0

budi bahasa

aku penuntut. apa kerana itu aku dilayan nak tak nak je?

haish.
tipu lah kalau kata aku tak mencarut dalam hati. sabar aku benar2 dicabar.

terlalu banyak hal aku hairan.
hairan kenapa susah benar mahu berbudi bhasa sesama manusia lain. kubur kau dengan kubur aku sama dalam je cik kak ci abang oi. sila sedar.

maka, tiada rasionalnya untuk aku dan sahabat dilayan sebegitu kurang ajar sama kerani itu. sekali lagi diulang kerani! aku faham, mungkin tekanan kerjanya tinggi melangit bila wajib jawab soalan sama saja dari orang ramai. diulang2 saja ayat sama tiap hari. mungkin ada ramai yang tidak sopan sama kau, iya aku faham!

tapi...

tidak semua orang begitu bukan?
aku tanya kau dengan muka penuh senyum, sopan lagi ayu,
kau jawab dengan begitu kasar.
kesannya, kau dipandang kurang budi bahasa dan dalam bahasa mudahnya kurang asam jawa lah.
muka kau kacak, cantik itu automatiknya terkubur dalam2. tiada lagi indah wajah itu. serius!

aku yakin ramai yang alami situasi berdepan dengan kerani @ pembantu tadbir am @ yang sewaktu dengannya yang kerjanya tahan muka depan pejabat, bank, dan lain2 yang kurang berbudi bahasa.


aku lagi mudah panas bila kau begitu dengan ibu aku. si ibu tanya elok2, kau jawab dengan bajet kau cun gila sampai tak layak ibu aku cakap dengan kau. haish! memang kau nak aku lempang kau laju2 ke minah oi??

dengan  orang tua, sila tahu beza. hormat, cakap sopan. kalau mak kau, orang kurang ajar begitu, apa kau senyum saja dan diam??


dan aku tahu, saat ini Tuhan mahu uji aku. maka, aku sabar.

sabar itu ganjarannya syurga.



p/s: tak perlu setiap amalan baik kita itu ternampakkan pada manusia lain. malaikat sudah ada untuk mencatatnya.



N a d.


0 ulasan:

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.

Pengikut

Back to Top