0

tentang erti syukur

belajarlah bersyukur,
harganya tak ternilai.

tenang jiwa bila kita rasa syukur dengan setiap apa kita ada dari segenap inci tubuh, bumi, sekitar, orang2 sekeliling, cinta, sayang, dan segala2nya.

ada orang kaya tak pernah tenang jiwanya. kerana tak bersyukur---tamak. salah satu tanda kita bersyukur dengan apa Tuhan beri adalah dengan sedekah. tak kisah lah banyak mana kau nak bagi, Tuhan tak pernah tetapkan apa dan berapa... asal ikhlas kerana Dia. Dia dah janji pada kita, kita bagi 1, Dia bagi kita 10 dalam apa saja bentuk---rahmat, hidayah, rezeki dan lain2.

bukan orang kaya saja tak tahu bersyukur.
orang miskin pun ada.
orang sederhana pun ada.
banyak macam orang yang tak tahu nak bersyukur.

nak pergi berjoli, mabukkan diri di kelab malam, pakai tak senonoh dan buat hal macam binatang punya hidup reti pulak tapi sebut alhamdulillah berat. ini realiti.

aku bukan nak cakap pasal dosa orang sebab yang menilai hanya Allah. bukan aku.

aku cuma nak cakap pasal perbuatan yang tak tunjuk tanda syukur.

sebab tu, aku tak letak sangat ciri lelaki yang aku nak jadi suami aku. aku takut terlalu berharap begitu begini, bila dapat sebaliknya aku mula persoal keputusan Tuhan atas hidup aku, dan aku tak bersyukur dengan apa Tuhan bagi. ini aku takut. maka, aku mohon pada Tuhan jadikan aku perempuan yang redha dengan apa DIA bagi pada aku. agar aku tidak persoal aturan Tuhan. semoga aku terima dia seadanya dan dia juga terima aku seadanya.

insya Allah bahagia dengan sekadar cukup.

aku tak perlu dia yang kaya, kacak, dan segala sifat sempurna idaman wanita zaman kini yang rata2 bersifat materialistik.

i'm not attach to material and please don't treat me like one.
i just hate it.

kurang kita, lebih dia,
lebih dia, kurang kita.
Apa Tuhan pasangkan itu sudah sempurna, DIA tahu lebih.


terimalah pasangan hidup kita seadanya. fahamkan dia. jangan ikut angin ego kita yang buruk lagi hodoh itu. rendahkan ego demi dia. isteri adalah penumpang. tumpang harta suami, tumpang pahala dia. dia tanggung dosa kita, maka layanlah dia baik2.

jangan ditinggikan nada suara itu. lembut2lah...

Tuhan buat Hawa dari tulang rusuk Adam.
Tinggikanlah martabat suami duhai isteri dan bakal2 isteri.

aku cakap ini sebab aku benar2 kagum dengan suami2 penyabar dan penyayang.
dan aku benar2 hormat lelaki yang benar2 lelaki sifatnya.




p/s: Moga si suami bahagia dengan N a d ini nanti..... Amin.






N a d.





0 ulasan:

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.

Pengikut

Back to Top