0

bila kita lain

bila kita lain,
tak sama macam orang lain,
kita nampak macam kambing hitam dalam kawanan kambing putih,
terkial-kial mahu turut sama gelak tawa seperti yang lain,
dan banyak kali cuba, terus mencuba,
betapa mahu ada selari sama mereka,
sampai satu saat, penat...
sampai satu saat,
sebak..
menangis tersesak di balik pintu,
usai menangis, cuba lagi ketawa...
dan ia terus terjadi smpai bila2, smpai ada orang sedar akan kau.

ada masa kita terlalu cuba mahu orang faham kita,
sedang kita tak faham orang,
kata orang, memahami ramuan terpenting menyayangi.

tapi,
sampai sekarang aku tak pernah mampu fahamkan mereka,
mereka juga gagal faham aku.

aku yang lain ini benar-benar pelik di mata mereka,
bila minat aku bukan pada bunga mawar,
bila minat aku hanya pada bunga tahi ayam.

entah.
aku sampai sekarang, saat ini masih bertahan,
tahan saja,
itu saja juga yang termampu aku.

sebak.
sesak.

kalau penat tahan,
aku menangis.

sepuasnya.

hingga tertidur,
hingga bengkak mata.

seakan tiada akan mampu mahu lagi,
hanya menangis.

itu lah ceritaya bila kita lain.

;(




p/s: jangan ditanya kenapa aku tiada akan kepunyaan lelaki,
      tidak wajib atas aku pun!


N a d


0

Festival Filem dan Video Pelajar Malaysia ke 10 (FFVPM10)


aku yang minat mengacara.

pengalaman.

:)


N a d

0

bebelan panjang

lama benar aku tak bertandang dan bertenggek membebel dalam ni. 
lebih banyak membebel di muka buku sebab di situ dua hala.
orang boleh terus komen aku.

banyak hal jadi kat aku, dan aku redha. sebab aku tahu, bukan senang nak senang. dan aku pilih jalan ini maka, aku kena la hadap. 

juga ke hadapan diri sendiri,
tahniah sayang. 
sebab kekal kuat. 

aku nak sentuh soal jangan tiru orang. jangan nak jadi orang lain. dah blambak macam orang itu, orang ini. kenapa nak jadi orang lain? apa diri sendiri tiada nilai untung sendiri? haih. 

aku paling tak suka orang kejar popular,
weh bukan boleh bawak mati pun semua menda dunia ni. berkadarlah. biar kena tempat. pernah skali, ada orang ini menyatakan betapa dia mahu jadi aku. aku senyum kelat dalam manis, sebab betapa aku teringin hanya kuat dan bertahan menjadi aku. memang, memang nampak senang, nampak seronok bila orang kenal kita, bila NC, TNC kenal kita. haih, aku tak buat semua tu sebab nak orang2 itu kenal aku.

lillahhita'ala!

wallahi. 

tidak pernah.
tidak pernah mahu begitu. 

aku memang minat mengacara,
minat.
yang lebih pada gila.

sama juga sama lakonan.
cuma biar tahu nilai di mana.

bila orang kenal,
lagi mudah buruk kita orang sebar,
lagi mudah fitnah bersepah,
bertaburan di jalanan pasal kita.

serius weh,
serius. 




N a d 
Dikuasakan oleh Blogger.

Pengikut

Back to Top