2

Kagum

aku jadi serius bila cakap sama dia.
dia yang aku kagum.

dia dah kawen. umur macam aku, 21 tahun ini.
dia kawen tahun lepas. aku gembira dengar berita itu.
rezeki dia bila sudah berisi. berbadan dua.
dan bakal jadi ibu.

sumpah aku kagum dengan dia.
segalanya tenang dia hadapi.
dan benarlah Tuhan tak uji kalau si diuji tak mampu tempuh ujian itu.

senyum dia sentiasa.
itu buat aku lagi serius risaukan dia.
senyum dia, senyum yang ada bayang-bayang perit,lelah dan sedih.

aku bukan ahli nujum, tapi aku dapat rasa.
aku juga perempuan.

bahu ini pernah tampung airmata dia.
dan sebak dia aku diamkan.
aku beri dia masa lama di situ, moga puas dia lepaskan segala rasa itu.

segala yang dia lalui, ajar aku banyak tentang hidup ini adalah pilihan. dan kita lalui hari-hari seterusnya atas kesan keputusan kita hari ini.
and please choose the best, ask HIM for help. He knows the best.

kagum dengan ketenangan dia.
moga Tuhan sentiasa jaga dia biarpun yang wajib jaga dia tak berapa jaga dia.


doa aku iring jalan kau, sahabat.


N  a d.




2 ulasan:

Husna Humairah berkata...

aamiin. :)

eh cantik lah header :D

done follow. follow back eh http://milikhusnahumairah.blogspot.com/

nad azkah berkata...

:) terima kasih.

aminkan selalu doa yang akan sentiasa ada dalam taipanku.

ini cara tunjuk sayang kita pada orang-orang. :)

baik. akan di follow kamu juga. selamat kenal ya.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.

Pengikut

Back to Top