2

Si berkemeja.

Makan tengah hari sama orang-orang aku sayang---sahabat.

Tudung hitam disarung,
baju jersi Harimau Malaya saja,
tidak berbedak,
muka plain saja,
berminyak. hahaha.

Makan di kedai mamak. Mataku tertacap pada lelaki berkemeja. kesemuanya berkemeja. masa makan tengah hari. semuanya tampak begitu tegap berdedikasi. ini bukan penuntut, orang-orang yang khidmat sama kerajaan atau bukan.

ada yang berkaca mata, lagi aku diam pandang. -pandang sekejab-sekejab.

aku teringat dia.
argh!!
sudahlah nad. sudah!

hari ini, fikiran makin kusut. kusut fikir peperiksaan akhir aku. bukan mahu dijulang keputusannya.
sekadar mahu bagi ibu, papa aku senyum sampai ke telinga tengok keputusan aku. itu saja.
andai saja tiak mampu, Tuhan nilai usaha aku. dan akan ada habuannya. Insya Allah... Tuhan maha adil la nad..

berdebar-debar.
takut.
argh! "dunio blako nih" kata papa. haha. benar. ini dunia semata.
cuma berjaya di dunia juga tuntutan. semoga mampu khidmat pada agama.

dan belajar lah nad kerana Allah. lillahhi taala.

ilmu bukan untuk dicanang akan siapa terhebat, terbanyak pingat, terlebih pangkat nama, tertebal sijil.
ia berguna hanya bila manisnya dirasa bersama. =)

ini aku mahu kongsi.


N a d.

2 ulasan:

SiHijau berkata...

=)

nad azkah berkata...

:)

moga ada erzeki,
ada jodoh, ketemu lagi =)

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.

Pengikut

Back to Top