0
esok entah apa jadi
0

tiada tajuk.

dengan nama Tuhan.
malam ini, aku mahu taip panjang.
entah apa merasuk, dosa lama aku mahu ulang.
gila.
ia benar2 gila.

sampai kerana sayang, Tuhan kasi aku hadap seorang yang benar2 indah.
dia---perempuan, anak perempuan, kakak, adik perempuan, isteri, pelajar sarjana
dan dia... dia buka rahsia dia untuk aku, ya! aku.

renungan tajam sepanjang saat yang berlalu. angin jadi saksi.
malaikat catat segala.
airmata turut sama ada.
lama aku dengar dia luah,
segala apa yang di akhir cerita,
apa dia mahu---tidak mahu jadi seperti dia yang dulu.

dia mahu selamatkan aku.
dia cuba.
dia terus.

dan aku tahu, aku dapat rasa, dia ikhlas.
terima kasih Tuhan atas 'pemberian' ini.

jangan persiakan ia, nad.
tolong.

oh Tuhan,
aku sudah penat dipertemukan dengan jantan.
penat benar.

kuatkan aku oh Tuhan---si lemah.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------

dan tentang semua,
aku letih dengan manusia yang bermuka2.

aku tahan,
aku sabar.

sebab aku percaya sama Tuhan,
Dia janji sabar itu ganjarannya syurga.

aku rela tebalkan muka jaga hati orang,
sebab aku tahu, perit diperlakukan seperti aku lalui ini,
aku tak mahu orang lain rasa apa aku pernah rasa.

aku bukan malaikat,
tapi aku cuba terbaik untuk jadi baik,
baik pada mata Tuhan,
walau aku sentiasa buruk depan mata manusia.

aaarrrggh!!!!!!!!!!


sampai sini dulu,
airmata sudah berkolah di mata,
gatal mahu keluar.


haish!



p/s: Ampunkan aku Tuhan.



N a d.





0

kasar, main kasar

datang bertalu,
tak bagi salam,
datang depan-depan,
bersepah-sepah macam tongkang pecah.

rilek lah.

kasi selesai satu-satu,
tak terbuat aku,
mana pandai aku langsai semua dalam masa sama.

datang hadap aku satu-satu ya idea-idea sekalian,
aku suka semua!




p/s: hai arjuna, aku mahu jadi perempuanmu.




N a d.
Dikuasakan oleh Blogger.

Pengikut

Back to Top