2

surat cinta buat bakal suami (ii)

Assalamualaikum.

Apa khabar? ini kali kedua aku tulis surat cinta untuk kau kat dalam sini. aku harap nanti aku kahwin dengan kau dan kau akan baca semua ini untuk kau ingat kembali kasih aku pada kau saat kita gaduh, saat kau terfikir mahu ceraikan aku (mintak jauh, tak nak!)  atau saat kau teringatbalik dekat kekasih lama kau atau saat kau rasa apa2 jua yang kurang senang tentang hubungan kita nanti. aku karangkan kau surat2 yang berunsur segala rasa ini untuk kau tahu betapa aku harap Tuhan jadikan aku terbaik untuk kau dan sempurnakan kau.

Aku ini banyak celanya maka kerana sedar diri yang amat dalam aku selalu mohon pada pencipta aku untuk jadikan aku suami aku redha dengan aku yang penuh cela ini dan cintakan juga cela2 aku bukan hanya kesempurnaan.

aku tak tahu apa kau buat sekarang,
i know nothing about you.

that nothing today will be my everything later.
in shaa Allah.

aku tak tahu nak bahasakan diri apa,
aku guna aku sebab aku berdoa pada Tuhan pun aku guna 'aku'.
tak salahkan?
sebab aku rasa aku dekat.

kau tahu? aku sekarang dah tahun 3 semester 2.
ada lagi dua semester nak habis.

andai kata Tuhan takdirkan kita jumpa lepas aku dah kerja atau masa praktikal atau bila2,
aku harap aku jumpa kau dengan keadaan aku paling comot.
sebab cinta paling jujur ia yang datang ketuk pintu hati dengan muka paling comot dan cela yang tak terhabis dan berkata "aku ini, ini saja dan itu saja aku" .

sampai jumpa lagi dalam surat seterusnya,
jaga diri.


aku sayang kau sebab dengan aku sayang kau suami, Tuhan sayang aku---syurga. :)


assalamualaikum.

2 ulasan:

hanimyusra berkata...

"paling comot"?

nice one
moga Allah meredhaimu nad =)

nad azkah berkata...

amin :)

moga Allah berkati kamu juga =)

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.

Pengikut

Back to Top