0

alhamdulillah

Ku tahu ku adaMU.

alhamdulillah di awal taipan sebelum jauh ku menaip. hari ini keputusan peperiksaan semester lepas. aku dengar ramai yang berjaya dapat anugerah dekan, alhamdulillah walaupun aku bukan antara mereka itu.

yang dinilai itu usaha. kalau kita sudah usaha dengan ikhlas demi DIA diatas sana, ia takkan pernah jadi sia2, takkan pernah! kalau bukan hari kau dapat hasil terbaik macam kau nak, mungkin DIA berikan dalam bentuk lain, sedar atau tidak, sahaja.

maka, di mana duduk tempat kita pun, atas atau bawah, tetap lafazkan alhamdulillah.. DIA berikan apa yang terbaik untuk kita, seperti selalu aku bebelkan yang "Tuhan tahu lebih".

cuba bayangkan kalau kita selalunya di atas tanpa pernah berada di bawah. aku jamin, kau takkan pernah faham apa rasa duduk di bawah dan kau akan kosong rasa yang tak lengkap, hanya tahu ada di atas. ia tak lengkap.

bila ada masanya kita di bawah dan duduk di tahap paling kecewa gila2 sampai rasa mahu kerat urat darah di tangan kiri, tamatkan riwayat sendiri dan tempah tiket neraka paling jahanam, tika ini lah kita akan jelas tentang Tuhan paling sayang hambaNYA yang sabar dengan uji duga DIA bila mana kita berjaya tolak tepi idea2 gila mahu bunuh diri, dan kembali padaNYA dengan rasa paling kerdil. macam selalu aku cakap, sabar itu syurga. takkan dapat rasa indahnya syurga tanpa sabar, serius!

perasaan ada di atas dan ada di bawah itu ada manisnya tersendiri yang benar2 akan ajar kita erti hidup sebenarnya yang tak pernah sama dengan drama Korea, drama melayu dan bla bla bla yang ditulis sepenuhnya oleh manusia seperti kita.

the one and only best writer is Allah.

maka, alhamdulillah ala kulli hal.

di setiap perit,
ada manisnya.

di setiap duka,
ada sukanya.

Allah ada dengan aku.

apa pun terjadi, aku tetap hambaNYA. apa pun keputusan aku dapat, DIA berikan aku yang terbaik.
yang dinilai itu usaha.

tak perlu ada carutan di saat kau gagal dapat kau nak!

buruk mana pun kau dapat, itu Tuhan bagi dan jangan persoalkan. DIA yang cipta setiap celah bumi yang kau pijak dan segala2nya.

segalanya milik Tuhan. maka, jujur seadanya. Dia nilai itu.


tentang keputusan aku, aku pernah dapat keputusan teruk.
dan tetap aku ucap alhamdulillah.

tak aku carutkan apa2.

dan kali ini,
ibu papa senyum puas dengan aku,
dan itu saat air mata tak malu meluncur keluar dari mataku ini.

*senyum*

alhamdulillah ya Allah...


alhamdulillah...
alhamdulillah...
alhamdulillah...




p/s: aku redha dengan apa Kau berikan, setelah apa aku usahakan.




N a d.





0 ulasan:

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.

Pengikut

Back to Top