0

papa

kali ini, aku mahu taip sepanjangnya aku mahu tentang papa, lelaki paling aku sayang selamanya, dan aku sanggup mati untuk lindung dia kerana aku paling cinta si arjuna ini. terlalu cinta.

bila ia tentang papa, jangan ditanya "kau tak sayang emak kau nad?"

bila sudah tajuk papa, ia tentang papa. bukan aku tak sayang ibu. sayang teramat juga. cuma kali ini ia tentang papa. sudah! jangan persoal.

tadi aku baca satu esei tentang kenangan berharga karya budak sekolah. ia bukan tentang percutian gah di luar negara atau apa2 sahaja yang indah dari sudut nafsu manusia. ia tentang abah budak ini.

kenangan terindah dia saat2 terakhir abah dia termakan sakit yang meragut nyawa si abah selamanya.

mula2 aku baca. apa kena dengan budak nie? ayah nak meninggal dikira kenangan berharga??

dan aku terus membaca. dengan senyum kelat di bibir.

di saat terakhir si ayah mahu hembus nafas terakhir, dia relakan si abah pergi dengan tenang. antara ayat yang aku ingat, "abah, abah jangan risau. saya takkan hampakan abah. saya akan jaga semua. abah jangan risau ya. abah boleh tinggalkan kami semua, abah jangan risau apa2. saya sudah jadi lelaki bukan budak lelaki lagi"

dan aku kesat airmata tak malu meluncur keluar di ayat terakhir bacaan.

sebak. ia benar2 buat aku sebak.

apa aku mampu yakinkan papa sebegitu tegar dia?
apa aku mampu janjikan papa yang tiada apa yang dia perlu risaukan?
dan apa aku kuat lepaskan papa pergi dari pelukan aku selamanya tanpa ada peluang kedua?

gila.
banyak benar persoalan bila mana aku letakkan aku dalam diri budak lelaki itu.

ah.
ia benar2 buat jiwa aku kacau.

ia benar2 buat aku mahu peluk papa sekarang kuat2. dan tiada yang lain aku mahu.
hanya papa.

arjuna ini banyak ajar aku salah betul dalam hidup ini. bukan guna paksaan tapi elaborasi pengalaman hidup papa. dan betapa manisnya papa melayan degil, malas, gila2, dan segala apa yang buruk tentang aku. papa tak pernah kering dari manis senyumnya dan tiada yang lebih indah dari cinta seorang bapa buat puterinya yang sopek ini. dia sayang benar anak2. sayang lebih dari si isteri. dan benar, aku terlalu inginkan lelaki seperti dia jadi suami aku, jadi ayah anak2 aku sebab aku tahu dalam cinta dan kasih dia tidak terhargakan. dan beruntung ibu kerana punya cinta arjuna ini. dan beruntung juga aku punya papa. alhamdulillah...

setiap kali tangan aku genggam tangan dia, pasti lama. dan aku suka peluk dia lama2. sebab aku sangat takut... takut tak sempat. dan aku hargai setiap saat aku dengan dia. dia cinta hati.



saat kita kata hidup kita paling tercelaka, sebenarnya tidak.
ada saja yang lagi celaka dari kita tapi masih mampu kuat.


masa di dunia terlalu sedikit,
jangan dibazirsiakan...

usah meraung atas silap salah dulu,
there's always a space for betterment each day...


p/s: my first love is papa. <3

N a d.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.

Pengikut

Back to Top