0

menyisir rambut yang gugur

assalamualaikum.

lama tak menjenguk,sedikit berhabuk dah kau. 
aku dah semakin tua,
semester 5 pun sudah hampir ke penamat. 

lagi setahun belajar. 

kalau diingatkan balik masa lalu yang kita pernah gagal, pernah menangis teresak2 di sebalik pintu atau sofa, kita akan tergelak balik. tapi dengan tangisan itu kita lebih menjadi kita yang sekarang ini. 

aku paling kuat berdebat masa sekolah,
dengan masih memakai pendakap gigi, 
tudung labuh sebab sekolah agama,
warna ungu sebab pembimbing rakan sekolah,
paling aktif dalam bermacam aktiviti sekolah,
selalu aku terfikir aku mahu jadi apa ya? 

aku paling suka zaman sekolah. 
ia paling jujur. 
aku paling aku masa tu.

aku tak kekok cakap depan ramai masa sekolah lagi,
cikgu kenal sebab aku pernah juga kena rotan,
pernah juga naik pentas jadi pelajar contoh,
macam2. 

dan semua tu,
aku paling suka ada sahabat yang bagi bahu dia untuk aku nangis masa tingkatan 3. 

aku paling emosi. 
aku paling macam2. 

yang paling disayang,
yang paling dimanja. 

dengan aku yang dulu,
serius tak macam rupa sekarang. 

dan setiap orang ada cerita masing2 yang disimpan rapi,
ada cerita aku yang aku rela mati dari orang tahu apa. 

moga Tuhan tutup aib aku. 

-----------------------------------------------------------------------------------------------------

rezeki Tuhan ada mana2 saja,
kita tak boleh ambil rezeki orang,
orang tak boleh ambil rezeki kita. 

dan di banyak masa, 
aku rasa semakin aku rindu aku yang dulu. 


N a d

0 ulasan:

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.

Pengikut

Back to Top