0

Anak dan harta si ibu ayah

Makan malam aku,
dan iktibar malam ini.

ibu sedang cakap pasal harta di kerusi hujung meja.

aku di sebelah kanan ibu,
kak long mengadap aku,
betul2 depan aku.

dan aku,
nasi disuap ke mulut,
ikan dicicah,
mulut mengunyah,
mata meliar,
telinga dengar. 

ibu cakap pasal orang sebelah,
pasal dia yang usia dah dekat 80,
tapi tak henti berniaga,
jual kuih,
jual ubi,
jual pisang.
jual semua yang ada.

semua harta sudah diberi pada anak---sayang punya pasal,
sampai diri sendiri kebulur kalau tak jual skuih, ubi, pisang dan segala bagai.

aku diam.

ibu kata kalau sudah tua, harta perlu disimpan juga untuk diri sendiri.

seorang ibu, sanggup korban segala demi anak,
tapi anak belum tentu kata ibu.

ada benarnya.

sayang anak bukan dengan beri segala apa mahu,
sayang anak kena ajar dia betul salah.

marah tanda sayang kata orang dulu2.

orang sebelah jenisnya tak reti marah anak,
anak cucu tak pernah salah pada mata dia,
jual tanah dia depan mata pun tak salah,
gadai segala milik dia pun tak salah,
tak beri duit makan pada dia pun tak salah,
cucu tak pakai selipar jalan atas tanah pun tak salah,
semuanya tak apa---sayang punya pasal,
orang cakap anak dia buat hal,
orang itu yang dimaki hamunnya.





p/s: Alhamdulillah, aku selalu dimarah,
      maknanya ibu papa sayang aku.
*senyum*


N a d.



0 ulasan:

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.

Pengikut

Back to Top