soal aku lewat ini.
aku buat tak tahu saja kalau orang tak percaya aku tiada lelaki nama kekasih.
aku tak kisah.
aku tak peduli.
kata2 kau tak beri kudis pada aku, in shaa Allah.. :)
maka,
rilek jelah si N a d ini.
sekali lagi, senyum ^__^
jangan kerana cara pakai, cakap, gelak aku ini kau sudah mudah label aku dengan macam2. kenal dulu aku. kalau tak nak, jangan cakap apa2. diam saja. :)
mahu aku taip banyak malam ini sebenarnya tapi, macam biasa lah aku, taip padam taip padam saja kerjanya dari setengah jam yang lalu.
dan banyak hal lalu di kotak fikir aku,
hanya lalu tanpa duduk kekal hingga taipan habis.
entah lah.
terlalu banyak, kecewa, sedih dan macam2. soal perempuan itu, aku benar2 sedih.
moga aku tidak akan jadi seperti dia.
aku tak pernah mahu dikenal orang, dipuja2 dan diheret cerita tentang aku di mana2. aku hanya mahu kekal aku. aku yang gila2, aku yang tahu sopan dan ksar pada masa yang tepat dan orang yang tepat. bukan gedik2 dengan semua orang yang namanya lelaki.
aku tak cantik mahu jual muka,
aku hanya pandai berpuisi dan aku gila seni.
seni tulisan,
seni teater,
seni dalam memberi kasih sayang pada yang lain---keluarga, sahabat dan semua yang aku mahu.
aku begini saja.
aku mungkin pandai cakap. cakap macam pengacara hebat, *haha* geli laahhh nad!!!
aku begitu hanya bila aku perlu begitu,
di alam realitinya, aku hanya aku yang gila2.
maka, jangan tertipu, tolong!
aku tak seayu macam aku jadi emcee .
itu cuma sebahagian dari tugas aku.
dan sekian untuk malam ini,
sila senyum :)
ia akan buat anda automatik cantik dan kacak. hehehe :)
N a d.
0 ulasan:
Catat Ulasan