0

tentang macam-macam

assalamualaikum.
hai.

alhamdulillah.
astaghfirullah hal azim.

tarik nafas dalam2,
hembus.
dan..

senyum :)

jarang aku mulakan taipan aku dengan salam dan senyum. hehe. biasalah, ada masa bila aku emosi tidak stabil. laju saja jemari menaip tanpa hirau apa yang lain. haha.

ada orang kata, "mesti best kan jadi nad. ramai kenal nad"

dan aku terus senyum sumbing. naik kening.

haish!

jangan pernah begitu. yang kau nampak itu hanya luaran aku. kau tak tahu apa rasa merasa pahit manis jadi N a d.

sumpah takkan kau mahu!

betul, takkan kau mahu. iya, orang kenal. apa untung? tiada.

tanggungjawab berat bila orang mahu aku jadi emcee. 

bila semua okay,
lega.

bila silap, walau sedikit,
lama orang akan ingat silap itu.

tiada yang indah pun.
aku minat dan cintakan seni ini.
sebab itu aku telan saja segala apa orang kutuk, maki dan segala2nya lah. sebab aku tahu, tiada hal mudah dalam dunia ini. ada saja halangan dan dugaan. Tuhan suka uji hambaNYA.

begini saja, jangan untuk dikenal orang, kau buat sesuatu perkara. ia tidak akan menjadi. kalau jadi pun tak kekal lama.

tiada untungnya dikenal orang.
serius tiada.

sekian untuk cerita itu.


moga kita kekal jujur sama diri sendiri. jadi siapa kita.
tak perlu jadi aku,
sebab aku punya cela aku sendiri yang buruk.

ia indah,
hanya kerana segalanya milik Tuhan,
aku hanya pinjam.


aku mahu kekal menjadi aku.


secelaka mana pun hidup ini,
bila ia sudah namanya hidup,
ia adalah kehidupan,
dan kehidupan perlu diteruskan juga,
sebab Tuhan tidak cipta kita sia2.

:)

Tiada Tuhan melainkan Allah.

p/s: perempuan akan sentiasa cantik tanpa solekan yang tebal.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.

Pengikut

Back to Top