0

terpaling kasih---papa

cari yang bila dia cinta, dia akan cinta semacam papa.
dah jumpa.

iya,
kenal sudah lama,
antara dia dan aku.

dia yang aku tak mampu nak jadi sesempurna cinta dia.

sekian.

dan sekali lagi, aku seperti kebiasaan memulakan taipan yang kosong, bila taip padam taip padam saja dari tadi. entah apa mahu aku taip.

aku sudah mula serap diri aku di sini.
kerana ada masanya, aku terasa benar jiwa aku bukan di sini,
mungkin kerana aku adalah aku yang begini.

sungguh, Tuhan tidak ciptakan kita sia2. maka aku percaya dan yakin tidak sama sekali sia2 aku berdiri di sini, merembeskan peluh di sini, menangis macam budak kecil, penat lelah diperguna manusia dan segala macam hal aku buat di sini, ia tidak akan sia2. Tuhan tahu lebih.

setiap hal yang terjadi akan ajar kita jadi lebih baik, bergantung pada bagaimana kita telan hal itu.

pahit mana pun ia,
bila sudah namanya ubat harus ditelan juga.

aku ni gila2 saja sebenarnya.
tapi bila tiba masa menulis,
aku mula serius dan terus serius.

maka,
sila kenal dulu aku,
jangan terus hukum aku.

bukan hanya pada aku sebenarnya,
pada semua makhluk---milik Tuhan.

jujur saja pada diri.
hanya yang tulen kekal wujud.

plastik hanya akan hilang. maka, jangan jadi plastik. setiap kali mahu cakap dengan lelaki---tudung dibetulkan, suara dilembut lembikkan, mata dibulat2kan dan terus jadi plastik. ia benar2 menggelikan. jangan begitu. biar di'cop' ganas oleh lelaki lain, asal lembut , lemah gemalai kau itu pada si lelaki halal kau.

uit! ia sama saja macam si tua kerepot cucuk muka, badan dengan botox bagai dan segala macam bahan2 kimia untuk kasi awet muda (konon2nya), tapi hakikatnya ia hanya plastik. dan ia geli.

sila terima diri seadanya. jujur.

kita akan bahagia hanya dengan begini. mudah.

terima diri sendiri dulu, baru yang lain tahu terima diri kau.

be original.

tak usah penat jadi pelakon tambahan dalam drama sendiri.


orang macam aku ini,
kenal hari ini begini,
esok lusa dan seterusnya pun begini saja.

tetap aku begini.


dan terima kasih pada yang terima aku apa ada busuk masam aku.

terima kasih.

hanya Tuhan mampu tak putus beri kasih pada kita,
dan moga DIA jaga kalian terus,
kerana aku ada limitasinya.


p/s: taipan aku adalah karya fikir idea otak aku,
bukan kopi pasta karya orang, jangan bagi soalan ini "best ayat2 kau., amek kat ni?"
ia kurang ajar!!!

N a d.




0 ulasan:

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.

Pengikut

Back to Top