0

Lahad Datu

taip padam, taip padam, taip padam dan diulang lagi. akhirnya, aku tunduk. hela nafas panjang dan dalam. aku istighfar. aku tahan air mata dari meluncur keluar. bukan bajet kuat, cuma aku takut taipan aku gagal hari ini, aku mahu ia dizahir jua. 

tiada pernah dibayang oleh kita semua soal aman kita diragut rakus oleh manusia sialan yang sifatnya syaitan bertuhankan iblis. kalau sebelum ini, kita "pray for Gaza" , sudah sampai saat kita "pray for Lahad Datu" . tiada siapa sangka ini benar2 terjadi dan benarlah tiada yang mustahil bagi Tuhan. setiap apa jadi ini hasil nukilan Tuhan dan Tuhan sedang uji kita.  

jangan persoal kenapa Tuhan biarkan hal ini terjadi. DIA tahu lebih. semua atas kita, apa kita akan terus kuat dan terus berdoa pada DIA, DIA mahu kita ingat DIA. saat susah, kita akan cari DIA, sekurang2 kita masih ingat DIA. 

dan jangan pernah hilang  harapan dari Tuhan. 
DIA tahu lebih, sekali lagi. 

kita mungkin tidak pernah akan mampu bersama2 wira negara yang lain pertahankan sabah tapi kita mampu terus doakan mereka, senjata orang Islam adalah doa. kita takkan pernah lemah dengan doa. 

teruskan berdoa, aku merayu. iya! aku merayu kepada  kau, kau dan kau. mari kita teruskan berdoa buat mereka. 

dan akhirnya, 
air mata aku laju meluncur. sudah pecah tembok pertahanan takungan air mata aku ini. dan aku tahu wira2 negara tidak selemah aku. aku sentiasa doakan kalian, kalian harapan . 

Najib dan konco2nya hanya tahu tayang muka di akhbar dan saluran media perdana yang plastik. 
rakyat sudah muak dengan kau lah najib!!! 

ini soal nyawa, 
usah kau fikirkan periuk nasi kau semata,
anak isteri kau sudah pastinya selamat,
akan kau bawa mereka jauh2,
dan tinggalkan rakyat di sini,
dan ini kau,
si pengecut. 




ya Allah, selamatkanlah bumi malaysia. 



p/s: i'm malaysian. and i'm a muslim. muslim pray for others. 

N a d.






0 ulasan:

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.

Pengikut

Back to Top