0

sengeh-sengeh sajo

ini adalah angan-angan baik aku tentang majlis resepsi aku nanti.
aku nak buat yang macam ni.
antara sebabnya adalah:

1) bangku tu boleh letak kat depan rumah bat duduk2 sembang petang lepak sama suami kongsi cerita kerja, tak puas hati dengan sapa2, pasal duit, pasal kereta dia bila nak basuh dh berzaman tak basuh,
pasal dia guna berus gigi aku sampai kembang, ajak dating hujung minggu.

2) pasu2 bunga yang di hujung kiri dan kanan (besar) akan diberikan kepada mertua aku dan kepada mak aku. kalau diorang taknak, aku amik. hahaha

3) lampu2 tu aku letak dalam bilik tidur aku untuk lebih suasana romantis dengan cat bilik purple gelap. hahaha

4) karpet ijau tu letak depan tv.. tempat lepak dengan laki aku la sambil2 layan cerita sambil2 kutuk jalan cerita melayu. hahaha

5) kayu kat belakang tu aku masih fikir mana nak letak.


:)


nak.
nak nikah. hahahha *gedik*
0

we'll be counting stars

malam ni malam yang agak menyesakkan jiwa.
aku cuba tahan tapi tak mampu.

akhirnya lepas tapi bertapis.

aku ni kakak.
masih kakak kepada adik2.
walaupun aku rasa aku kakak paling tak layak nak tegur salah adik sebab aku bukan contoh terbaik dengan kisah2 silam aku namun dalam busuk aku, aku lah yang paling taknak adik aku jadi sperti aku yang dulu.

perkara yang buat aku terpaling dalamnya sesalkan.

dulu, aku bodoh.
bodoh sangat. pada aku dulu, kawan lah segala padahal ibu lah segalanya.

dan aku taknak dia macam aku yang dulu.

dan kalau dia boleh lihat betapa dalamnya sayang aku ni,
---lemas.

adik,
kakakmu ini tiada apa2,
paling berharga pun entahlah...
airmata pun tiada nilainya padamu,
dan taipan malam ini basah dengan airmata kakakmu ini,
dah tiada nilainya padamu,
kakakmu ini hamba Tuhan yg hina,
belum sempat berbakti pada ibu papamu,
namun sekali saja kakakmu ini ingin benar kamu dengarkan dia,
kata2 dia yang mungkin pada matamu dia paling tdak layak bercakap,
dengarkan sekali saja,dik.

jangan dipersiakan ibumu.
menyesalmu nanti.
ke mati menyesalmu itu.

aku masih sayang kau biarpun macam mana kau layan aku,
aku sayang.
aku peduli.

masih.

sampai bila2.
sampai mati.

airmata aku ni dh taktahu nk berhenti.
haih.

*lap*

*tarik nafas*

*pejam mata*

tenang
________________________________________________________________________________


my past was my past.
i'm not going to be the old me.
never.




N




0

macam2 nak tulis panjang2

kita dalam dunia yang semakin tua, ia sudah seperti perempuan tua yang nyanyuk dan dalam tak sedar ia akan lama2 pergi tinggalkan segala apa yang dibina. 

bertaubat.
atas dosa lalu.
kemudian tanpa sedar buat balik. 
dosa sama.
entah dah berapa kali taubat. 
entah. 

tapi seberapa malunya kita kerana dosa yang terlalu banyak, jangan berhenti harap Dia ampunkan, jangan berhenti taubat cuma malu sebab dah taubatkan dosa sama.  

istiqomah. 
kalau sayang diri,
kalau tak mahu heret bapak kau ke neraka,
kalau tak mahu suami kau yang konon2nya kau sayang nk sehidup semati itu dibakar dalam panas api neraka Tuhan . 

------------------------------------------------------------------------------------------------------ 

ramai yang kahwin, yang tunang, yang nak kahwin, yang nak tunang, yang dah jumpa cinta, yang dah bertemu 'soulmate' dan yang macam2 soal bersatu ni. 
cuma satu laa.. 
orang sekaliling sibuk tanya aku plak bila, dan mcm2 soalan yang aku rasa boleh dibuang ke laut lahhh sebab pasaipa nk tanya hal yang aku sndiri tak tahu. doakan saja tak boleh ka? 

aku pun nak.tipu la tak nak. 
cuma Tuhan tahu lebih.
aku tahu diri ni mcm mana. 
aku tahu tahap mana sedianya aku. 

kau senang la ckp bla2. dan mcm2.. aku ni 'hot stuff' la hapa la. 
tak semestinya orang mcm aku ni nak kena ada gewe, ada kekasih ke hapa sgala yng kau gelar laki kau. 

iya,
kawan lelaki boleh tahan la ada.
tapi kawan. 
kawan yang aku belum kata aku nak sehidup semati dengan dia nanti. 
baru cuba2 kenal 2 bulan dah mati rasa,aku tak nak yang begitu. 

bukan nak kasar sgt la aku ni cuma betullah "persetankan apa orang kata"!
they are not going to feed me in the future. 
kau aku ada jalan hidup masing2. 

---------------------------------------------------------------------------------------------------------

KURANG AJAR. sangat kalau salam, hulur tangan saja tak tengok muka. 
amboi.
ikutkan nafsu jahat aku, kata syaitan, 
aku laukkan kau lama dah hoiii! 
nasib baik ada sikit2 iman kata "jangan, kau nak dosa?" 

kau tu perempuan,
apa kau ada kalau budi pekerti tiada?
adab tiada?
dah macam mawar yang cantik luar tapi busuk. 

kau lah orang yang bakal tiada dalam list org aku jemput kahwin.
terima kasih sbb tlg kurangkan bajet kahwin aku nanti. 
hahahaha *gelakjahat* 
---------------------------------------------------------------------------------------------------------- 

balik kampung kali,
macam macam2 tak kena. 
entah kenapa,
tak macam biasa.
aku yang lain atau apa yang lain? 

entah. 

----------------------------------------------------------------------------------------------------------- 

kalau mesej tiada jawapan, 
panggilan tak dijawab,
maksudnya...? 

fahamkan,
selamat tinggal. 

------------------------------------------------------------------------------------------------------------ 

nad,
maafkan. 
sebagaiman kau harapkan Tuhan ampunkan kau,
begitu jugalah kau, 
maafkan,
mungkin dengan kata maaf kau pada orang itu buat dia masuk syurga,
syurga tu luas,
boleh muat ramai weehh!! 





N a d





Dikuasakan oleh Blogger.

Pengikut

Back to Top