0

huruf U.

assalamualaikum...

bila huruf U mula tercabut dari tempat asalnya. susah untuk aku menaip secara sempurna hasilnya. aku cuba tempatkan ia kembali. moga segala ayat aku lancar keluar dizahir pada kanvas putih skrin komputer riba aku ini. aku ambil 10 minit mahu kasi ia selesai.

selasai saja, aku tarik nafas panjang. ada hal mahu kongsi soal kejadian huruf U ini. ia ajar aku sesuatu. dan ia buat aku terjaga. moga taipan aku kali tidak sia2 kau baca.

aku analogikan huruf U ini sebagai daya lihat yang kita ada sekarang. tukarkan huruf U di atas kepada daya lihat kita.

ia akan jadi begini "bila daya lihat aku mula tercabut dari tempat asalnya. susah untuk aku menaip secara sempurna hasilnya. aku cuba tempatkan ia kembali."

apa aku mampu menaip?
apa aku mampu tempatkan kembali daya ini secara sempurna dalam 10 minit?
dan bla bla bla....
segala persoalan yang remeh tapi kesannya dalam.

tiada akan sempurna kita tanpa apa ada pada kita. Tuhan ciptakan kita sempurna. tapi selalu kita bisingkan kekurangan diri bila lihat insan lain lebih dari kita.

Contoh 1: "eh, tengok tu, untung la dapat pakwe kacak, kaya dan bla bla bla.."

Contoh 2: "eh, asal dia dapat anugerah dekan? aurat pun tak tutup. dan bla bla bla"

Contoh 3: "kan best kalau bapak aku kaya macam bapak dia"

ini jawab aku :

Jawapan contoh 1: Pakwe kaya, kacak dan bla bla tapi tak reti jadi imam. pakwe kau tak kaya, tak kacak tapi reti imamkan jemah di masjid. mana mahu kau nak jadi suami kau? jadi ayah anak2 kau? fikirlah pakai rasional akal dan agama sebagai landasan. bukan keduniaan yang sekejab ini. ingat, segalanya milik Tuhan.

Jawapan contoh 2: aurat dia tak tutup. dosa tetap malaikat di kirinya sibuk menulis segalanya. tak akan terlepas. segala dihitung. kau lagi untung bila kau tutup aurat. ingat, yang ada di dunia sementara. tiada orang tidur makan dan menetap di hentian bas. kerana ia hanya hentian. soal dia dapat anugerah dekan, dia usaha bagai nak mati. Tuhan maha adil. Tuhan beri apa kita usaha. tapi kalau bukan sekarang pasti ada, DIA dah janji kan... Allah tidak akan memungkiri janjiNYA. DIA ciptakan kita, apa kau masih ragukan janjiNYA? jangan jadi bodoh.

Jawapan contoh 3: ia bapak dia kaya, sangat kaya tapi bapak dia kahwin dua, mak dia pernah ugut bunuh diri. adik dia tak mengaku tu ayah dia. ayah kau mungkin tak kaya macam ayah dia, tapi ayah kau setia pada mak kau, mak kau bahagia dengan ayah kau yang tak kaya itu. tak pernah disakiti si emak. anak2 sentiasa di hati dan tiada diabaikan. apa lagi kau mahu? duit takkan mampu beli bahagia. ia terlalu mahal hingga tiada jumlah yang mampu membelinya. segalanya milik Tuhan.

apa kita ada sekarang sudah yang terbaik Tuhan beri.

ia sempurna sudah.

Tuhan bisa saja cabut apa yang ada ini tanpa izin kita,
kerana segalanya milik Tuhan kan...

aku milik Dia,
kau milik Dia,
kita milik Dia,
segalanya milik Tuhan lah!

maka, jangan kufur nikmat.

bersyukur dengan segala kita ada. segalanya maksud aku segalanya. tiada terkecuali apa ada di hati. cinta, kasih, sayang, rindu dan sekali lagi, segalanya.

manusia, menjadi manusia pun sudah cukup beruntung.
serius!

dan soal aku lewat dua tiga hari ini, aku masih belum kenal siapa aku.
aku katakan selamat tinggal buat dia.
aku pilih keluarga aku, maka diamkan saja.
terima dan duduk rilek.
aku tahu dia mungkin akan baca apa taip di sini.

aku putuskan untuk tidak fikirkan soal ini lagi. cinta aku pada papa lagi dalam. dan kalau kau benar mahu aku, datang saja ketemu cinta hati aku ini, dengar apa kata dia. aku lahir kerana dia, dia yang jadikan aku perempuan yang kau cintai ini.

dan aku mintak maaf. aku tak tahu bercakap soal ini dengan kau bila aku dengar suara kau. aku kelu. hanya jari jemari laju menaip apa rasa aku. maaf. aku lepaskan kau, dan aku tidak mahu ada ketukan kedua di hati ini dari kau. yang sudah biarkan ia sudah. sekian.


yang menanti, Tuhan maha adil.





P/s: aku tidak sokong cinta sejenis. ia jijik.



N a d.





0 ulasan:

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.

Pengikut

Back to Top