0

merapu ii

aku tiba2 rasa mahu balik kampung,
berhenti belajar,
belajar menjahit dengan makcik,
kerja dengan dia,
tolong ibu di rumah,
tunggu orang msuk meminang,
kahwin,
dapat anak jadi ibu,
taat suami,
dan bahagia.


haha.

merapu!


ada masanya, kita terfikir hal2 yang senang, hidup tanpa masalah, yang sebenarnya bukan kehidupan. kehidupan itu sendiri sifatnya mencabar, dan Tuhan tidak cipta kita untuk hidup macam binatang, makan minum, tidur bangun, mengawan, dapat anak, makan minum, tidur bangun, mengawan, dapat anak,  dan semuanya diulang lagi.

tanpa masalah, kita kosong.
dull.

entah lah,
aku ni cakap je pandai, bila aku ada masalah pun kadang2 aku lemah.
sebab tu aku kena ada teman---Al-Quran.

kalau tak, aku hanyut.

dan aku selalu percaya dan yakin,
Tuhan takkan pernah tinggal aku.

Dia ada untuk aku,
sentiasa ada.




Tiada Tuhan melainkan Allah.

N a d.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.

Pengikut

Back to Top