0

matang

bila aku dengar dia cakap.
pertama kali dengar, aku macam kagum. macam kagum.
seorang lelaki yang bijak atur perjalanan hidup. belajar dari ijazah sarjana muda dan seterusnya sarjana.
masa masih belajar, sudah kerja.
dua kerja dalam satu masa,
hari kerja kerja, hari minggu juga kerja.

aku nampak visi dia jauh. itu anggaran aku semata saja lah.
belum tahu.

lelaki begini benar2 buat aku kagum,
dia tahu mana mau melangkah.

orang begini bijak.
tahu hargai masa.
orang begini buat aku benar2 kagum.

tak melalut.
tak huha huha.
tak melalak.

aku suka begini.
sebab pemasaan yang betul dia tahu.

:)

matang itu perlu. sangat perlu.
tak, sebenarnya, aku, N a d yang perlu si matang.


p/s: Rindu papa. hurmmm... ;(


N a d.







0

aku nak merepek, sila dengar. haha

assalamualaikum..
ke hadapan diri sendiri. jangan nak sibuk fikir nikah. belajar dulu sampai habis. haha.

okey terus kepada isi merepek.

1. politik di negaraku tumpah darah ini semakin membuatkan ramai anak muda mahu keluar dari sini. haha.
2. rambut kak Mah a.k.a big mama panda semakin besar dan 'vogue' laah. haha.
3. aku dah semakin pandai guna twitter, tahniah.
4. terima kasih kepada dia yang sudi habiskan duit mak bapak dia untuk aku yang busuk masam ini, haha.
5. ketagihan aku tukar profile picture semakin melampau. haha.

cukup merepek yang betul2 merepek.

dan sebenarnya...

alhamdulillah.
alhamdulillah.
alhamdulillah.

atas nikmat Tuhan beri pada aku yang sopek ini.

malam aku dicium dahi papa dulu sebelum tidur,
dipeluk erat dia,
dan "papa sayae anok papa ni"

sebak tak semena2.

serius aku sangat sayang papa.

siapa2 pun kalau ada di tempat aku akan terus jatuh cinta dengan kasih sayang ayah yang begini.

dan bersyukurlah kita.

ambil masa,
peluk mereka,
erat2,
minta maaf dan ucap juga terima kasih,
untuk segalanya.

aku mesti nangis kalau aku buat ni.

cukup dengan sekadar cukup.
cukup yang sangat membahagiakan aku.

tiada yang lain aku mahu ya Allah,
hanya ini,
jangan dirampas lagi,
aku belum sedia.



P/s: tiok adalah nangis dalam longhat kami---kelate.
:)


N  a d,
si manja papa.
0

siapa lepas ini?

alhamdulillah.
selesai sudah majlis pertunangan sepupu aku.

soalan biasa,
siapa pulak lepas ni?

jari telunjuk kakak2 aku tujukan aku.

senang saja jawapan aku,
"insha Allah. doa2kan yea."

nikah menda baik.
tak perlu aku nak pura2 macam aku tak nak.

aku teringin.
teringin sekali diperintah suami dan disayangi dia.
juga dimanja.

dalam banyak2 situasi, aku paling ingin yang begini---
dia duduk di kerusi,
aku duduk bersimpuh di tepi,
aku letak kepala atas riba dia,
merengek macam anak kecil seraya kepala diusap lembut si dia.

haha.
*senyum*

dan sebenarnya, tiada siapa tahu siapa lepas ini. aku tak tahu, ibu tak tahu, papa tak tahu. dan semua pun tak tahu.

hanya Tuhan tahu lebih.


p/s: mata aku ori warnanya begini. no contact lens.



N a d.



0

terpaling kasih---papa

cari yang bila dia cinta, dia akan cinta semacam papa.
dah jumpa.

iya,
kenal sudah lama,
antara dia dan aku.

dia yang aku tak mampu nak jadi sesempurna cinta dia.

sekian.

dan sekali lagi, aku seperti kebiasaan memulakan taipan yang kosong, bila taip padam taip padam saja dari tadi. entah apa mahu aku taip.

aku sudah mula serap diri aku di sini.
kerana ada masanya, aku terasa benar jiwa aku bukan di sini,
mungkin kerana aku adalah aku yang begini.

sungguh, Tuhan tidak ciptakan kita sia2. maka aku percaya dan yakin tidak sama sekali sia2 aku berdiri di sini, merembeskan peluh di sini, menangis macam budak kecil, penat lelah diperguna manusia dan segala macam hal aku buat di sini, ia tidak akan sia2. Tuhan tahu lebih.

setiap hal yang terjadi akan ajar kita jadi lebih baik, bergantung pada bagaimana kita telan hal itu.

pahit mana pun ia,
bila sudah namanya ubat harus ditelan juga.

aku ni gila2 saja sebenarnya.
tapi bila tiba masa menulis,
aku mula serius dan terus serius.

maka,
sila kenal dulu aku,
jangan terus hukum aku.

bukan hanya pada aku sebenarnya,
pada semua makhluk---milik Tuhan.

jujur saja pada diri.
hanya yang tulen kekal wujud.

plastik hanya akan hilang. maka, jangan jadi plastik. setiap kali mahu cakap dengan lelaki---tudung dibetulkan, suara dilembut lembikkan, mata dibulat2kan dan terus jadi plastik. ia benar2 menggelikan. jangan begitu. biar di'cop' ganas oleh lelaki lain, asal lembut , lemah gemalai kau itu pada si lelaki halal kau.

uit! ia sama saja macam si tua kerepot cucuk muka, badan dengan botox bagai dan segala macam bahan2 kimia untuk kasi awet muda (konon2nya), tapi hakikatnya ia hanya plastik. dan ia geli.

sila terima diri seadanya. jujur.

kita akan bahagia hanya dengan begini. mudah.

terima diri sendiri dulu, baru yang lain tahu terima diri kau.

be original.

tak usah penat jadi pelakon tambahan dalam drama sendiri.


orang macam aku ini,
kenal hari ini begini,
esok lusa dan seterusnya pun begini saja.

tetap aku begini.


dan terima kasih pada yang terima aku apa ada busuk masam aku.

terima kasih.

hanya Tuhan mampu tak putus beri kasih pada kita,
dan moga DIA jaga kalian terus,
kerana aku ada limitasinya.


p/s: taipan aku adalah karya fikir idea otak aku,
bukan kopi pasta karya orang, jangan bagi soalan ini "best ayat2 kau., amek kat ni?"
ia kurang ajar!!!

N a d.




0

tentang macam-macam

assalamualaikum.
hai.

alhamdulillah.
astaghfirullah hal azim.

tarik nafas dalam2,
hembus.
dan..

senyum :)

jarang aku mulakan taipan aku dengan salam dan senyum. hehe. biasalah, ada masa bila aku emosi tidak stabil. laju saja jemari menaip tanpa hirau apa yang lain. haha.

ada orang kata, "mesti best kan jadi nad. ramai kenal nad"

dan aku terus senyum sumbing. naik kening.

haish!

jangan pernah begitu. yang kau nampak itu hanya luaran aku. kau tak tahu apa rasa merasa pahit manis jadi N a d.

sumpah takkan kau mahu!

betul, takkan kau mahu. iya, orang kenal. apa untung? tiada.

tanggungjawab berat bila orang mahu aku jadi emcee. 

bila semua okay,
lega.

bila silap, walau sedikit,
lama orang akan ingat silap itu.

tiada yang indah pun.
aku minat dan cintakan seni ini.
sebab itu aku telan saja segala apa orang kutuk, maki dan segala2nya lah. sebab aku tahu, tiada hal mudah dalam dunia ini. ada saja halangan dan dugaan. Tuhan suka uji hambaNYA.

begini saja, jangan untuk dikenal orang, kau buat sesuatu perkara. ia tidak akan menjadi. kalau jadi pun tak kekal lama.

tiada untungnya dikenal orang.
serius tiada.

sekian untuk cerita itu.


moga kita kekal jujur sama diri sendiri. jadi siapa kita.
tak perlu jadi aku,
sebab aku punya cela aku sendiri yang buruk.

ia indah,
hanya kerana segalanya milik Tuhan,
aku hanya pinjam.


aku mahu kekal menjadi aku.


secelaka mana pun hidup ini,
bila ia sudah namanya hidup,
ia adalah kehidupan,
dan kehidupan perlu diteruskan juga,
sebab Tuhan tidak cipta kita sia2.

:)

Tiada Tuhan melainkan Allah.

p/s: perempuan akan sentiasa cantik tanpa solekan yang tebal.

0

merapu ii

aku tiba2 rasa mahu balik kampung,
berhenti belajar,
belajar menjahit dengan makcik,
kerja dengan dia,
tolong ibu di rumah,
tunggu orang msuk meminang,
kahwin,
dapat anak jadi ibu,
taat suami,
dan bahagia.


haha.

merapu!


ada masanya, kita terfikir hal2 yang senang, hidup tanpa masalah, yang sebenarnya bukan kehidupan. kehidupan itu sendiri sifatnya mencabar, dan Tuhan tidak cipta kita untuk hidup macam binatang, makan minum, tidur bangun, mengawan, dapat anak, makan minum, tidur bangun, mengawan, dapat anak,  dan semuanya diulang lagi.

tanpa masalah, kita kosong.
dull.

entah lah,
aku ni cakap je pandai, bila aku ada masalah pun kadang2 aku lemah.
sebab tu aku kena ada teman---Al-Quran.

kalau tak, aku hanyut.

dan aku selalu percaya dan yakin,
Tuhan takkan pernah tinggal aku.

Dia ada untuk aku,
sentiasa ada.




Tiada Tuhan melainkan Allah.

N a d.
0

kata kawan aku

kata kawan aku, cepat2 cari.
jangan sampai terluka, mati rasa kerana letak suka pada orang punya.


haish!

cinta bukan senang2 petik kemudian dapat. Tidak.



biarlah.
malas.


ada, ada lah tu.


ke hadapan lelaki yang Tuhan utuskan untuk aku,
jangan datang pada aku sekarang,
aku belum sedia,
dalam sedar aku kata ini,
aku belum sedia penuh.

aku tunggu kau,
kau yang aku tak tahu nama,
kau yang aku tahu kau ada.



Tuhan tahu lebih.

apa2 pun,
alhamdulillah ala kulli hal. baik buruk sesuatu hal, ia adalah pemberian Tuhan.

telan dan belajar.


p/s: Aku nak ber 'awak saya' dengan dia jer, kasi spesel nampak. hahaha.

N a d.




0

tenang

aku terima situasi ini. 
aku tenangkan diri. 

i do love all the things we did together. just love it. 

just love it. 



Moga Tuhan berikan aku kekuatan. 
Jangan sampai hilang.


:) 




N a d.
0

aku mahu kekal aku

soal aku lewat ini.
aku buat tak tahu saja kalau orang tak percaya aku tiada lelaki nama kekasih.

aku tak kisah.
aku tak peduli.

kata2 kau tak beri kudis pada aku, in shaa Allah.. :)

maka,
rilek jelah si N a d ini.

sekali lagi, senyum ^__^

jangan kerana cara pakai, cakap, gelak aku ini kau sudah mudah label aku dengan macam2. kenal dulu aku. kalau tak nak, jangan cakap apa2. diam saja. :)

mahu aku taip banyak malam ini sebenarnya tapi, macam biasa lah aku, taip padam taip padam saja kerjanya dari setengah jam yang lalu.

dan banyak hal lalu di kotak fikir aku,
hanya lalu tanpa duduk kekal hingga taipan habis.

entah lah.

terlalu banyak, kecewa, sedih dan macam2. soal perempuan itu, aku benar2 sedih.

moga aku tidak akan jadi seperti dia.
aku tak pernah mahu dikenal orang, dipuja2 dan diheret cerita tentang aku di mana2. aku hanya mahu kekal aku. aku yang gila2, aku yang tahu sopan dan ksar pada masa yang tepat dan orang yang tepat. bukan gedik2 dengan semua orang yang namanya lelaki.

aku tak cantik mahu jual muka,
aku hanya pandai berpuisi dan aku gila seni.

seni tulisan,
seni teater,
seni dalam memberi kasih sayang pada yang lain---keluarga, sahabat dan semua yang aku mahu.

aku begini saja.

aku mungkin pandai cakap. cakap macam pengacara hebat, *haha* geli laahhh nad!!!

aku begitu hanya bila aku perlu begitu,
di alam realitinya, aku hanya aku yang gila2.

maka, jangan tertipu, tolong!

aku tak seayu macam aku jadi emcee .
itu cuma sebahagian dari tugas aku.






dan sekian untuk malam ini,
sila senyum :)

ia akan buat anda automatik cantik dan kacak. hehehe :)



N a d.
0

merapu si N a d

aku tak percaya aku mampu lama bertahan menjadi seseorang yang bukan aku.

aku ini perempuan. se 'independent' mana pun aku, aku tetap perempuan yang aku percaya aku tetap perlu dilindungi dan ada hal yang lelaki perlu lakukan dan bukan aku.

yang dipimpin itu aku,
dan yang memimpin itu lelaki,
yang berjalan di hadapan aku itu lelaki,
yang membuntuti dia itu aku.

bila aku sendiri, iya. aku boleh buat semua hal sendiri. tapi, kalau ada si lelaki, panjat tangga pasang langsir rumah itu biarlah si lelaki. biar aku di dapur buat kerja perempuan aku.

lelaki perlu sikapnya lelaki.
perempuan perlu sikapnya perempuan.

ada masa, aku mahu dileteri. diajar buat pilihan matang oleh si lelaki. dan bukan aku yang buat pilihan, dia hanya turutkan. lelaki seharusnya memimpin. maka, wajarlah kalau aku mahu dipimpin.

lelaki.

diam sekejab.

tarik nafas panjang.

soal ini susah dirungkai selagi aku tak tinggal serumah, tidur sekatil, dan segalanya dengan lelaki---suami. tapi bak kata ibu "kenal 30 tahun, ada je yang masih tak kenal suami sendiri macam mana"

hurm.

sekali lagi diam. dan senyum sumbing. :)

cari yang sekufu,
yang papa izinkan.
:)

mudah kan cik nad oii?

sudah sepakat dengan konklusi perbincangan serius sama angah tentang ini. maka, kekalkan dalam linkungan pendapat ini. jangan tersasar.


cinta papa terlalu dalam.
jangan dibuang hanya kerana cinta lelaki asing.



p/s: Papa, i'll always be ur little girl :) nak tetap manja dengan papa. ^___^



N a d.
0

Lahad Datu

taip padam, taip padam, taip padam dan diulang lagi. akhirnya, aku tunduk. hela nafas panjang dan dalam. aku istighfar. aku tahan air mata dari meluncur keluar. bukan bajet kuat, cuma aku takut taipan aku gagal hari ini, aku mahu ia dizahir jua. 

tiada pernah dibayang oleh kita semua soal aman kita diragut rakus oleh manusia sialan yang sifatnya syaitan bertuhankan iblis. kalau sebelum ini, kita "pray for Gaza" , sudah sampai saat kita "pray for Lahad Datu" . tiada siapa sangka ini benar2 terjadi dan benarlah tiada yang mustahil bagi Tuhan. setiap apa jadi ini hasil nukilan Tuhan dan Tuhan sedang uji kita.  

jangan persoal kenapa Tuhan biarkan hal ini terjadi. DIA tahu lebih. semua atas kita, apa kita akan terus kuat dan terus berdoa pada DIA, DIA mahu kita ingat DIA. saat susah, kita akan cari DIA, sekurang2 kita masih ingat DIA. 

dan jangan pernah hilang  harapan dari Tuhan. 
DIA tahu lebih, sekali lagi. 

kita mungkin tidak pernah akan mampu bersama2 wira negara yang lain pertahankan sabah tapi kita mampu terus doakan mereka, senjata orang Islam adalah doa. kita takkan pernah lemah dengan doa. 

teruskan berdoa, aku merayu. iya! aku merayu kepada  kau, kau dan kau. mari kita teruskan berdoa buat mereka. 

dan akhirnya, 
air mata aku laju meluncur. sudah pecah tembok pertahanan takungan air mata aku ini. dan aku tahu wira2 negara tidak selemah aku. aku sentiasa doakan kalian, kalian harapan . 

Najib dan konco2nya hanya tahu tayang muka di akhbar dan saluran media perdana yang plastik. 
rakyat sudah muak dengan kau lah najib!!! 

ini soal nyawa, 
usah kau fikirkan periuk nasi kau semata,
anak isteri kau sudah pastinya selamat,
akan kau bawa mereka jauh2,
dan tinggalkan rakyat di sini,
dan ini kau,
si pengecut. 




ya Allah, selamatkanlah bumi malaysia. 



p/s: i'm malaysian. and i'm a muslim. muslim pray for others. 

N a d.






0

budi bahasa

aku penuntut. apa kerana itu aku dilayan nak tak nak je?

haish.
tipu lah kalau kata aku tak mencarut dalam hati. sabar aku benar2 dicabar.

terlalu banyak hal aku hairan.
hairan kenapa susah benar mahu berbudi bhasa sesama manusia lain. kubur kau dengan kubur aku sama dalam je cik kak ci abang oi. sila sedar.

maka, tiada rasionalnya untuk aku dan sahabat dilayan sebegitu kurang ajar sama kerani itu. sekali lagi diulang kerani! aku faham, mungkin tekanan kerjanya tinggi melangit bila wajib jawab soalan sama saja dari orang ramai. diulang2 saja ayat sama tiap hari. mungkin ada ramai yang tidak sopan sama kau, iya aku faham!

tapi...

tidak semua orang begitu bukan?
aku tanya kau dengan muka penuh senyum, sopan lagi ayu,
kau jawab dengan begitu kasar.
kesannya, kau dipandang kurang budi bahasa dan dalam bahasa mudahnya kurang asam jawa lah.
muka kau kacak, cantik itu automatiknya terkubur dalam2. tiada lagi indah wajah itu. serius!

aku yakin ramai yang alami situasi berdepan dengan kerani @ pembantu tadbir am @ yang sewaktu dengannya yang kerjanya tahan muka depan pejabat, bank, dan lain2 yang kurang berbudi bahasa.


aku lagi mudah panas bila kau begitu dengan ibu aku. si ibu tanya elok2, kau jawab dengan bajet kau cun gila sampai tak layak ibu aku cakap dengan kau. haish! memang kau nak aku lempang kau laju2 ke minah oi??

dengan  orang tua, sila tahu beza. hormat, cakap sopan. kalau mak kau, orang kurang ajar begitu, apa kau senyum saja dan diam??


dan aku tahu, saat ini Tuhan mahu uji aku. maka, aku sabar.

sabar itu ganjarannya syurga.



p/s: tak perlu setiap amalan baik kita itu ternampakkan pada manusia lain. malaikat sudah ada untuk mencatatnya.



N a d.


0

huruf U.

assalamualaikum...

bila huruf U mula tercabut dari tempat asalnya. susah untuk aku menaip secara sempurna hasilnya. aku cuba tempatkan ia kembali. moga segala ayat aku lancar keluar dizahir pada kanvas putih skrin komputer riba aku ini. aku ambil 10 minit mahu kasi ia selesai.

selasai saja, aku tarik nafas panjang. ada hal mahu kongsi soal kejadian huruf U ini. ia ajar aku sesuatu. dan ia buat aku terjaga. moga taipan aku kali tidak sia2 kau baca.

aku analogikan huruf U ini sebagai daya lihat yang kita ada sekarang. tukarkan huruf U di atas kepada daya lihat kita.

ia akan jadi begini "bila daya lihat aku mula tercabut dari tempat asalnya. susah untuk aku menaip secara sempurna hasilnya. aku cuba tempatkan ia kembali."

apa aku mampu menaip?
apa aku mampu tempatkan kembali daya ini secara sempurna dalam 10 minit?
dan bla bla bla....
segala persoalan yang remeh tapi kesannya dalam.

tiada akan sempurna kita tanpa apa ada pada kita. Tuhan ciptakan kita sempurna. tapi selalu kita bisingkan kekurangan diri bila lihat insan lain lebih dari kita.

Contoh 1: "eh, tengok tu, untung la dapat pakwe kacak, kaya dan bla bla bla.."

Contoh 2: "eh, asal dia dapat anugerah dekan? aurat pun tak tutup. dan bla bla bla"

Contoh 3: "kan best kalau bapak aku kaya macam bapak dia"

ini jawab aku :

Jawapan contoh 1: Pakwe kaya, kacak dan bla bla tapi tak reti jadi imam. pakwe kau tak kaya, tak kacak tapi reti imamkan jemah di masjid. mana mahu kau nak jadi suami kau? jadi ayah anak2 kau? fikirlah pakai rasional akal dan agama sebagai landasan. bukan keduniaan yang sekejab ini. ingat, segalanya milik Tuhan.

Jawapan contoh 2: aurat dia tak tutup. dosa tetap malaikat di kirinya sibuk menulis segalanya. tak akan terlepas. segala dihitung. kau lagi untung bila kau tutup aurat. ingat, yang ada di dunia sementara. tiada orang tidur makan dan menetap di hentian bas. kerana ia hanya hentian. soal dia dapat anugerah dekan, dia usaha bagai nak mati. Tuhan maha adil. Tuhan beri apa kita usaha. tapi kalau bukan sekarang pasti ada, DIA dah janji kan... Allah tidak akan memungkiri janjiNYA. DIA ciptakan kita, apa kau masih ragukan janjiNYA? jangan jadi bodoh.

Jawapan contoh 3: ia bapak dia kaya, sangat kaya tapi bapak dia kahwin dua, mak dia pernah ugut bunuh diri. adik dia tak mengaku tu ayah dia. ayah kau mungkin tak kaya macam ayah dia, tapi ayah kau setia pada mak kau, mak kau bahagia dengan ayah kau yang tak kaya itu. tak pernah disakiti si emak. anak2 sentiasa di hati dan tiada diabaikan. apa lagi kau mahu? duit takkan mampu beli bahagia. ia terlalu mahal hingga tiada jumlah yang mampu membelinya. segalanya milik Tuhan.

apa kita ada sekarang sudah yang terbaik Tuhan beri.

ia sempurna sudah.

Tuhan bisa saja cabut apa yang ada ini tanpa izin kita,
kerana segalanya milik Tuhan kan...

aku milik Dia,
kau milik Dia,
kita milik Dia,
segalanya milik Tuhan lah!

maka, jangan kufur nikmat.

bersyukur dengan segala kita ada. segalanya maksud aku segalanya. tiada terkecuali apa ada di hati. cinta, kasih, sayang, rindu dan sekali lagi, segalanya.

manusia, menjadi manusia pun sudah cukup beruntung.
serius!

dan soal aku lewat dua tiga hari ini, aku masih belum kenal siapa aku.
aku katakan selamat tinggal buat dia.
aku pilih keluarga aku, maka diamkan saja.
terima dan duduk rilek.
aku tahu dia mungkin akan baca apa taip di sini.

aku putuskan untuk tidak fikirkan soal ini lagi. cinta aku pada papa lagi dalam. dan kalau kau benar mahu aku, datang saja ketemu cinta hati aku ini, dengar apa kata dia. aku lahir kerana dia, dia yang jadikan aku perempuan yang kau cintai ini.

dan aku mintak maaf. aku tak tahu bercakap soal ini dengan kau bila aku dengar suara kau. aku kelu. hanya jari jemari laju menaip apa rasa aku. maaf. aku lepaskan kau, dan aku tidak mahu ada ketukan kedua di hati ini dari kau. yang sudah biarkan ia sudah. sekian.


yang menanti, Tuhan maha adil.





P/s: aku tidak sokong cinta sejenis. ia jijik.



N a d.





Dikuasakan oleh Blogger.

Pengikut

Back to Top