0

life is a.....??

hari-hari duk hadap laptop, siapkan proposal thesis.

that's my life now.
how about you?

hidup ni kadang-kadang kita di atas kadang-kadang di bawah.
hidup aku ni xdak lah hebat mana pun.
tapi ia jadi hebat bila kita belajar terima apa Allah beri.
aku pun kadang-kadang ada terfikir "kenapa la aku nak kena hadap menda aku tak minat" dengan nada ala2 merajuk tarik muka masam gitu. but at the end, yes. aku terima. aku hadapkan juga lahh.

sebenarnya,
kita hari-hari hadap menda sama,
cakap menda sama,
jumpa orang sama
dan ia akan diteruskan cuma mungkin dengan orang lain dah sebab kita dah upgrade life kita dengan masuk kerja.
dan iya, masuk kerja pun sama lah.
bangun pagi g krja, balik, tido. and the same routine goes on and on.

human.
we are human.
not a robot.

kalau hidup sekadar macam ikut apa buku teks bahsa melayu atau buku teks sivik cakap masa sekolah,
hidup manusia akan jadi robot..

live life to the fullest.
hargai segala apa ada.

aku pun sebenarnya,
tak mahu terus berada dalam bidang yang akan buat kotak ketawa aku akan mati.

aku tak langsung berangan nak hidup mewah,
cukup sekadar dengan bahagia sama laki aku yang BUKAN jenis makan luar..
yang halal dah ada.
cuma berangan nak laki aku pegang tangan aku gigih msa aku nak lahirkan anak kami.
"he gives me sperm, i give him a child"

betapa perempuan bila cinta, akan darabkali kan segala rasa.

"he gives me a house, i give a home"
"he gives me groceries, i give a meal"
.........


tiadda akan aku tertarik dengan kaya harta dunia.
it takes me nothing to makes me love you.

if i love you,
then i love you.

that's all.

dan soal hidup yang akan diteruskan macam rutin harian yang sama yang akan bosan,
keluar.

keluar cari jiwa bila dah banyak kumpul duit untuk hidup di kampung dengan kambing lembu. hehehe :)


xoxo

N a d




0

anak

pernah tak kita sesekali terpandang ada pakcik tua sedang terlentok-lentok cabut rumput tepi jalan, dan tua si pakcik ni dalam 70 tahun gitu. yang dalam akal fikir aku, dia sepeatutnya berada di rumah main dengan cucu-cucu dia, yang sepatutnya manusia normal menikmati kehidupdan dia di usia sbegitu, yang smemangnya cycle hidup manusia macam tu yang juga dia seharusnya gigih menikmati saat2 terakhir hidup dengan menambah pahala.

tapi.. persoalan mudah.. mana anak dia?
apa hal biar ayah hidup macam tu?


entahlah.
kalau kita ayah, baru kita faham apa rasa jadi ayah.

duhai anak,
apa tiada mampu kau beri senang orang tuamu?
tiada mahu bermewah,
cukup sekadar bahagia menikmati zaman tua mereka,
yang kita juga akan jejaki nanti.




N a d
0

impian

aku bercita-cita----
pakai kemeja kau,
merengek dekat kau,
potong kuku kau,
trim misai janggut kau,
kongsi aiskrim dengan kau,
naik moto g solat terawih kat masjid,
lepak dekat jambatan borak pasal kenangan masa kecil,
aku baca quran, kau dengar betulkan kalau salah,
bacaan al-fathihah aku , kau dengar betulkan kalau salah.

mintak tolong kau pasang langsir baru,
mintak tolong kau dukung anak masa aku sibuk tolak troli beli barang kat Tesco,
mintak tolong kau masak masa aku dalam pantang,
tolong buat kerja rumah masa aku diam berpantang.


tolong---
sabar dengan aku,
tahan dengan aku,
sayang aku sedalam mana mampu,
rindu aku bila aku jauh,
cinta aku secinta-cintanya,
tegur aku bila aku salah,
dakap aku bila aku sedih menangis,
marah aku kemudian pujuk kembali,
senyum paling manis pada aku.


suami,
kau lubuk pahala aku---isteri.

moga nanti Allah beri aku sempat diperintah kau dalam kerajaan kecil kita nanti.
amiin.



N a d





0

Hormat

Hormat, hal yang palingg senang dibuat bagi dia yang tahu mana letak diri bila berdepan dengan orang-orang sekeliling tapi susah benar dibuat bagi dia yang paling rasa diri tiada perlu akan hormat yang lain. 

aku ini adik perempuan, juga kakak perempuan. 
dua gelaran yang paling tiada jauh bezanya akan berunsur hormat.
sama ada aku dihormat atau aku menghormati.
dua-dua ramuan paling enak dalam perhubungan. 

dengan ada duanya,
si kakak akan merasa hormat,
si adik akan merasa menghormat. 

dan paling aku kagumkan,
bila kita mampu tenang bila ada yang tiada reti akan menghormati. 


Hormatlah.
kau akan juga dihormati.


N a d


2

surat cinta buat bakal suami (ii)

Assalamualaikum.

Apa khabar? ini kali kedua aku tulis surat cinta untuk kau kat dalam sini. aku harap nanti aku kahwin dengan kau dan kau akan baca semua ini untuk kau ingat kembali kasih aku pada kau saat kita gaduh, saat kau terfikir mahu ceraikan aku (mintak jauh, tak nak!)  atau saat kau teringatbalik dekat kekasih lama kau atau saat kau rasa apa2 jua yang kurang senang tentang hubungan kita nanti. aku karangkan kau surat2 yang berunsur segala rasa ini untuk kau tahu betapa aku harap Tuhan jadikan aku terbaik untuk kau dan sempurnakan kau.

Aku ini banyak celanya maka kerana sedar diri yang amat dalam aku selalu mohon pada pencipta aku untuk jadikan aku suami aku redha dengan aku yang penuh cela ini dan cintakan juga cela2 aku bukan hanya kesempurnaan.

aku tak tahu apa kau buat sekarang,
i know nothing about you.

that nothing today will be my everything later.
in shaa Allah.

aku tak tahu nak bahasakan diri apa,
aku guna aku sebab aku berdoa pada Tuhan pun aku guna 'aku'.
tak salahkan?
sebab aku rasa aku dekat.

kau tahu? aku sekarang dah tahun 3 semester 2.
ada lagi dua semester nak habis.

andai kata Tuhan takdirkan kita jumpa lepas aku dah kerja atau masa praktikal atau bila2,
aku harap aku jumpa kau dengan keadaan aku paling comot.
sebab cinta paling jujur ia yang datang ketuk pintu hati dengan muka paling comot dan cela yang tak terhabis dan berkata "aku ini, ini saja dan itu saja aku" .

sampai jumpa lagi dalam surat seterusnya,
jaga diri.


aku sayang kau sebab dengan aku sayang kau suami, Tuhan sayang aku---syurga. :)


assalamualaikum.
Dikuasakan oleh Blogger.

Pengikut

Back to Top