0

teguran

soal teguran.
ada orang tolak mati2. "eleh, asal aku berhijab, tak solat pun x pe" 

otak kau!! 

solat itu tiang agama. 

kau buat baik sebanyak mana pun, tetap tak diterima jika kau tinggal solat. 

aku tak layak cakap soal dosa orang, sebab aku juga pendosa. 

cuma aku mahu luah pasal teguran. aku bersyukur, aku ditemukan dengan orang2 yang suka tegur salah aku, salah dalam pakai makan aku yang kadang2 aku lalai. dan mereka ada, tegur aku. 


TERIMA KASIH. 
mereka cintakan aku hingga ke syurga, mahu hirup harumnya syurga bersama. 
insya Allah... 

kita manusia. sifatnya mudah lupa. mudah lalai. apa lagi bila syaitan sudah berjanji akan terus hasut kita penuhkan neraka. dan syaitan ada dalam setiap salur darah kita , takkan mampu lari dari syaitan2 durjana ini. 

sebab itu, aku perlu ditegur. 

tolong sedarkan diriku. 


satu yang aku perasan tentang cinta. cinta yang benar2 telus itu bila dia tak kan biarkan kita terus buat dosa dan tolong sedarkan kita. maknanya mudah, dia mahu bersama kita dalam syurga dan syurga hanya untuk mereka yang layak dan untuk mereka yang Tuhan mahukan. 

aku yang hina ini ucapkan terima kasih pada dia yang tegur salah, silap dan aku sedar, aku ini penuh khilafnya.

maka aku terus menulis, untuk ingatkan aku sendiri, diri aku. 



berusaha tuju arah lebih baik. 
dan awak, 
bantu saya ya. 

doakan saya. 





cinta sempurna hanya untuk Illahi.




N a d.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.

Pengikut

Back to Top