0

malam tahun baru, selamat tinggal 2012.

esok 1.1.2013.
malam ini malam terakhir 2012.
aku dan sahabat---kami bersama ke masjid nilai.
solat isyak jemaah bersama, berimamkan imam (insya Allah, ada rezeki berimamkan arjuna raga pulak) haha.

Moga takdirkan Tuhan aku sama si pujangga cintaNYA.
ameen.

tengah dalam solat,tengah khusyuk hadap Tuhan. fikiran mula laju melayang, jauh ke masa gelap aku, masa aku lupa diri, masa kau lupa Tuhan.

air mata tak malu mula turun tak henti dari pipi berjerawat aku.
*sebak benar*

sampai imam aminkan doa, aku masih dibeban dosa lampau. terbawa arus bersalah pada ibu, papa . pada diri sendiri. banyak aku zalimi aku.

moga Tuhan masih dengar aku. Tuhan ada,
dan ampunkan aku. aku mahu sebut nama DIA saat aku datang alam terakhir hidup. Oh TUHAN, ampunkan aku. ;(

dan saat jemari laju menaip, air mata sekali lagi laju meluncur nyah keluar hingga basah meja aku. arghh!!
aku lemah, aku kerdil. aku punya limitasi. aku yang bukan siapa-siapa, aku hambaNYA. bantu aku Ya Allah. suburkan aku dengan kekuatanMU...

dan..
aku masih sebak.

*diam*

malam ini juga, ulang tahun Tikoh yang sudah lama berlalu kami sambut. meriah dengan kasih sayang yang dalam. dan cinta yang ikhlas.

aku sayang kau, Tikoh!

semoga tahun 2013 datang dengan indah yang ada hitam putihnya, dan aku kuat hadapinya tanpa belakangiTuhan aku.




aku dengan ini,
tutup buku ini dengan senyum manis---sedikit kelat.
semoga masih ada buku yang Kau sediakan untuk aku.
aku belum mahu hadapMU di alam terakhir dengan dosa yang busuk ini...



n a d.









0

Maaf itu indah.

Maaf yang aku paling suka dengar dan paling suka sebut.
maaf itu indah, sungguh!!

*diam*

aku terfikir bila, ada yang buat aku terasa. aku maafkan saja, mudah. hati pun tenang.
dan aku mitak maaf kalau ayat aku buat kau kurang senang dengan aku. tapi harap aku, kau kenal aku dulu. baca saja apa aku tulis tak semestinya kau mengertikannya kena seperti aku fikir. 

maaf itu juga tanda hormat. hormat kita pada orang itu. dan sekali lagi, maaf itu indah.

maaf andai aku tak sempurna, 
kerana hanya DIA yang sempurna.

aku sayang orang-orang dekat aku. kesemuanya. tak terkecuali dia yang jauh.




maaf, 
hati kau bukan milik aku,
dan hati aku bukan milik kau,
belum lagi.



n a d .
0

Perasan lebih.

Dalam hidup ini, rentetannya tidak seperti apa yang kita bayangkan. kau tak boleh tetapkan apa yang si anu ni perlu pakai, dengan siapa dia boleh cakap, bagaimana cara dia jalan, tudung macam mana dia boleh pakai, kau tak boleh tetapkan itu semua! tak boleh . sebab Tuhan sudah tetapkan. cuma atas dia saja mah turut atau biarkan saja aturan Tuhan terus jadi subjek belajar di sekolah, ambil periksa, lulus dan diam.

eh kau!
aku mungkin bukan sempurna,
ada yang aku belum tutup rapi,
terdedah lagi---kaki,
tudungku tak litup macam telekung.

cuma aku nak kau ingat,
yang bukan kau yang nilai aku!

Tuhan. hanya Tuhan!

jadi, soalan aku..
apa hak kau mahu jatuhkan hukuman pada aku?

cara kau, ayat kau, seolah-olah kau sudah punya tiket masuk syurga.
Perasan lebih. aku doa kau masuk syurga, semuanya sekali. cuma jangan kau hina orang hanya kerana kau perasan amal kau tinggi melangit, dalam sedalam sungai Nil. dan syurga jaminan bagi kau.

aku paling takut menghina, dan aku paling sedih tengok orang macam kau menghina.
aku hormat kau bila kau begitu kuat beramal. tapi.. sayang bila kau kerap kali perkecilkan orang-orang yang belum sempurna taat Tuhan. usah kau perkotak-katikkan amalan orang yang kau sendiri tak pernah tengok bagaimana.

sudah!! tolong jangan begini,,,..........
jangan PERASAN LEBIH!!


aku masih harap ar-Rahman NYA...
semoga aku bisa sebut namaNYA di saat genting nyawa aku dicabut.







n a d.
0

Gila. Gila itu kami.

Kegilaan yang luar biasa,
yang gila hanya bila bersama.
aku dan sahabat---kami.

Pernah terasa hati, bercakap tak ingat dunia, pernah nganjing macam dia tak punya perasaan.
macam-macam kami lalui. bersama harung adat dunia berlajar di bumi Usim,
oh aku lupa, aku budak USIM, Universiti Sains Islam Malaysia.
sudah kenal busuk masam mereka setahun setengah.

3 semester bersama. dalam aku bersahabat banyak macam hal aku belajar dari mereka. indah hidup ada warna warni dari mereka. mereka yang selalu setia dan kadang-kadang terlalu cinta sama aku sampai satu tahap aku lemas dalam dalam cinta mereka.

Tikoh,
Syira,
Kuten,
Fida,
Wa,
Kakye.

orang-orang ini selalu dengan aku. ada satu masa, rendah diri aku bila bersama mereka. biar senyum, tapi otak ligat berfikir akan indahnya mereka buat aku rasa aku terlalu buruk untuk ada dengan mereka.
mereka jujur menegur. aku yang sering kali perlu dijaga. masih tak terjaga aku ini sampai ada yang benar-benar menjaga aku---suami.


Oh Tuhan,
aku sayang mereka. meski persahabatan kami ada pasang surutnya, yang tak sempurna. tetap aku akur akan cerita yang Kau lukiskan di dada kami sedalam-dalamnya tidak mampu diubah dengan kami yang punya keterbatasan yang tinggi.



sayang kau. semua. sampai mati.


n a d.

0

tak faham

kalau aku bagi ayat jiwang, tak semestinya aku tengah di lambung ombak cinta, ombak rindu. kalau aku cakap pasal nikah, tak semestinya aku dah gatal benar nak nikah. it's all about how positive you are looking at my statements. at all of them!

banyak yang aku tak faham tentang falsafah dan prinsip hidup orang, orang lain yang tak sama dengan aku. tapi aku terima. sebab penerimaan dalam hidup tentang segala yang berbeza itu penting. ia menenangkan kita.

kalau nak cakap soal tak puas hati, sakit hati, makan hati, pelik, tak faham dan segala macamnya, memang tak kan pernah rasa tenang sebab setiap orang ada celanya masing-masing.
dan aku bahagia dengan celaku. bukan celaka. hahaha.

aku 20 tahun. sepanjang 2012 ini, banyak yang aku belajar tentang hidup. tentang penerimaan perbezaan yang wujud antara aku, kau, dia dan kita semua. bukan mudah nak harung jalan aku. dan aku tahu jalan kau pun bukan mudah mungkin tidak sama tapi, tetap susah itu Tuhan bagi.

susah itu ini Tuhan bagi bukan kosong tanpa dibuntuti apa-apa. ia mendewasakan.

bila orang tanya aku kenapa aku tak couple , aku punya alasan aku sendiri. dan bukan wajib bagi orang macam aku yang begini untuk punya lelaki diheret ke hulu ke hilir. aku punya teman lelaki, sekadar teman. yang bukan istimewa. hanya Tuhan paling istimewa.

dan bila aku cakap tentang agama, ramai yang persoal tentang iman aku, tinggi benarkah? dah cukup warak kah? aku bercakap tentang Tuhan, tentang aku sayang DIA kerana DIA beri aku segala dan bukan kau!

dalam sedar, aku sangat perlu seorang pujangga. seorang yang alim untuk pimpin tangan aku, bawa aku cium wangi syurga dan semadi di sana. impian aku tinggi. dan aku cuba jadi terbaik, jaga diri, jaga maruah demi dia yang aku tunggu. apa pun dia, macam mana sekalipun rupa dia. aku tetap mahu beri diri aku pada dia, taat setaat-taatnya dan cinta dia sedalam-dalamnya. Tuhan, Kau dengar setiap rintih aku.. dan benarkan berkhidmat pada keluarga kecil aku nanti.



n a d.
0

Keluarga.

bila mana hati rindu,
fikiran pun melayang,
bermain dalam angan,
dalam kenangan yang wujud,
yang pernah aku lukis bersama mereka.

oh Tuhan,
aku rindu ibu!
aku rindu papa.

semuanya sekali.

rindu aku dalam benar,
sampai aku bisa lemas..

andai malam itu terlalu pekat gelapnya,
pekat lagi gelap rinduku.

apa pun yang terjadi sama aku, mereka ada.
Tuhan juga ada.
tak pernah aku sepi..

sungguh! Tuhan sayang aku,
Tuhan sayang kita,
sebusuk mana pun aku kerana kotor dosaku,
Tuhan tetap izinkan aku rasa wanginya cintaNYA lewat keluargaku.

Oh Tuhan,
kau benarkan cium mereka,
peluk erat-erat,
benarkan telinga aku dengar gelak tawa mereka.

sempurnanya kasih ibu,papa . tak mungkin ada ganti, sekalipun aku sudah milik si suami, aku tetap puteri papa. tetap!


n a d.
0

Hati.

Duhai hati,
aku tahu, kau tidak selamanya kuat...
Tapi,
aku harap agar kau yakin,
yakin ada sinar indah,
disebalik duka yang pernah hadir menatap,
Bukan mudah, namun tidaklah DIA hadirkan rasa kosong itu tanpa mendewasakan kau!





N a d.
21 March 2012, 3.38pm.
0

kopi dan malam

melangut aku di meja itu,
bintang malam aku tenung,
lama benar,
banyak kenangan lampau singgah di kotak akalku,
buatkan aku mengukir senyum ; kelat tapi manis,
harumnya kopi dihidu,
rasanya aku teroka,
buatkan aku mulai terbawa,
terbawa angin lalu,
melayar saat duka,
akhirnya.. gugur butir-butir mutiara di pipi berjerawat aku.
0

baru nak kenal dunia

kakak kawan aku sudah selamat jadi ibu. dia cantik. dan anak dia pun comel. aku suka borak dengan dia. aku suka gaya, cara dia. cinta dia selepas nikah dan itu indah. *senyum*

sakit beranak.
maka hargai ibu kita. bukan mudah lahirkan kita di muka bumi ini. banyak urat darah terputus. meraung ibu kita saat itu. Tuhan, hadirkan tempat yang indah buat ibu-ibu di muka duniaMU ini.



0

ayat dia

aku senyum saja,
rindu juga sama dia,
aku tak pernah begitu sama mana-mana lelaki.

tiba-tiba dengan dia,
aku senyum baik, sopan,
haih!
macam bukan aku saja.

tanda apa ini?
pening kalau fikir lama.
boleh sakit jiwa ini.
aku biarkan saja ini di hati.

aku tahu, dia bukan aku punya,
tapi..
aku tetap putuskan biar saja rasa ini aku rasa.
biarpun sekejab.

p/s : aku rindu kau.

n a d .
0

cukup sekadar cukup

aku dengar dia akan kahwin nanti. akan kahwin dengan pilihan hati dia. aku tumpang bahagia.


cukup. cukup sekadar cukup dengan apa yang pernah jadi. sesal tak pernah aku rasa. ia pengalaman hidup.
ia jadi tersisip hikmah. aku yakin Tuhan mahu ajar aku pasal hidup ini bukan penuh dengan manusia baik saja. ada pelbagai variasi manusia.

manusia yang meluat.
manusia yang kejam.
manusia yang gila kuasa.
manusia yang curang.

dan banyak macam manusia yang kita tak suka tahap menyampah dengan si sampah-sampah ini.



dari aku yang bukan kau,
n a d.
0

Cinta

bila cakap soal cinta, ramai fikir akan indahnya, nikmatnya dan segala hal yang cantik tentangnya.


aku belum jumpa cinta aku,
belum masanya mungkin.

n a d.
0

Broga ditawan


0

Anak kota

aku keluar ke kota hari ini. jalan-jalan sama orang-orang yang aku rapat di sini. berkongsi rasa, gelak tawa bersama.

memerhati orang sekeliling. aku diam, aku lihat dan aku nilai.

ia makin parah. betina-batina ini patut malu pada Tuhan. baju pakai macam telanjang! buat penat mak mengandung!

aku diam, aku istighfar panjang. semoga Tuhan buka pintu hati mereka ketuk pintu taubatMU.
0

terasa hati

kalau nak kira soal terasa hati, memang banyak.

memaafkanlah.

hidup tenang.
0

10 hari

tinggal banyak itu untuk tahun baru.

apa akan jadi?
hmmmm entah lah.
mana aku tahu.
Tuhan tahu lebih.




n a d
0

ini aku

sudah malam baru aku mula gatal tangan menaip. malam ini malam penuh. penuh aku dengan banyak macam hal. buat aku sedikit bertambah kenal siapa aku. aku yang bukan siapa-siapa cuma hamba. hamba Tuhan aku, Tuhan kau juga. cuma malam ini, aku nak tulis panjang lebar.bukan apa, rindu. rindu nak meluah rasa di sini. mungkin ada yang bacanya. dan aku nak luah apa aku rasa, sekali lagi, nak luah.

Ada orang,Nak yang kaya kacak beriman tak merokok dll,Sempurna! Dan bila aku cakap,Aku nak yang boleh tahan telinga dia untuk aku,Boleh tahan marah dia untuk aku,Boleh nangis sama dengan aku,Mereka gelakkan aku,Taste tak tinggi kata mereka,Dan aku peduli apa, asal aku bahagia.Tak perlu kaya kacak untuk bahagia!! 

ini post aku di muka buku aku. ramai LIKE. bukan itu aku cari. aku nak orang tahu, aku tak gila besi bata wang kertas yang tak bernilai kalau tak ada hati. 


baju koyak,
jahit pakai balik,makan minum di warung tepi jalan pun boleh saja,bundle pun aku pakai,kasut pasar malam aku beli pakai,yang selalunya selipar jepun jamban,yang macam mana pun aku tak kesah,untung rugi aku, aku masih ada Tuhan,dan ini aku!!




n a d.
0

Tuhanku

Tuhanku,
kuatkan aku,
aku benar-benar lemah,
bukan tidak pernah ingin terus taat,
tapi aku terkadang kalah pada nafsu,
dan hasutan si syaitan yang gila,
gila heret aku ke neraka.

oh Tuhanku,
kuatkan aku.
0

Sambung

pagi-pagi lagi sudah bahagia,
bahagia berimamkan papa solat subuh tadi,
indah rasa itu,
aku simpan dalam-dalam rasa itu.

lepas solat,
wirid bersama,
sampai sarapan pun bersama,
dan..
kami sambung cerita.

cerita banyak macam cerita.

alhamdulillah ya Allah atas sempat ruang ini.
0

papa

hari ini,
belum sempat aku coret apa-apa,
sibuk.

aku nak cepat saja hari ini,
nak cepat jumpa papa,
nak cepat lari dari sibuk di sana,
aku nak cepat ke sini,
bawa sama air hidung aku ini,
ya.. yaa.. aku tahu jijik kan? haha..
tapi, ini biasa,
kau pun ada lah ,
haha . 

papa datang sini,
aku jumpa papa,
salam peluk cium pipi papa,
hah? cium pipi? haha.
ini biasa,
dia ayah, aku anak,
dan aku sayang,
tak salah aku fikir.

"Papa juga selsema macam aku,
Cuma aku punya bersin tak henti-henti,
Tak tahu gamaknya,
Masa makan pun jadi,
Tapi tetap, اَÙ„ْØ­َÙ…ْدُÙ„ِÙ„ّÙ‡ِ :)" 
0

preh

aku suka teater,
entah bila aku pun tak ingat bila aku mula suka,
tapi yang pastinya aku suka sangat,
jatuh cinta tahap angau,
tiap hari aku fikir lakonan itu,
hati berdebar,
gembira macam kanak-kanak dapat gula-gula idaman,
*senyum*
aku mula main teater,
jadi anak perempuan,
bibah namanya,
semuanya di Acheh.

aku mula jiwai watak. aku jadi Bibah untuk sekalian lamanya. nama manjanya Cutda. antagonis.
aku banyak makan maki hamun cikgu aku bila mana aku tidak serius. banyak gelak sebab cikgu kelakar. sumpah lawak gila. dia punya lawak bukan main lawaknya. aku nak korang dengar sekali lawak dia. haha .

ini gambar aku saat aku pentaskan Preh. Preh ini tajuknya .





0

gelak kecil

duduk-duduk hadap dia yang mengajar,
bukan orang kita,
dia orang jauh,
luar negara,
tapi berjaya tarik pandang aku padanya,
tergelak kecil aku bila dengar dia,
bicaranya unik,
bila ada bahasa indonesia yang ditutur,
dia ada ajar di Indonesia duatu ketika dulu,
*senyum*

bukan selalu dapat dengar yang begini,
sebentar lagi aku bentangkan sesuatu---ilmu Tuhan,
moga ada sinar jaya di akhir kata aku nanti.

berjubah hitam,
tudung hitam juga aku sarung,
belum bersarung kaki,
belum sempurna aku tutup,
masih mencuba,
ada yang persoal tentangnya,
aku diam saja.
0

aku

bila bicara soal aku,
aku sendiri susah nak mengertikan aku ini bagaimana,
kau kenal lah aku macam mana dulu,
baru kau tahu baik buruk aku,
aku serah pada kau terima buang aku,
aku gila,
gila menulis,
di mana-mana saja aku zahirkan semua dalam tulisan,
kemudian laju jemari aku taip di papan kekunci,
mungkin orang tertanya kenapa aku boleh berdiri dalam kalangan mereka,
mereka yang sangat baik budinya,
yang jaga benar segalanya,
jawab aku---gila aku bertempat,
biarpun aku berkasut, berselendang, berseluar skinny,
aku tahu adab,
dan hal yang lain---hal peribadi aku itu biarlah ia diam di dada aku,
aku sendiri tak mahu ingat , kau jangan ingatkan aku tentang itu.






0

Jumaat

hari ini istimewa,
selimut dilipat kemas,
tempat tidur aku rapikan,
tuala dicapai,
langkah tuju bilik mandi,
mandi sunat niat kerana hari jumaat,
lama aku berdiri di bawah air pancut,
tenang seketika,
otak yang biasa berlari berjalan tenang,
muka ketat aku tegangkan,
segar rasa.

fikir aku hari ini,
aku harapkan aku bukan yang semalam lagi,
yang terfikirkan dia,
yang bodoh mimpikan dia,
argh!
kau bukan untuk dia lah,
dia bukan untuk kau,
dia orang punya,
kebodohan kau terlalu menyerlah bila kau begitu,
tolong lupakan dia.

Tuhan kau pilih dari dia,
taatlah nad,
tolong teguhkan iman kau,
dia bukan halal kau untuk kau fikirkan,
usah jadi bodoh!

0

Lelaki.


Kau hadir dalam hidup dia .
Membawa cinta . 
Ikhlas dari matamu lalu turun ke hati.
Kau pendam . Lama .
Empat tahun berlalu, kau datang kembali .
Membawa harapan yang menyesak dada . Penuh .
Dia terimamu setelah istikharahnya . 

Kau bawa dia pergi . Ke dunia baru .
Kau jadikan dia wanita . Wanita pertama hidupmu .
Kau jadikan dia ibu . Ibu zuriatmu .
Dia indah d matamu . Seindah si pelangi d ufuk sana .

Penyambung keturunanmu tanda cinta . Cinta kau pada dia .
Cinta dia pada kau . Bukan omong kosong .
Dia menjadi suri hati . Hatimu yang suci pada mata si anak .
Indah . Sungguh . . . Dan yang menulis melabuh harapan pada DIA yang di atas . . 
Agar kekalkan cinta antara mereka . Dan jadikan syurga milik mereka . Ameen . . . 

Yang bernama lelaki itu MOHD AZKAH BIN ALI. Love u papa .

P/s: Even u not reading this but still i wanna dedicate this for u . =)
0

jawapan aku

bila ada yang tanya soal---macam mana pandai menulis?
jujur---jawab aku,
kerana jangan pernah menuis kerana kau gila nama,
aku bukan menulis untuk ada orang terhegeh-hegeh suka aku,
yang tergila-glakan aku,
yang heret cerita aku ke hulu hilir,
aku sekadar tulis apa aku rasa,
aku suka bila ada yang suka ayat aku,
tapi bukan untuk di puja,
aku bukan yang Esa,
aku manusia,
hamba yang kerdil,
dosa aku banyak,
hingga aku rasa aku malu hadap Tuhan,
tapi tetap aku gagahkan diri mohon ampun dari DIA.
0

diam

diam aku memerhati sekeliling aku,
malam ini bola,
aku duduk sama kawan aku,
asyren namanya,
minum teh sama,
buka cerita masing-masing,
tak reti diam dua-duanya,
cakap sedikit gelak,
kadang-kadang ada nada serius terselit,
bicara jiwa ada juga menyusup masuk.

diam semua,
sekejab saja saat malaysia kalah,
banyak macam alasan keluar,
mungkin salah dia, salah si anu itu, si anu ini,
macam-macam.
muak aku dengar,
sudah lah..
dari dulu begini,
tak pernah berubah,
sungguh menjengkelkan aku.

diam juga aku sekejab saat esok harinya,
hari untuk aku persembah perbentangan,
di hadapan ramai,
setelah lama sepi dari bercakap di khalayak ramai.


0

cerita tentang dia

Jemariku kaku
Otakku beku

Lihat, dia di sana
Lihat, dia tertawa

Ku cuba ulang memori,
Ku ingin selam ke dasar hati,

Dia tersenyum
Dia buatku murung,

Arghhh, sudahlah,
kau hanya jaga aku hingga ada yang benar-benar jaga aku

Begitu banyak yang ingin kutulis
amat ingin jari ini menari
dengan pena dan tinta
segala cinta tentang dirinya
meski dia tidak pernah cintakan aku.

ingin hati bercerita banyak
mungkin tentang cinta
pasti tentang luka

puisi yang takkan pernah cukup untukmu
tentang hadiah yang belum sempat kuberi
tentang cerita yang terkubur selamanya
tentang perasaan yang tersimpan baik
tentang luka yang mengunyah jantung

tapi sudah kuputuskan
tak bisa aku tuliskan semua itu
agar perasaan ini tidak hidup lagi
rasa ini harus selamanya mati
hingga tiba saatnya aku pergi
menutup mata tak bangun lagi. 
0

Malam

waktu malam begini,
biasanya kau ada mesej aku,
tanya khabar aku,
bermain kata dengan aku,
melayan perasaan kau,
mendengar aku merungut tentang banyak macam hal,
mengisi rasa kosong di hati kau,
menjadikan pilihan kedua setelah dia,
biarpun aku hanya pilihan kedua,
tetap aku gembira bila kau ada mesej aku.  


2

persekitaran.

segalanya tentang persekitaran yang menyesakkan nafas,
orang-orang yang meluat,
yang menjengkelkan,
yang mendarab bahagikan rasa di jiwa,
semuanya ada,
kehadiran mereka,
mematang aku menjadi aku yang sekarang .
Dikuasakan oleh Blogger.

Pengikut

Back to Top