0

cinta

kepada Allah, aku panjatkan segala harapan aku tentang kita.
0

Tidak semudah kentut

Soalnya menjadi lelaki atau perempuan itu masing2 punya pahit manisnya tersendiri. Tidaklah di bahu perempuan tu lebih mudah daripada lelaki dan tidaklah jua di bahu lelaki itu lebih senang daripada perempuan. 

Adil.
Tuhan terpaling maha adil---meletakkan sesuatu kena pada tempatnya. 

Namun,
Aku kasihankan lelaki lebih.

Menjadi suami tatkala terlafazkan tegas akad, tertanggunglah suami dosa isterinya. Ditumpangkan pahalanya buat isteri. 

N a d
0

terperasan

soalnya perasaan yang terperasan

bukan mahu terasa begitu di awang-awangan terbuai perasaan,
bukan mahu terasa dipuja,
tapi kau!

kau layan sampai terperasan. 

bukan mahu tapi dirangsang kau yang melayan layanan terasa disuka sampai terperasan,
apa sebenar aku saja atau kau mahu aku rasa begini? 

mahu tanya sendiri depan-depan macam anak jantan tapi .... 
arggghhhhh

aku jadi bongkah ais beku depan kau,
sepatah haram tak mampu lafaz.

apa kau sengaja mahu lihat aku begitu?
apa kau buta tentang perasaan aku?
buta soal aku yang tersusun rapi ketawa depan kau?


haishh

aku nampak kau dengan perempuan lain juga semacam.
aku terus semacam
macam terperasan lebih.

oi kau!
jangan buat orang terperasan lah!
sakit tahu




p/s: kawan, moga dia nampak kau suka dia, dan kalau dia tak sengaja buat kau berperasaan begitu, aku mahu lenyek dia pakai blender , macam blend tembikai buat jus. hahahahha


n a d


0

A piece of me


0

Ambil berat

Tolong tanya soalan mudah ini dekat dia, dia yang kau sayang! 

N a d
0

Manusia dan berpura

Manusia dan berpura itu tiada akan terpisah. 
0

unconditionally

assalamualaikum..

agak lama tak update apa2. sibuk sedikit, macam biasa.
aku suka duduk dengan orang-orang sastera yang bukan sains, yang bila logik dan rasional dibuang ke tepi. bila awan boleh warna merah jambu, bila segala imaginasi dilakar dengan bebasnya tanpa ada yang tahan kerana tidak logik.

dalam  sesetengah hal, logik sentiasa di hadapan, dalam sesetengah hal, aku suka biar imaginasi aku meliar.

tutp mata,
fikiran biar tenang,
dan segala apa yang kita mahu kita akan dapat lihat.

"bila tutup mata kita akan dapat lihat segala apa yang tak nampak dengan mata terbuka"

bila tutup mata kita mampu lihat segala kenangan indah yang kita suka dengan orang-orang kia suka, boleh nmpak ibu masak kat dapur, adik2 berlari, nampak kenangan bersama cinta hati yang kita cuba kikis,
nampak lelaki kacak yang pernah nampak kat mid valley masa makan kat dubu-dubu.

dan sesungguhnya bila tertekan,
cuba tutp mata tenang dan lihat balik segala rahmat Tuhan beri pada kita,
segala apa ada dari dulu sampai sekarang---keluarga.

bersyukurlah.

------------------------------------------------------------------------------------------------------

 

sebab aku percaya jodoh di tangan Tuhan,
aku tak risau asal aku jaga. 

sebab aku percaya rezeki Tuhan ada di mana-mana,
aku tak risau asal aku usaha. 

sebab kasih aku ini ketidakhinggaan, 
au curahkn secara 'unconditionally'. 

sebab aku ni tiada tahu akan apakah masih hidup esok,
aku nikmati setiap saat aku ada. 

memaafkan dan melupakan salah orang,
sebab aku juga ada salah sendiri. 



"true love is the one who hurts you badly" ??? 




N a d



0

pesanan sayang buat diri sendiri






 


ke hadapan diri sendiri,
teruskan memberi kasih sayang tahap ketidakhinggaan pada orang2 sekeliling yang juga tidak henti kasihkan kau. 

menjadi seseorang yang penuh kasih itu indah,
mendarabkali indah budi pekerti. 

memaafkan sesiapa saja yang pernah toreh luka di hati,
jangan biar berparut,
nanti penuh dengan parut saja hati kecil kau itu. 

dan sesungguhnya.. 
random kindness is always gonna the most beautiful thing in life. 

live life to the fullest. 

benarkan arjuna yang benar dalam hati kau,
yang reti letak kau di mana


majulah nad untuk 
diri,
keluarga,
agama,
negara dan bangsa



love,
siti nuurnadhirah binti mohd azkah


0

life is a.....??

hari-hari duk hadap laptop, siapkan proposal thesis.

that's my life now.
how about you?

hidup ni kadang-kadang kita di atas kadang-kadang di bawah.
hidup aku ni xdak lah hebat mana pun.
tapi ia jadi hebat bila kita belajar terima apa Allah beri.
aku pun kadang-kadang ada terfikir "kenapa la aku nak kena hadap menda aku tak minat" dengan nada ala2 merajuk tarik muka masam gitu. but at the end, yes. aku terima. aku hadapkan juga lahh.

sebenarnya,
kita hari-hari hadap menda sama,
cakap menda sama,
jumpa orang sama
dan ia akan diteruskan cuma mungkin dengan orang lain dah sebab kita dah upgrade life kita dengan masuk kerja.
dan iya, masuk kerja pun sama lah.
bangun pagi g krja, balik, tido. and the same routine goes on and on.

human.
we are human.
not a robot.

kalau hidup sekadar macam ikut apa buku teks bahsa melayu atau buku teks sivik cakap masa sekolah,
hidup manusia akan jadi robot..

live life to the fullest.
hargai segala apa ada.

aku pun sebenarnya,
tak mahu terus berada dalam bidang yang akan buat kotak ketawa aku akan mati.

aku tak langsung berangan nak hidup mewah,
cukup sekadar dengan bahagia sama laki aku yang BUKAN jenis makan luar..
yang halal dah ada.
cuma berangan nak laki aku pegang tangan aku gigih msa aku nak lahirkan anak kami.
"he gives me sperm, i give him a child"

betapa perempuan bila cinta, akan darabkali kan segala rasa.

"he gives me a house, i give a home"
"he gives me groceries, i give a meal"
.........


tiadda akan aku tertarik dengan kaya harta dunia.
it takes me nothing to makes me love you.

if i love you,
then i love you.

that's all.

dan soal hidup yang akan diteruskan macam rutin harian yang sama yang akan bosan,
keluar.

keluar cari jiwa bila dah banyak kumpul duit untuk hidup di kampung dengan kambing lembu. hehehe :)


xoxo

N a d




0

anak

pernah tak kita sesekali terpandang ada pakcik tua sedang terlentok-lentok cabut rumput tepi jalan, dan tua si pakcik ni dalam 70 tahun gitu. yang dalam akal fikir aku, dia sepeatutnya berada di rumah main dengan cucu-cucu dia, yang sepatutnya manusia normal menikmati kehidupdan dia di usia sbegitu, yang smemangnya cycle hidup manusia macam tu yang juga dia seharusnya gigih menikmati saat2 terakhir hidup dengan menambah pahala.

tapi.. persoalan mudah.. mana anak dia?
apa hal biar ayah hidup macam tu?


entahlah.
kalau kita ayah, baru kita faham apa rasa jadi ayah.

duhai anak,
apa tiada mampu kau beri senang orang tuamu?
tiada mahu bermewah,
cukup sekadar bahagia menikmati zaman tua mereka,
yang kita juga akan jejaki nanti.




N a d
0

impian

aku bercita-cita----
pakai kemeja kau,
merengek dekat kau,
potong kuku kau,
trim misai janggut kau,
kongsi aiskrim dengan kau,
naik moto g solat terawih kat masjid,
lepak dekat jambatan borak pasal kenangan masa kecil,
aku baca quran, kau dengar betulkan kalau salah,
bacaan al-fathihah aku , kau dengar betulkan kalau salah.

mintak tolong kau pasang langsir baru,
mintak tolong kau dukung anak masa aku sibuk tolak troli beli barang kat Tesco,
mintak tolong kau masak masa aku dalam pantang,
tolong buat kerja rumah masa aku diam berpantang.


tolong---
sabar dengan aku,
tahan dengan aku,
sayang aku sedalam mana mampu,
rindu aku bila aku jauh,
cinta aku secinta-cintanya,
tegur aku bila aku salah,
dakap aku bila aku sedih menangis,
marah aku kemudian pujuk kembali,
senyum paling manis pada aku.


suami,
kau lubuk pahala aku---isteri.

moga nanti Allah beri aku sempat diperintah kau dalam kerajaan kecil kita nanti.
amiin.



N a d





0

Hormat

Hormat, hal yang palingg senang dibuat bagi dia yang tahu mana letak diri bila berdepan dengan orang-orang sekeliling tapi susah benar dibuat bagi dia yang paling rasa diri tiada perlu akan hormat yang lain. 

aku ini adik perempuan, juga kakak perempuan. 
dua gelaran yang paling tiada jauh bezanya akan berunsur hormat.
sama ada aku dihormat atau aku menghormati.
dua-dua ramuan paling enak dalam perhubungan. 

dengan ada duanya,
si kakak akan merasa hormat,
si adik akan merasa menghormat. 

dan paling aku kagumkan,
bila kita mampu tenang bila ada yang tiada reti akan menghormati. 


Hormatlah.
kau akan juga dihormati.


N a d


2

surat cinta buat bakal suami (ii)

Assalamualaikum.

Apa khabar? ini kali kedua aku tulis surat cinta untuk kau kat dalam sini. aku harap nanti aku kahwin dengan kau dan kau akan baca semua ini untuk kau ingat kembali kasih aku pada kau saat kita gaduh, saat kau terfikir mahu ceraikan aku (mintak jauh, tak nak!)  atau saat kau teringatbalik dekat kekasih lama kau atau saat kau rasa apa2 jua yang kurang senang tentang hubungan kita nanti. aku karangkan kau surat2 yang berunsur segala rasa ini untuk kau tahu betapa aku harap Tuhan jadikan aku terbaik untuk kau dan sempurnakan kau.

Aku ini banyak celanya maka kerana sedar diri yang amat dalam aku selalu mohon pada pencipta aku untuk jadikan aku suami aku redha dengan aku yang penuh cela ini dan cintakan juga cela2 aku bukan hanya kesempurnaan.

aku tak tahu apa kau buat sekarang,
i know nothing about you.

that nothing today will be my everything later.
in shaa Allah.

aku tak tahu nak bahasakan diri apa,
aku guna aku sebab aku berdoa pada Tuhan pun aku guna 'aku'.
tak salahkan?
sebab aku rasa aku dekat.

kau tahu? aku sekarang dah tahun 3 semester 2.
ada lagi dua semester nak habis.

andai kata Tuhan takdirkan kita jumpa lepas aku dah kerja atau masa praktikal atau bila2,
aku harap aku jumpa kau dengan keadaan aku paling comot.
sebab cinta paling jujur ia yang datang ketuk pintu hati dengan muka paling comot dan cela yang tak terhabis dan berkata "aku ini, ini saja dan itu saja aku" .

sampai jumpa lagi dalam surat seterusnya,
jaga diri.


aku sayang kau sebab dengan aku sayang kau suami, Tuhan sayang aku---syurga. :)


assalamualaikum.
0

sengeh-sengeh sajo

ini adalah angan-angan baik aku tentang majlis resepsi aku nanti.
aku nak buat yang macam ni.
antara sebabnya adalah:

1) bangku tu boleh letak kat depan rumah bat duduk2 sembang petang lepak sama suami kongsi cerita kerja, tak puas hati dengan sapa2, pasal duit, pasal kereta dia bila nak basuh dh berzaman tak basuh,
pasal dia guna berus gigi aku sampai kembang, ajak dating hujung minggu.

2) pasu2 bunga yang di hujung kiri dan kanan (besar) akan diberikan kepada mertua aku dan kepada mak aku. kalau diorang taknak, aku amik. hahaha

3) lampu2 tu aku letak dalam bilik tidur aku untuk lebih suasana romantis dengan cat bilik purple gelap. hahaha

4) karpet ijau tu letak depan tv.. tempat lepak dengan laki aku la sambil2 layan cerita sambil2 kutuk jalan cerita melayu. hahaha

5) kayu kat belakang tu aku masih fikir mana nak letak.


:)


nak.
nak nikah. hahahha *gedik*
0

we'll be counting stars

malam ni malam yang agak menyesakkan jiwa.
aku cuba tahan tapi tak mampu.

akhirnya lepas tapi bertapis.

aku ni kakak.
masih kakak kepada adik2.
walaupun aku rasa aku kakak paling tak layak nak tegur salah adik sebab aku bukan contoh terbaik dengan kisah2 silam aku namun dalam busuk aku, aku lah yang paling taknak adik aku jadi sperti aku yang dulu.

perkara yang buat aku terpaling dalamnya sesalkan.

dulu, aku bodoh.
bodoh sangat. pada aku dulu, kawan lah segala padahal ibu lah segalanya.

dan aku taknak dia macam aku yang dulu.

dan kalau dia boleh lihat betapa dalamnya sayang aku ni,
---lemas.

adik,
kakakmu ini tiada apa2,
paling berharga pun entahlah...
airmata pun tiada nilainya padamu,
dan taipan malam ini basah dengan airmata kakakmu ini,
dah tiada nilainya padamu,
kakakmu ini hamba Tuhan yg hina,
belum sempat berbakti pada ibu papamu,
namun sekali saja kakakmu ini ingin benar kamu dengarkan dia,
kata2 dia yang mungkin pada matamu dia paling tdak layak bercakap,
dengarkan sekali saja,dik.

jangan dipersiakan ibumu.
menyesalmu nanti.
ke mati menyesalmu itu.

aku masih sayang kau biarpun macam mana kau layan aku,
aku sayang.
aku peduli.

masih.

sampai bila2.
sampai mati.

airmata aku ni dh taktahu nk berhenti.
haih.

*lap*

*tarik nafas*

*pejam mata*

tenang
________________________________________________________________________________


my past was my past.
i'm not going to be the old me.
never.




N




0

macam2 nak tulis panjang2

kita dalam dunia yang semakin tua, ia sudah seperti perempuan tua yang nyanyuk dan dalam tak sedar ia akan lama2 pergi tinggalkan segala apa yang dibina. 

bertaubat.
atas dosa lalu.
kemudian tanpa sedar buat balik. 
dosa sama.
entah dah berapa kali taubat. 
entah. 

tapi seberapa malunya kita kerana dosa yang terlalu banyak, jangan berhenti harap Dia ampunkan, jangan berhenti taubat cuma malu sebab dah taubatkan dosa sama.  

istiqomah. 
kalau sayang diri,
kalau tak mahu heret bapak kau ke neraka,
kalau tak mahu suami kau yang konon2nya kau sayang nk sehidup semati itu dibakar dalam panas api neraka Tuhan . 

------------------------------------------------------------------------------------------------------ 

ramai yang kahwin, yang tunang, yang nak kahwin, yang nak tunang, yang dah jumpa cinta, yang dah bertemu 'soulmate' dan yang macam2 soal bersatu ni. 
cuma satu laa.. 
orang sekaliling sibuk tanya aku plak bila, dan mcm2 soalan yang aku rasa boleh dibuang ke laut lahhh sebab pasaipa nk tanya hal yang aku sndiri tak tahu. doakan saja tak boleh ka? 

aku pun nak.tipu la tak nak. 
cuma Tuhan tahu lebih.
aku tahu diri ni mcm mana. 
aku tahu tahap mana sedianya aku. 

kau senang la ckp bla2. dan mcm2.. aku ni 'hot stuff' la hapa la. 
tak semestinya orang mcm aku ni nak kena ada gewe, ada kekasih ke hapa sgala yng kau gelar laki kau. 

iya,
kawan lelaki boleh tahan la ada.
tapi kawan. 
kawan yang aku belum kata aku nak sehidup semati dengan dia nanti. 
baru cuba2 kenal 2 bulan dah mati rasa,aku tak nak yang begitu. 

bukan nak kasar sgt la aku ni cuma betullah "persetankan apa orang kata"!
they are not going to feed me in the future. 
kau aku ada jalan hidup masing2. 

---------------------------------------------------------------------------------------------------------

KURANG AJAR. sangat kalau salam, hulur tangan saja tak tengok muka. 
amboi.
ikutkan nafsu jahat aku, kata syaitan, 
aku laukkan kau lama dah hoiii! 
nasib baik ada sikit2 iman kata "jangan, kau nak dosa?" 

kau tu perempuan,
apa kau ada kalau budi pekerti tiada?
adab tiada?
dah macam mawar yang cantik luar tapi busuk. 

kau lah orang yang bakal tiada dalam list org aku jemput kahwin.
terima kasih sbb tlg kurangkan bajet kahwin aku nanti. 
hahahaha *gelakjahat* 
---------------------------------------------------------------------------------------------------------- 

balik kampung kali,
macam macam2 tak kena. 
entah kenapa,
tak macam biasa.
aku yang lain atau apa yang lain? 

entah. 

----------------------------------------------------------------------------------------------------------- 

kalau mesej tiada jawapan, 
panggilan tak dijawab,
maksudnya...? 

fahamkan,
selamat tinggal. 

------------------------------------------------------------------------------------------------------------ 

nad,
maafkan. 
sebagaiman kau harapkan Tuhan ampunkan kau,
begitu jugalah kau, 
maafkan,
mungkin dengan kata maaf kau pada orang itu buat dia masuk syurga,
syurga tu luas,
boleh muat ramai weehh!! 





N a d





Dikuasakan oleh Blogger.

Pengikut

Back to Top