0

menyisir rambut yang gugur

assalamualaikum.

lama tak menjenguk,sedikit berhabuk dah kau. 
aku dah semakin tua,
semester 5 pun sudah hampir ke penamat. 

lagi setahun belajar. 

kalau diingatkan balik masa lalu yang kita pernah gagal, pernah menangis teresak2 di sebalik pintu atau sofa, kita akan tergelak balik. tapi dengan tangisan itu kita lebih menjadi kita yang sekarang ini. 

aku paling kuat berdebat masa sekolah,
dengan masih memakai pendakap gigi, 
tudung labuh sebab sekolah agama,
warna ungu sebab pembimbing rakan sekolah,
paling aktif dalam bermacam aktiviti sekolah,
selalu aku terfikir aku mahu jadi apa ya? 

aku paling suka zaman sekolah. 
ia paling jujur. 
aku paling aku masa tu.

aku tak kekok cakap depan ramai masa sekolah lagi,
cikgu kenal sebab aku pernah juga kena rotan,
pernah juga naik pentas jadi pelajar contoh,
macam2. 

dan semua tu,
aku paling suka ada sahabat yang bagi bahu dia untuk aku nangis masa tingkatan 3. 

aku paling emosi. 
aku paling macam2. 

yang paling disayang,
yang paling dimanja. 

dengan aku yang dulu,
serius tak macam rupa sekarang. 

dan setiap orang ada cerita masing2 yang disimpan rapi,
ada cerita aku yang aku rela mati dari orang tahu apa. 

moga Tuhan tutup aib aku. 

-----------------------------------------------------------------------------------------------------

rezeki Tuhan ada mana2 saja,
kita tak boleh ambil rezeki orang,
orang tak boleh ambil rezeki kita. 

dan di banyak masa, 
aku rasa semakin aku rindu aku yang dulu. 


N a d
0

surat pertama buat bakal suami

Assalamualaikum awak(bakal suami di masa depan),

Apa khabar?
Aku kat sini sihat. Alhamdulillah.
aku tiba-tiba nak tulis entri pasal kau.
aku tak tahu kau kat mana, apa nama kau, kau anak siapa, kau kerja apa, kau buat apa sekarang,
semua aku tak tahu. Tuhan nak bagi kejutan untuk aku.

harap aku kau sihat dan ceria, kuat hadapi segala cabaran dan dugaan Tuhan.
aku doakan kau, tu saja mampu.

aku nak cakap,
kalau kau sedang bercinta dengan mana2 perempuan sekali pun,
aku tak kisah. itu jalan hidup kau.

moga nanti, kau jumpa aku,
jadi laki aku dan tutup cerita lama kau dengan perempuan2 sebelum.

aku banyak fikir pasal kau yang aku sendiri tak tahu kat mana, siapa, bagaimana muka kau, tinggi kau berapa dan bla bla bala dua tiga menjak ni.

haih.



aku cuba berubah jadi yang terbaik untuk kau.
doakan aku.




N a d

Dikuasakan oleh Blogger.

Pengikut

Back to Top