0

tentang hari aku di malam hari

Aku: ia datang.

Idea: ya, aku datang.

Aku: aku mengantok.

Idea: luahkan saja. jangan simpan lama. aku hilang nanti.

Aku: mengantok lah.. apa lah kau ni..

Idea: kalau begitu, paksa diri sekejab. aku ada ni..

dan...

ini yang aku lalui malam ini, begitu banyak idea dari pagi sampai malam hari. tidak putus. segala ragam manusia aku singkap, aku analisis. tesis yang atidak habis tentang semua yang aku lihat. ini aku, yang kalau kau tidak kenal, kau rasa aku sangat "indah khabar dari rupa". aku puteri dalam kawasan tahanan aku sendiri yang aku pimpin sendiri di bawah arahan Tuhan si pemilik segala yang ada pada aku.

dan aku sejujurnya tidak akan pernah mahu berhenti menulis. ia jiwa hidup.
dan aku bahagia bercinta dengan dunia fantasi tulisan aku dari dunia sekeliling yang tidak jujur sama aku.
aku mahu yang jujur seadanya. itu sahaja. tidak aku ajar diri aku demand tinggi sampai tak dapat. sampai jadi hamba dunia, pakai makan minum semua kerana manusia lain. mahu puaskan hati yang lain dan terus hidup dalam dunia plastik yang sesak dengan kepalsuan. kata-kata palsu, rambut palsu, senyum palsu, bahagia palsu, dan segalanya palsu.

sibuk terkejar dengan arus materialistik manusia cipta. yang yahudi cipta. berhabis ratus ribu untuk cantik, untuk kurus, untuk popular, untuk nampak hebat dan segala yang haprak.

kau mati tiada soalan tanya, kau pakai kereta apa masa hidup?
tiada soalan ini.

aku kalau dilihat dari luarnya, normal.
tapi, fikiran aku tak duduk diam, selalu ligat sintesis apa yang dilihat, tafsir dan ayat aku mula disusun rapi.
tapi, macam biasa hanya malam hari, masa aku luah. siang aku sibuk dengan orang-orang---sahabat. ini aku malam hari, dari yang aktif, banyak cakap di siang hari mulai diam. serius saja muka. dahi berkerut dan jari-jemari laju menaip. dan kalau terlalu dalam makna ayat ditaip, air mata tak malu mula meluncur.

dan,
aku bahagia bila 0rang-orang dan aku--- sahabat solat jemaah sama. ia sungguh indah. kalau mahu tahu rasanya, cuba. ia indah. sangat indah. subhanallah. dan paling indah saatnya bila kami bersalam selepas aminkan doa. banyak kali, air mata aku laju meniti di pipi, ia terlalu manis. dan terima kasih Tuhan atas indah ini.

hanya cinta mampu pulihkan jiwa yang terkoyak rabak.

dan cinta dari Illahi itu ubat terbaik. serius.

aku niatkan tulisan aku tidak sia-sia. paling cikai pun, kau dan aku akan ingat Allah bila mana baca apa aku taip.

2013---tahun yang aku harap ia ada indah dan ada duka yang mengajar.


haish, mengantok.
ia datang lagi.

baiklah, sampai sini dulu.
nanti ada lagi aku taipkan rasa aku di sini. sini ada jiwa aku.
dan aku sayang.

esok, moga kuatkan hati lawan nafsu. jujur aku apa adanya.


N a d.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.

Pengikut

Back to Top