0

bila kita lain

bila kita lain,
tak sama macam orang lain,
kita nampak macam kambing hitam dalam kawanan kambing putih,
terkial-kial mahu turut sama gelak tawa seperti yang lain,
dan banyak kali cuba, terus mencuba,
betapa mahu ada selari sama mereka,
sampai satu saat, penat...
sampai satu saat,
sebak..
menangis tersesak di balik pintu,
usai menangis, cuba lagi ketawa...
dan ia terus terjadi smpai bila2, smpai ada orang sedar akan kau.

ada masa kita terlalu cuba mahu orang faham kita,
sedang kita tak faham orang,
kata orang, memahami ramuan terpenting menyayangi.

tapi,
sampai sekarang aku tak pernah mampu fahamkan mereka,
mereka juga gagal faham aku.

aku yang lain ini benar-benar pelik di mata mereka,
bila minat aku bukan pada bunga mawar,
bila minat aku hanya pada bunga tahi ayam.

entah.
aku sampai sekarang, saat ini masih bertahan,
tahan saja,
itu saja juga yang termampu aku.

sebak.
sesak.

kalau penat tahan,
aku menangis.

sepuasnya.

hingga tertidur,
hingga bengkak mata.

seakan tiada akan mampu mahu lagi,
hanya menangis.

itu lah ceritaya bila kita lain.

;(




p/s: jangan ditanya kenapa aku tiada akan kepunyaan lelaki,
      tidak wajib atas aku pun!


N a d


0 ulasan:

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.

Pengikut

Back to Top