0

2015

2014 sudah berlalu.
tamat sudah masa aku bersama masa-masa lalu.

there'r so many things happened. so much tears, laugh, love and all. zaman belajar sudah tamat. satu fasa lagi aku perlu tempuh.

sudah tak banyak menulis seperti selalunya,
sudah lebih banyak masa bersama yang perlu aku berikan masa,
semakin aku melihat ibu, semakin aku terfikir "apa aku mampu jadi setabah, sekental ibu?"
semakin aku melihat papa, semakin aku terfikir "apa dia ada apa perlu untuk menjadi seutuh bapa?",
semakin aku hilang aku.. aku semakin lebihkan apa yang lain rasa, memberi semampu aku, menafikan apa diri mahu, dan aku semakin mahu melihat ibu papa rasa kasih sayang aku ini... aku mungkin tak mampu berikan rumah kereta mewah buat mereka, akan aku cuba beri kasih sayang aku ini..
sebab kalau aku ibu pun, aku mahu dakapan mesra anak-anak dan tahu betapa aku ada dalam ingatan mereka..

aku semakin..
semakin menjadi 'ibu'..

dan apa aku ada untuk jadi 'ibu'?
apa nad??


aku ada kasih sayang yang tidak terhinggaan.
itu saja. cukup?


apalah dunia kita kini,
kasih sayang itu dinilainya pakai duit,
untuk jadi suami kena ada duit berkepuk-kepuk,
untuk anak sayang, berikan apa mahu; segalanya hingga anak tidak lari ke mak bila nangis, diam bila dapat smartphone , 
bila kasih sayang itu dinilai dengan mempamerkan kemesraan pada khalayak hingga membuka terus
ruang-ruang peribadi; apa tinggal untuk diri sendiri rasa itu manis bila setiap darinya hanya untuk dapat like manusia lain??
kasih sayang itu bukan perlu dizahirkan pakai gajet, pakai duit. bukan.
"jangan lupa makan"
"jangan bawak laju"
"jaga solat"
"put your seat belt on" semua ni tanda sayang yang tanpa perlu kau publish semuanya.


biarlah aku dengan pemikiran ortodoks aku,
yang nak didik anak-anak aku cara mak2 dulu didik anak.
biarlah aku dengan pemikiran ortodoks aku,
yang tidak berinstagram setiap kali suami aku peluk aku.



ruang peribadi wujud untuk jaga hubungan suami isteri,
jadi setiap manis pahit itu hanya laki bini yang rasa,
baru laaaa "oh sweeetnye sis!"


N



Dikuasakan oleh Blogger.

Pengikut

Back to Top