0

merapu si N a d

aku tak percaya aku mampu lama bertahan menjadi seseorang yang bukan aku.

aku ini perempuan. se 'independent' mana pun aku, aku tetap perempuan yang aku percaya aku tetap perlu dilindungi dan ada hal yang lelaki perlu lakukan dan bukan aku.

yang dipimpin itu aku,
dan yang memimpin itu lelaki,
yang berjalan di hadapan aku itu lelaki,
yang membuntuti dia itu aku.

bila aku sendiri, iya. aku boleh buat semua hal sendiri. tapi, kalau ada si lelaki, panjat tangga pasang langsir rumah itu biarlah si lelaki. biar aku di dapur buat kerja perempuan aku.

lelaki perlu sikapnya lelaki.
perempuan perlu sikapnya perempuan.

ada masa, aku mahu dileteri. diajar buat pilihan matang oleh si lelaki. dan bukan aku yang buat pilihan, dia hanya turutkan. lelaki seharusnya memimpin. maka, wajarlah kalau aku mahu dipimpin.

lelaki.

diam sekejab.

tarik nafas panjang.

soal ini susah dirungkai selagi aku tak tinggal serumah, tidur sekatil, dan segalanya dengan lelaki---suami. tapi bak kata ibu "kenal 30 tahun, ada je yang masih tak kenal suami sendiri macam mana"

hurm.

sekali lagi diam. dan senyum sumbing. :)

cari yang sekufu,
yang papa izinkan.
:)

mudah kan cik nad oii?

sudah sepakat dengan konklusi perbincangan serius sama angah tentang ini. maka, kekalkan dalam linkungan pendapat ini. jangan tersasar.


cinta papa terlalu dalam.
jangan dibuang hanya kerana cinta lelaki asing.



p/s: Papa, i'll always be ur little girl :) nak tetap manja dengan papa. ^___^



N a d.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.

Pengikut

Back to Top