0

"judgmental"

being judgmental.
and keep talking about others without knowing them first.

cakap dan cakap.
lama2 jadi tahik---tahik mata, tahik hidung busuk. 

selalu ada orang yang bajet bagus. hanya dia paling hebat yang tahap gaban sampai dia rasa dia paling punya hak cakap pasal orang ini begitu, begini dan segala macam hal tentang orang itu yang dia sendiri baru kenal tak sampai sehari dan carutan di akhirnya aku bagi (dalam hati saja). masih hormat, orangnya lagi tua.

aku pernah kena. sangat baru lagi dan kerana masih panas terasa di telinga dan sedang masih panas ini aku tuliskan.aku tahu, dia takkan baca, tapi aku nak luah saja di sini. kongsi rasa panas aku ini. 

baru saja dengar aku bercakap untuk beberapa patah merapu merepek aku dengan kawan2, sudah cakap aku jenis yang susah orang nak dekat sama dengan aku hanya kerana aku guna loghat aku yang indah lagi aku sayang---kelantan. 

dan ayat paling panaskan telinga dan buat tahi telinga aku cair adalah bila, dengan penuh suka hati mak bapak dia, dia cakap aku ni "kau cakap ni jenis cakap je lebih, tapi hampeh, cakap tak serupa bikin" 

*senyum sinis* 

kopi dihirup baunya pagi tadi, sudah kau kata ia pahit rasanya? hai cantik, rasa dulu baru tahu lahh. 

kenal aku dulu. jangan suka2 cakap itu ini. ia benar2 hanya jadi tahik. 

siapa2 pun tak punya hak nak cakap pasal orang itu begini begitu pada masa yang singkat suai kenalnya.
dah kahwin 30 tahun pun, masih tak kenal siapa suami sendiri, bagaimana dia yang sebenar2nya. apatah lagi kalau kau hanya dengar dari cakap dia yang dua tiga patah. dan hanya dia bercakap kelantan, kau kata dia susah nak buat orang senang berkomunikasi dengan orang. jangan begini kak oi... 

aku sendiri tak kenal aku macam mana, kau senang2 kata kau lebih kenal aku. aku jatuh longkang, parut kat mana kau tahu ke?!! 

dan berlagak tahu segala tentang aku dan senang2 juga kau kritik aku tanpa tengok apa2 hasil kerja aku. kau benar2 kurang asam jawa dan perlu ditambah garam secubit untuk cukupkan rasa kau yang kurang itu! 

being judgmental is useless. 

judge less, love more. 




Sincerely,
n a d.

love more :)

0 ulasan:

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.

Pengikut

Back to Top