baru. 4 semester more to go.

N a d.
0

just give me a reason



entah kenapa,
gila aku dengar lagu ini.

ada ayat2 yang tarik aku,
diulang2.

just give me a reason,
seperti ada kaitrapatnya dengan aku yang sopek ini.

ah.
ada2 saja. 

bukan mahu heret kau kau dan kau lalai,
bukan! 

cuma mahu kata,
just give me a reason.

alasan yang tiada wujudnya,
untuk aku suka sama dia,
dia yang bukan aku punya.

bodoh.



N a d.
0

aku dan bahasa melayu

kenapa aku pilih untuk tulis entri2 aku dalam bahasa melayu?

sebab aku orang melayu. walaupun aku cakap pakai loghat kelantan, aku tak taip entri dalam loghat kelantan sebab sumpah kau tak faham. aku suka bahasa melayu dan itu cukup.

sebagai seorang penutur bahasa melayu tegar dan sayang akan bahasa ini, aku memang benci orang2 yang cakap campur antara bahasa melayu dan bahasa inggeris.

contoh:
"i memang suka express myself in a lot of medium2 yang baru, oh well kita kan dalam zaman full of technology and etc. so, i pun used all of that laaa. lau orang kutuk, it's so like whatever laaa"

nampak tak? betapa meggelikan dengar orang cakap dengan bahasa begini, belum ditambah lagi gaya yang ala2 orang putih tak jadi.

okey, okey. katakanlah yang memang mereka2 ini baru balik luar negara dan susah nak tukar kedudukan lidah untuk bercakap bahasa melayu dengan lancar, aku tetap hairan dan rasa ini semua sampah.

kenapa?

sebabnya adalah, aku tak pernah tahu ada orang putih yang datang dan belajar kat malaysia cakap dengan gaya seperti contoh di atas bila mereka pulang ke tanah air, mereka campur dengan sebati bahasa inggeris dengan bahasa melayu. kau pernah jumpa?

dah kenapa orang kita nak kena cakap macam tu? sebab kau orang KL? sebab kau orang bandar dan kau memang pandai bahasa inggeris? sebab kau nak kasi beza antara kau dengan orang kampung??
dan bla bla bla....

look, dear sisters and brothers...
if we are good in english and we are so in love with english, speak english fluently without mix it up with malay. by this way, people will respect you better, like much better than you speak like the example above.
i do believe, that there are so many people that are able to speak english fluently out there. but, they still choose to speak malay instead of english, as they respect our very own mother tongue. so, if u want to speak in english, please don't mix it up with malay.

tak nampak macam kau orang bandar pun cakap macam tu, serius!

bagi aku, secara peribadi. aku tak suka dengar orang cakap dengan sebegitu lagi2 kalau siap dengan gaya2 gedik ala2 english style yang sangat macam nak makan penampar aku.

bahasa melayu sudah cukup indah tanpa perlu ditambah rasa inggeris style. 
ayat pertama bahasa melayu, ayat kedua bahasa inggeris. ini okey. cuma jangan dikasi tambah keduanya.

saya+suka+writing+as+it's+my+hobi+and+i+just+love+menulis+laaa=GELI !!!

jangan jadi plastik, ia semak.

jangan kasi muncul depan aku, memang aku diam tunduk bawah saja bila kena hadap orang2 begini.
geli.
menyampah.
semak.
and it's so annoying.






p/s: aku tak kesah kalau kau nak cakap inggeris dengan aku, aku okey saja.




N a d.

0

papa

kali ini, aku mahu taip sepanjangnya aku mahu tentang papa, lelaki paling aku sayang selamanya, dan aku sanggup mati untuk lindung dia kerana aku paling cinta si arjuna ini. terlalu cinta.

bila ia tentang papa, jangan ditanya "kau tak sayang emak kau nad?"

bila sudah tajuk papa, ia tentang papa. bukan aku tak sayang ibu. sayang teramat juga. cuma kali ini ia tentang papa. sudah! jangan persoal.

tadi aku baca satu esei tentang kenangan berharga karya budak sekolah. ia bukan tentang percutian gah di luar negara atau apa2 sahaja yang indah dari sudut nafsu manusia. ia tentang abah budak ini.

kenangan terindah dia saat2 terakhir abah dia termakan sakit yang meragut nyawa si abah selamanya.

mula2 aku baca. apa kena dengan budak nie? ayah nak meninggal dikira kenangan berharga??

dan aku terus membaca. dengan senyum kelat di bibir.

di saat terakhir si ayah mahu hembus nafas terakhir, dia relakan si abah pergi dengan tenang. antara ayat yang aku ingat, "abah, abah jangan risau. saya takkan hampakan abah. saya akan jaga semua. abah jangan risau ya. abah boleh tinggalkan kami semua, abah jangan risau apa2. saya sudah jadi lelaki bukan budak lelaki lagi"

dan aku kesat airmata tak malu meluncur keluar di ayat terakhir bacaan.

sebak. ia benar2 buat aku sebak.

apa aku mampu yakinkan papa sebegitu tegar dia?
apa aku mampu janjikan papa yang tiada apa yang dia perlu risaukan?
dan apa aku kuat lepaskan papa pergi dari pelukan aku selamanya tanpa ada peluang kedua?

gila.
banyak benar persoalan bila mana aku letakkan aku dalam diri budak lelaki itu.

ah.
ia benar2 buat jiwa aku kacau.

ia benar2 buat aku mahu peluk papa sekarang kuat2. dan tiada yang lain aku mahu.
hanya papa.

arjuna ini banyak ajar aku salah betul dalam hidup ini. bukan guna paksaan tapi elaborasi pengalaman hidup papa. dan betapa manisnya papa melayan degil, malas, gila2, dan segala apa yang buruk tentang aku. papa tak pernah kering dari manis senyumnya dan tiada yang lebih indah dari cinta seorang bapa buat puterinya yang sopek ini. dia sayang benar anak2. sayang lebih dari si isteri. dan benar, aku terlalu inginkan lelaki seperti dia jadi suami aku, jadi ayah anak2 aku sebab aku tahu dalam cinta dan kasih dia tidak terhargakan. dan beruntung ibu kerana punya cinta arjuna ini. dan beruntung juga aku punya papa. alhamdulillah...

setiap kali tangan aku genggam tangan dia, pasti lama. dan aku suka peluk dia lama2. sebab aku sangat takut... takut tak sempat. dan aku hargai setiap saat aku dengan dia. dia cinta hati.



saat kita kata hidup kita paling tercelaka, sebenarnya tidak.
ada saja yang lagi celaka dari kita tapi masih mampu kuat.


masa di dunia terlalu sedikit,
jangan dibazirsiakan...

usah meraung atas silap salah dulu,
there's always a space for betterment each day...


p/s: my first love is papa. <3

N a d.
0

alasan yang tiada wujudnya

dari awal, 
kau hanya pencuri,
kau curi hatiku, 
kau bawa pergi dari aku,
sampai aku terduduk sendiri,
menanti kau,
di situ tak berganjak rasa,
dan aku mangsa kau yang rela.

dan setiap dari aku yang buruk,
kau terima,
sampai ada masanya,
tiada aku mengerti,
tak pernah aku faham,
faham akan alasannya.

alasan yang tiada wujudnya. 

bagi aku faham, walau sedikit akan alasannya,
aku kutip segala rasa yang ada dengan rendah diri,
dan membiarkan diri teguh dalam kurungan rasa yang aku tak faham sampai sekarang. 

--------------------------------------------------------------------------------------------------

aku duduk,
mata meliar tengok sekeliling,
ada yang tarik pandangan aku,
mereka di hadapan,
bersembang kencang tanpa suara,
hanya ada isyarat tangan, 
dan mata yang ikhlas mengiyakan dan menidakkan kata,
juga mimik muka yang jelas menjelaskan apa cuba hati kata.

Alhamdulillah.
walau banyak yang kita rasa kurang tentang diri kita,
kita masih punya suara. 

alhamdulillah ala kulli. 



p/s: Moga Tuhan perkenan apa ada di hati.

N a d.





0

di banyak masa

di banyak masa. terlalu banyak. di mana aku lihat si gadis cantik berjubah polos hitam, bertudung penuh, bersarung kaki dan senyum penuh sopan pada ku yang sopek sekali dalam cara pakainya.

tertunduk aku.
tersenyum aku.
termenung jauh aku.  

segala2nya. kerana si gadis ini. 

dia bawa cahaya bersama dia. kerana dia aku jadi diam dari bicara aku, tergagap2, terkelu tak semena2. 

lagi2 bila dia tak kesahkan aku yang pakai macam mana, dia tetap ihklas senyum sama aku. 

sejuk sekali rasanya. 

arrrghh!! 

jatuh cinta aku lihat dia. indahnya agama. dan dia buktikan pada aku yang bersangka baik itu tanda cinta suci pada agama. 

dia yang sempurna menutup tak hina aku yang sopek ini. tetap senyum diberi seikhlasnya. 

di banyak masa, 
aku sayang benar mereka2 ini. 

jumpa saja, akan terus dipeluk aku. 
entah kenapa, aku sudah terbiasa begitu. salam dan tarik ke rangkul, peluk penuh ikhlas.

ini indahnya agama.

mereka begitu terbuka menerima aku yang agak gagal memanifestasikan agama sepenuhnya dalam cara pakai aku. ia benar2 indah. 

di banyak masa juga,
ada suara2 bodoh orang sekeliling yang seoleh2 tak benarkan mereka2 ini buat salah.

"pakai tudung labuh pun bercinta jugak" . ini ayat biasa, dan aku juga pernah cakap ayat ini masa aku masih belum matang. haha. 

chop! yang bertudung bagaimana pun dan macam mana pun dia, dia tetap manusia yang secara automatiknya akan jadi pendosa. tiada manusia yang tidak buat dosa. 

kalau yang macam aku ni, lagi bising mulut2 busuk itu bersuara, yeala hak bersuara hak semua. yelah2, lantak kau lah. 

hak menghukum hanya hak Allah. 

itu sahaja mudah. 



dan style macam mana pun, solat jangan tinggal. 



di banyak masa juga,
aku memang kadang2 mudah emosional, mudah nangis. 


bila aku marah sangat2, aku nangis dulu. 


dan diam.


p/s: menangis itu memenatkan.



N a d.


0

Jodoh



dan aku diamkan saja. yakin dengan ketentuan Tuhan, kalau Dia yang kita yakin ciptakan kita, maka yakin juga lah yang Dia sudah tetapkan kita dengan pasangan kita yang terbaik dari sudut pandang DIA bukan kita.

macam mana pun pasangan kita nanti, qona'ah lah... bersyukur dengan apa yang dimiliki. sungguh, kurang kita lebih dia, lebih kita kurang dia. saling lengkap melengkapi.

dalam waktu sebegini, bohong lah kalau tiada yang ingin dibelai si pencinta setia yang terlafaz dengan akad nikah yang paling suci atas muka bumi, yang paling indah dengan ada rahmat Tuhan di setiap perbuatan penuh cinta itu. tapi, dengan cara apa mahu kita peroleh cinta itu atas kita, mahu halalkan atau biarkan ia seperti kotor dipenuhi dosa. semuanya atas kita.

let's keep it HALAL.

aku seru, nikah lah kalau sudah bersedia dan restu ibubapa bersama. usah buang waktu dengan dosa yang bertimbun2.

tak perlu nak ikut adat segala lah! nak buat majlis gila2 bapak mahal ala2 dalam Nona bagai. cik kak, cik abang sekalian, cukup sekadar cukup. nak nikah, tak perlu sampai berhutang, jual tanah bagai. serius tak perlu!!!

maka, betulkan persepsi yang nak nikah kena ada duit banyak2 baru boleh kasi selesai. yakin dengan rezeki yang Tuhan juga sudah tetapkan, janji kita usaha dan cari dengan halal. nikah lah dengan restu juga. kalau sudah tak direstui setelah berusaha yakinkan, maka redha. kadang2 ibu bapa lagi tahu apa yang terbaik buat anak2. lagi2 kalau si ibu berkata2. ia pasti ada hikmahnya.

tak susah nak nikah kalau kita lantakkan saja orang nak kata apa pasal majlis nikah kita yang tak grand ke yang tak mewah2 ke... mulut busuk mereka hanya mampu bising skejab saja. lama2 diam jugak.

semua atas kita nak senangkan atau saja2 nak susah2kan demi puaskan mata manusia yang takkan pernah puas.

we don't have to impress people because we don't wake up to impress people.






p/s: moga urusan aku juga dipermudahkan.




N a d.
0

alhamdulillah

Ku tahu ku adaMU.

alhamdulillah di awal taipan sebelum jauh ku menaip. hari ini keputusan peperiksaan semester lepas. aku dengar ramai yang berjaya dapat anugerah dekan, alhamdulillah walaupun aku bukan antara mereka itu.

yang dinilai itu usaha. kalau kita sudah usaha dengan ikhlas demi DIA diatas sana, ia takkan pernah jadi sia2, takkan pernah! kalau bukan hari kau dapat hasil terbaik macam kau nak, mungkin DIA berikan dalam bentuk lain, sedar atau tidak, sahaja.

maka, di mana duduk tempat kita pun, atas atau bawah, tetap lafazkan alhamdulillah.. DIA berikan apa yang terbaik untuk kita, seperti selalu aku bebelkan yang "Tuhan tahu lebih".

cuba bayangkan kalau kita selalunya di atas tanpa pernah berada di bawah. aku jamin, kau takkan pernah faham apa rasa duduk di bawah dan kau akan kosong rasa yang tak lengkap, hanya tahu ada di atas. ia tak lengkap.

bila ada masanya kita di bawah dan duduk di tahap paling kecewa gila2 sampai rasa mahu kerat urat darah di tangan kiri, tamatkan riwayat sendiri dan tempah tiket neraka paling jahanam, tika ini lah kita akan jelas tentang Tuhan paling sayang hambaNYA yang sabar dengan uji duga DIA bila mana kita berjaya tolak tepi idea2 gila mahu bunuh diri, dan kembali padaNYA dengan rasa paling kerdil. macam selalu aku cakap, sabar itu syurga. takkan dapat rasa indahnya syurga tanpa sabar, serius!

perasaan ada di atas dan ada di bawah itu ada manisnya tersendiri yang benar2 akan ajar kita erti hidup sebenarnya yang tak pernah sama dengan drama Korea, drama melayu dan bla bla bla yang ditulis sepenuhnya oleh manusia seperti kita.

the one and only best writer is Allah.

maka, alhamdulillah ala kulli hal.

di setiap perit,
ada manisnya.

di setiap duka,
ada sukanya.

Allah ada dengan aku.

apa pun terjadi, aku tetap hambaNYA. apa pun keputusan aku dapat, DIA berikan aku yang terbaik.
yang dinilai itu usaha.

tak perlu ada carutan di saat kau gagal dapat kau nak!

buruk mana pun kau dapat, itu Tuhan bagi dan jangan persoalkan. DIA yang cipta setiap celah bumi yang kau pijak dan segala2nya.

segalanya milik Tuhan. maka, jujur seadanya. Dia nilai itu.


tentang keputusan aku, aku pernah dapat keputusan teruk.
dan tetap aku ucap alhamdulillah.

tak aku carutkan apa2.

dan kali ini,
ibu papa senyum puas dengan aku,
dan itu saat air mata tak malu meluncur keluar dari mataku ini.

*senyum*

alhamdulillah ya Allah...


alhamdulillah...
alhamdulillah...
alhamdulillah...




p/s: aku redha dengan apa Kau berikan, setelah apa aku usahakan.




N a d.





0

teguran

soal teguran.
ada orang tolak mati2. "eleh, asal aku berhijab, tak solat pun x pe" 

otak kau!! 

solat itu tiang agama. 

kau buat baik sebanyak mana pun, tetap tak diterima jika kau tinggal solat. 

aku tak layak cakap soal dosa orang, sebab aku juga pendosa. 

cuma aku mahu luah pasal teguran. aku bersyukur, aku ditemukan dengan orang2 yang suka tegur salah aku, salah dalam pakai makan aku yang kadang2 aku lalai. dan mereka ada, tegur aku. 


TERIMA KASIH. 
mereka cintakan aku hingga ke syurga, mahu hirup harumnya syurga bersama. 
insya Allah... 

kita manusia. sifatnya mudah lupa. mudah lalai. apa lagi bila syaitan sudah berjanji akan terus hasut kita penuhkan neraka. dan syaitan ada dalam setiap salur darah kita , takkan mampu lari dari syaitan2 durjana ini. 

sebab itu, aku perlu ditegur. 

tolong sedarkan diriku. 


satu yang aku perasan tentang cinta. cinta yang benar2 telus itu bila dia tak kan biarkan kita terus buat dosa dan tolong sedarkan kita. maknanya mudah, dia mahu bersama kita dalam syurga dan syurga hanya untuk mereka yang layak dan untuk mereka yang Tuhan mahukan. 

aku yang hina ini ucapkan terima kasih pada dia yang tegur salah, silap dan aku sedar, aku ini penuh khilafnya.

maka aku terus menulis, untuk ingatkan aku sendiri, diri aku. 



berusaha tuju arah lebih baik. 
dan awak, 
bantu saya ya. 

doakan saya. 





cinta sempurna hanya untuk Illahi.




N a d.
0

"judgmental"

being judgmental.
and keep talking about others without knowing them first.

cakap dan cakap.
lama2 jadi tahik---tahik mata, tahik hidung busuk. 

selalu ada orang yang bajet bagus. hanya dia paling hebat yang tahap gaban sampai dia rasa dia paling punya hak cakap pasal orang ini begitu, begini dan segala macam hal tentang orang itu yang dia sendiri baru kenal tak sampai sehari dan carutan di akhirnya aku bagi (dalam hati saja). masih hormat, orangnya lagi tua.

aku pernah kena. sangat baru lagi dan kerana masih panas terasa di telinga dan sedang masih panas ini aku tuliskan.aku tahu, dia takkan baca, tapi aku nak luah saja di sini. kongsi rasa panas aku ini. 

baru saja dengar aku bercakap untuk beberapa patah merapu merepek aku dengan kawan2, sudah cakap aku jenis yang susah orang nak dekat sama dengan aku hanya kerana aku guna loghat aku yang indah lagi aku sayang---kelantan. 

dan ayat paling panaskan telinga dan buat tahi telinga aku cair adalah bila, dengan penuh suka hati mak bapak dia, dia cakap aku ni "kau cakap ni jenis cakap je lebih, tapi hampeh, cakap tak serupa bikin" 

*senyum sinis* 

kopi dihirup baunya pagi tadi, sudah kau kata ia pahit rasanya? hai cantik, rasa dulu baru tahu lahh. 

kenal aku dulu. jangan suka2 cakap itu ini. ia benar2 hanya jadi tahik. 

siapa2 pun tak punya hak nak cakap pasal orang itu begini begitu pada masa yang singkat suai kenalnya.
dah kahwin 30 tahun pun, masih tak kenal siapa suami sendiri, bagaimana dia yang sebenar2nya. apatah lagi kalau kau hanya dengar dari cakap dia yang dua tiga patah. dan hanya dia bercakap kelantan, kau kata dia susah nak buat orang senang berkomunikasi dengan orang. jangan begini kak oi... 

aku sendiri tak kenal aku macam mana, kau senang2 kata kau lebih kenal aku. aku jatuh longkang, parut kat mana kau tahu ke?!! 

dan berlagak tahu segala tentang aku dan senang2 juga kau kritik aku tanpa tengok apa2 hasil kerja aku. kau benar2 kurang asam jawa dan perlu ditambah garam secubit untuk cukupkan rasa kau yang kurang itu! 

being judgmental is useless. 

judge less, love more. 




Sincerely,
n a d.

love more :)
0

percaya

susah nak percaya. 



benar2 susah. 




Aku makin tua. 
makin dekat mati. 

itu realiti.


N a d.
0

esok

moga esok segalanya selamat.
ya Allah, permudahkanlah segala urusan dan perjalananku...

amiin...




p/s: Pembimbing rakan universiti, aku salah seorang



N a d.
0

aku pendosa

yang aku tahu,
aku pendosa.

dosa aku banyak,
sebab itu aku tundukkan saja diri aku pada DIA,
moga2 aku mati sebut nama DIA,
moga2 DIA ampunkan dosa2 besar dan kecil aku itu.

innallah---
ar-ghaffur.. maha pengampun.



p/s: jangan dikagumkan si pendosa ini.



N a d.
0

datang dan pergi

there are so many uncomfortable truth in life.
one of them is that some people come and go easily in our life.

ada orang yang senang2 tabur janji2 manis pada kita sedang tiba2 dia tinggalkan kita---ini biasa.
ada orang yang tak pernah kita terfikir kita akan sayang dia, rapat dengan dia dan saat kita susah dia ada di sisi---ini biasa.

orang datang,
orang pergi.

ini biasa jadi. tak pelik kan? aku tahu, kau pernah rasa.

masa sekolah rendah kita pernah kawan dengan si anu ini lama gila, rapat sampai ke kantin sama, ke tandas sama, main lari2 depan kelas, kena denda sama, macam2.

dan sekarang, bila jumpa pun masih sama, diam sama.
dua2 diam. tak tahu nak sembang apa. ada yang tak jumpa dah.

masa tingkatan 2, rapat dengan si A,
tingkatan 3 dengan si B dan proses ini berulang lagi.

orang datang,
orang pergi. ini benar2 biasa.

tapi...
dalam datang dan pergi itu ada yang kekal dan tetap dengan kita walau tak selalu sembang sama. tapi dia wujud.

ini sahabat sejati.
dan aku tak perlu beribu-ribu yang begini,
ia alhamdulillah sekadar ada,
sudah mampu buat aku bahagia.

dan soal datang dan pergi,
aku sentiasa tahu ia akan terjadi bila dia datang bukan dititipkan jujur dan ikhlas di sisi.

dan selamat jalan kepada yang pergi dari hidup aku. datang dan pergi kau ada sesuatu yang ditinggalkan. tetap ada yang aku belajar walau sedikit. tetap ia indahkan hidup aku dengan warna walau ia bukan warna pelangi yang indah.

cuma minta aku, ucapkan aku selamat tinggal sebelum kau pergi, ia akan lebih buat aku jelas akan ketiadaan kau dalam hidup aku. jangan tinggalkan aku begitu saja---ia sangat kurang ajar!!!

dan bila sudah pergi, tak perlu datang kembali andai masih tidak dititipkan jujur dan ikhlas bersama, ia akan jadi sangat2 sia2.

dan ada yang pergi demi kebaikan bersama, terima kasih aku ucap.


p/s: aku senang jadi aku.


N a d.




0

expectation

i do know some people who really loves to put too much of expectation on everything.

bagi aku, jangan terlalu nak yang macam itu, ini, buat list panjang2 sampai kita nak bca pun nak muntah dan bla bla bla... itu memang hampeh. dan iya, ia adalah hak individu untuk memilih tapi bila kita sendiri kentut busuk, kita nak lelaki yang kentut tak busuk??

what the fish?!

if u put too much of expectation on getting a perfect guy according to your list, it's rude. why?

1. kau akan jadi tak reti nak bersyukur kalau Tuhan jodohkan dengan lelaki yang tak macam kau nak.
2. kau akan jadi andartu selamanya kerana lelaki 'kentut tak busuk' tak wujud.
3. kau akan kahwin tapi, laki kau tak bahagia dan akhirnya cerai.

dan bla bla bla...

perempuan. bila sudah nama perempuan kau belajar tinggi mana pun gaji besar mana tetap dosa kau suami kau tanggung dan kau dengan senang hatinya nak derhaka pada dia, tinggikan suara pada dia, tengking dia depan ramai macam dia tak punya harga diri, hina dia sebab lampin anak kau tolong beli?

perempuan, dosa kau dia tanggung tiada bandingnya dengan apa yang kau ada. gaji berpuluh ribu, belajar sampai dapat pangkat Dr,pandai cakap bhsa inggeris macam mat salleh, BUKAN tiket untuk kau bangga diri depan suami. Ingat ini, suami kau pemilik tulang rusuk kau. aku bukan nak berdrama ayat jiwang karat cuma aku nak kau sedar yang jadi materialistik itu sia2.

expect less.
forgive more.

kurang kita, lebih dia.
lebih kita, kurang dia.

tiada yang sempurna selain Allah.


dan aku memang suka cakap pasal perempuan sebab aku perempuan. dan aku malu benar tengok perempuan yang tak macam perempuan.

bila sudah perempuan, perempuankanlah diri.



p/s: bertolak ansur, timbang rasa ramuan utama hubungan.
N a d.




0

papa , ibu

papa,

ira sayang papa.

ibu,

ira sayang ibu.

keduanya aku sayang gila2.
dan aku cari dia yang tahu hormat orang tuaku.





papa, ibu...
cinta ibu papa begitu indah....




N  a d.
0

Bukan sekadar lagu


Mantera Beradu -
Malique/// feat. M.Nasir///
masih belum sempurna...
gerakkan hati... hati gerakkan...
pandanglah aku... aku lah dia...
kulitku tebal... ku kebal... ingatku kebal...
hanya berbual makan angin kembung perut mual...
resah dan tidak senang... hidup tak pernah lenang...
ku schizo paranoia takut pecah tembelang
pecah tembelang... peta dah hilang...
bangau dah pulang... suara sumbang...
lidahku kaku tak selicin kuku
teman baikku buku
bini ku pena... tak pernah lena
aku suka mengintai pantang ditenung
berakhir pertelingkahan dalaman
pasti belum
ikut gerak hati... pena melayang
dilihat dua layang pandang
tak lah segarang
takat meradang
tanya... abang gedang, apa barang?
badan macam badang
main acap belakang parang
kuhunuskan keris musuh ada pistol
tradisi kekalkan adaptasi harus betul
tujuh baris keramat tujuh garis penamat
baik berpada biar jahat asal selamat
ramai saudaraku yang baik telah dipijak...
awan mendung yang berarak
bawa tangis bawa resah
rebah rindu yang terkumpul
semua birat dan kalimah
semua janji yang terikat
lebur disisimu
YO!!... ijazah terbaik datangnya dari jalanan
dari pengalaman bercakap dan bersalaman
konflik motivasi cuba meditasi
positif dan benci jadi inspirasi pagi
peduli itu interpretasi basi pekakkan sebelah
halang biar keduanya muka cantik
soalan bodoh yang ditanya jadi melodinya
lebih hina dari zina
lu bikin dosa.. ku bikin prosa
Testosterone testarosa
[ Mantera Beradu - Malique feat. M.Nasir lyrics found on http://lyrics.my ]
citacita sosa K.L. K.L. kosa nostra
jalan berliku ku harung roller coaster
gah sentosa tiada penyesalan
luas pandangan jauh dah berjalan
tak sempurna masih ada kejanggalan
gagal merancang, merancang kegagalan
awan mendung yang berarak
bawa tangis bawa resah
rebah rindu yang terkumpul
semua birat dan kalimah
semua janji yang terikat
lebur disisimu
kucing bawa tidur... rimau bawa igau
masuk tempat orang... bawa otak bukan pisau
naik bukit angkuh cakap ayah jangan risau
turun bukit pucat dengar tiga miaww
kucing bawa tidur rimau bawa igau
masuk tempat orang bawa otak bukan pisau
tolak pintu gua tiga kerat tenaga
kosong tak dijaga sampai datang tiga naga
ingat nak berlaga tapi tak kan boleh menang
menang dengan otak tak mesti dengan pedang
sebelum jadi bangkai ikan koi renang renang
pura pura salah jawapan untuk naik berang
panggil lima kawan atau biar pergi laju
risaukan pekara temeh kita tak akan maju
muka sama hijau hati siapa tahu
merah dah menyala pasti mati siapa mahu
gagap tiga kali bercakap benar saja
bulan terang ramai yang keluar buat kerja
panjat pokok buluh cari tukun air terjun
naik sampai nampak dah terpegun turun
tiga ular ikut.. lompat atau paut
kalau lari mati... jika jerut maut
awan mendung yang berarak
bawa tangis bawa resah
rebah rindu yang terkumpul
semua birat dan kalimah
semua janji yang terikat
lebur disisimu
puisi hati mu... hati mu puisi
palu hati ku... palu hatiku
kulit tak bersalin walau saling ganti baju
pandang sini pandang sini
ku berbahasa baku... kata kata nahu
himpun jadi satu
mantera beradu dengan irama dan lagu
akhirnya sempurna... 
Dikuasakan oleh Blogger.

Pengikut

Back to Top