0

di banyak masa

di banyak masa. terlalu banyak. di mana aku lihat si gadis cantik berjubah polos hitam, bertudung penuh, bersarung kaki dan senyum penuh sopan pada ku yang sopek sekali dalam cara pakainya.

tertunduk aku.
tersenyum aku.
termenung jauh aku.  

segala2nya. kerana si gadis ini. 

dia bawa cahaya bersama dia. kerana dia aku jadi diam dari bicara aku, tergagap2, terkelu tak semena2. 

lagi2 bila dia tak kesahkan aku yang pakai macam mana, dia tetap ihklas senyum sama aku. 

sejuk sekali rasanya. 

arrrghh!! 

jatuh cinta aku lihat dia. indahnya agama. dan dia buktikan pada aku yang bersangka baik itu tanda cinta suci pada agama. 

dia yang sempurna menutup tak hina aku yang sopek ini. tetap senyum diberi seikhlasnya. 

di banyak masa, 
aku sayang benar mereka2 ini. 

jumpa saja, akan terus dipeluk aku. 
entah kenapa, aku sudah terbiasa begitu. salam dan tarik ke rangkul, peluk penuh ikhlas.

ini indahnya agama.

mereka begitu terbuka menerima aku yang agak gagal memanifestasikan agama sepenuhnya dalam cara pakai aku. ia benar2 indah. 

di banyak masa juga,
ada suara2 bodoh orang sekeliling yang seoleh2 tak benarkan mereka2 ini buat salah.

"pakai tudung labuh pun bercinta jugak" . ini ayat biasa, dan aku juga pernah cakap ayat ini masa aku masih belum matang. haha. 

chop! yang bertudung bagaimana pun dan macam mana pun dia, dia tetap manusia yang secara automatiknya akan jadi pendosa. tiada manusia yang tidak buat dosa. 

kalau yang macam aku ni, lagi bising mulut2 busuk itu bersuara, yeala hak bersuara hak semua. yelah2, lantak kau lah. 

hak menghukum hanya hak Allah. 

itu sahaja mudah. 



dan style macam mana pun, solat jangan tinggal. 



di banyak masa juga,
aku memang kadang2 mudah emosional, mudah nangis. 


bila aku marah sangat2, aku nangis dulu. 


dan diam.


p/s: menangis itu memenatkan.



N a d.


0 ulasan:

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.

Pengikut

Back to Top