0

menyisir rambut yang gugur

assalamualaikum.

lama tak menjenguk,sedikit berhabuk dah kau. 
aku dah semakin tua,
semester 5 pun sudah hampir ke penamat. 

lagi setahun belajar. 

kalau diingatkan balik masa lalu yang kita pernah gagal, pernah menangis teresak2 di sebalik pintu atau sofa, kita akan tergelak balik. tapi dengan tangisan itu kita lebih menjadi kita yang sekarang ini. 

aku paling kuat berdebat masa sekolah,
dengan masih memakai pendakap gigi, 
tudung labuh sebab sekolah agama,
warna ungu sebab pembimbing rakan sekolah,
paling aktif dalam bermacam aktiviti sekolah,
selalu aku terfikir aku mahu jadi apa ya? 

aku paling suka zaman sekolah. 
ia paling jujur. 
aku paling aku masa tu.

aku tak kekok cakap depan ramai masa sekolah lagi,
cikgu kenal sebab aku pernah juga kena rotan,
pernah juga naik pentas jadi pelajar contoh,
macam2. 

dan semua tu,
aku paling suka ada sahabat yang bagi bahu dia untuk aku nangis masa tingkatan 3. 

aku paling emosi. 
aku paling macam2. 

yang paling disayang,
yang paling dimanja. 

dengan aku yang dulu,
serius tak macam rupa sekarang. 

dan setiap orang ada cerita masing2 yang disimpan rapi,
ada cerita aku yang aku rela mati dari orang tahu apa. 

moga Tuhan tutup aib aku. 

-----------------------------------------------------------------------------------------------------

rezeki Tuhan ada mana2 saja,
kita tak boleh ambil rezeki orang,
orang tak boleh ambil rezeki kita. 

dan di banyak masa, 
aku rasa semakin aku rindu aku yang dulu. 


N a d
0

surat pertama buat bakal suami

Assalamualaikum awak(bakal suami di masa depan),

Apa khabar?
Aku kat sini sihat. Alhamdulillah.
aku tiba-tiba nak tulis entri pasal kau.
aku tak tahu kau kat mana, apa nama kau, kau anak siapa, kau kerja apa, kau buat apa sekarang,
semua aku tak tahu. Tuhan nak bagi kejutan untuk aku.

harap aku kau sihat dan ceria, kuat hadapi segala cabaran dan dugaan Tuhan.
aku doakan kau, tu saja mampu.

aku nak cakap,
kalau kau sedang bercinta dengan mana2 perempuan sekali pun,
aku tak kisah. itu jalan hidup kau.

moga nanti, kau jumpa aku,
jadi laki aku dan tutup cerita lama kau dengan perempuan2 sebelum.

aku banyak fikir pasal kau yang aku sendiri tak tahu kat mana, siapa, bagaimana muka kau, tinggi kau berapa dan bla bla bala dua tiga menjak ni.

haih.



aku cuba berubah jadi yang terbaik untuk kau.
doakan aku.




N a d

0

bila kita lain

bila kita lain,
tak sama macam orang lain,
kita nampak macam kambing hitam dalam kawanan kambing putih,
terkial-kial mahu turut sama gelak tawa seperti yang lain,
dan banyak kali cuba, terus mencuba,
betapa mahu ada selari sama mereka,
sampai satu saat, penat...
sampai satu saat,
sebak..
menangis tersesak di balik pintu,
usai menangis, cuba lagi ketawa...
dan ia terus terjadi smpai bila2, smpai ada orang sedar akan kau.

ada masa kita terlalu cuba mahu orang faham kita,
sedang kita tak faham orang,
kata orang, memahami ramuan terpenting menyayangi.

tapi,
sampai sekarang aku tak pernah mampu fahamkan mereka,
mereka juga gagal faham aku.

aku yang lain ini benar-benar pelik di mata mereka,
bila minat aku bukan pada bunga mawar,
bila minat aku hanya pada bunga tahi ayam.

entah.
aku sampai sekarang, saat ini masih bertahan,
tahan saja,
itu saja juga yang termampu aku.

sebak.
sesak.

kalau penat tahan,
aku menangis.

sepuasnya.

hingga tertidur,
hingga bengkak mata.

seakan tiada akan mampu mahu lagi,
hanya menangis.

itu lah ceritaya bila kita lain.

;(




p/s: jangan ditanya kenapa aku tiada akan kepunyaan lelaki,
      tidak wajib atas aku pun!


N a d


0

Festival Filem dan Video Pelajar Malaysia ke 10 (FFVPM10)


aku yang minat mengacara.

pengalaman.

:)


N a d

0

bebelan panjang

lama benar aku tak bertandang dan bertenggek membebel dalam ni. 
lebih banyak membebel di muka buku sebab di situ dua hala.
orang boleh terus komen aku.

banyak hal jadi kat aku, dan aku redha. sebab aku tahu, bukan senang nak senang. dan aku pilih jalan ini maka, aku kena la hadap. 

juga ke hadapan diri sendiri,
tahniah sayang. 
sebab kekal kuat. 

aku nak sentuh soal jangan tiru orang. jangan nak jadi orang lain. dah blambak macam orang itu, orang ini. kenapa nak jadi orang lain? apa diri sendiri tiada nilai untung sendiri? haih. 

aku paling tak suka orang kejar popular,
weh bukan boleh bawak mati pun semua menda dunia ni. berkadarlah. biar kena tempat. pernah skali, ada orang ini menyatakan betapa dia mahu jadi aku. aku senyum kelat dalam manis, sebab betapa aku teringin hanya kuat dan bertahan menjadi aku. memang, memang nampak senang, nampak seronok bila orang kenal kita, bila NC, TNC kenal kita. haih, aku tak buat semua tu sebab nak orang2 itu kenal aku.

lillahhita'ala!

wallahi. 

tidak pernah.
tidak pernah mahu begitu. 

aku memang minat mengacara,
minat.
yang lebih pada gila.

sama juga sama lakonan.
cuma biar tahu nilai di mana.

bila orang kenal,
lagi mudah buruk kita orang sebar,
lagi mudah fitnah bersepah,
bertaburan di jalanan pasal kita.

serius weh,
serius. 




N a d 
0

aku

aku adalah aku,
yang biasa.

yang tiada apa menarik tentang aku,
yang punya busuk masam aku sendiri.

terkadang,
aku perlu fikir tentang aku dahulu kemudian baru yg lain,
apa yg lain tu fikir tentng aku?

nad,
kekal dengan apa kau ada,
bersyukur seadanya.

kau jelita
kerana kau adalah kau.

tanpa perlu menjadi pura2,
tanpa perlu menjadi plastik.

alhamdulillah,
telah selamat menjayakan program GISO 2013 di Thailand.

ia benar2 kenangan terindah. :)




nad,
be true to yourself.
manjakan sedikit tubuh tu..

jangan berpenat sgt.


N
0

jangan terlebih

semua hal kena kena pada tempatnya. kena cukup kadarnya. jangan terlebih, bahaya.
terlebih sayang, bahaya nad.
ini pesan pertama pada diri bila dalam keadaan mix emotions yg tak stabil dan mulut nak mencarut macam2, ops! tahan. sabar. 

aku jenis suka fikir, 
suka fikir terlebih.

haduii nad. 
stop being over-thinking.

dan aku taip padam, taip padam. diulang-ulang. 
aku tak tahu apa nak taip.

tapi, 
ada.
nak luah sebab sebak,
penuh,

sesak.

i'm still here.
giving u a chance.

tp,
aku nampak macam makin pudar.

macam sabun,
hari2 disental,
semakin hilang,
dan habis,
dan akhirnya kena beli baru.

i dont know what's wrong with u,
or me.
or us.

semua tak kena,
rasa dah tak sama.

serius tak sama.

please give me a reason.

i really need one.

awak,
kalau esok saya mati,
maafkan salah silap saya,
halalkan segala apa diberi.

mungkin suatu hari nanti,
awak akan rindu suara saya,
gelak tawa saya,
muka buruk saya,
dan segala hal tentang saya,
juga saya yang serius itu,
serius bila cakap tentang masa depan dengan awak.

baiklah awak,
sudah masa.

goodbye.

nanti, 
saya akan buat entri tentang awak,
(kalau sempat)
tentang saya sebagai your past.


aku selalu terfikir, 
how long it takes for people to forget me when i'm gone...

if i die tomorrow...
hmm.



N




Dikuasakan oleh Blogger.

Pengikut

Back to Top